Hari ni 31 Dec 2020, aku mengarang coretan ini untuk aku close the book, and start all over again. Ini kisah aku yang sampai sekarang aku rasa sangat-sangat bersalah.
Awal tahun lepas, aku mengenali seorang ahli perniagaaan, dan dia meminta aku mencarikan dia seorang “personal assistant”. Aku telah menolongnya untuk mencari PA, tapi akhirnya aku mohon bekerja denganya. Aku mengenalinya melalui seorang ahli perniagaan yang lain.
Jadi aku berkerja denganya sebagai PA untuk 2 bulan lebih sahaja pada pertengahan tahun lepas. Kerana pelbagai issue aku berhenti, seperti tiada surat penawaran kerja, gaji tidak dibayar dan gaji dibayar kurang dari dijanjikan
(Cuma sebulan gaji sahaja itu pun jumlah yang teramat rendah berbanding yang dijanjikan pada mulanya). Bagi aku cerita ni tamat sebegiitu sahaja.
Sehingga la lebih kurang 2 bulan selepas berhenti, aku baru tahu yang rupanya bekas boss aku adalah seorang conman.
Dekat organisasi kami berkerja, ada 3 orang yang pekerja lain, dan kami semua rasa pekerjaan kami ni legit, ada office, ada organisasi yang sah. Rupanya 3 orang pekerja lagi itu pun mengalami isu yang sama tidak dibayar gaji.
Kami memang dah kena scam dengan majikan. Dan ini adalah penceritaan bagaimana ‘boss’ atau scammer ni tadi nak kenakan aku
Cubaan Scam Tak Berjaya 1
Bila aku jadi PA dia, Boss aku ni suruh aku buat 1 SSM, katanya nama business itu guna nama aku, tapi boss sebenar adalah dia.
Tawaran nya sangat menarik, akan bagi pelbagai project kerana konon nak aku berjaya sama dan kesian dengan aku. Tapi aku tolak tawaran itu sebab aku teringat kisah kawanku.
Salah seorang ahli keluarga dia di jadikan kambing hitam oleh boss sendiri, dengan modus operandi yang sama, dan dijanjikan kemewahan dan pelbagai.
Waktu itu itu aku tak tahu boss aku ni scammer, jadi aku bersyukur sangat aku tak ikut permintaan dia. Waktu itu dengan tegas aku nyatakan aku tiada duit. Alhamdulillah terselamat dari boss scammer tu.
Scam yang dia berjaya lakukan.
So boss aku ni buat pelbagai scam aku rasa, yang aku sendiri kurang pasti. Tapi mari aku beritahu scam yang aku rasa bersalah sampai sekarang.
Modus Operandi Scam
Boss aku akan buat pelbagai projek, contoh projek pengubahsuaian pejabat bernilai berpuluh-puluh ribu, projek itu memang wujud, pejabat memang ada, dan lepas saja pejabat itu siap, dia takkan bayar.
Jadi apa keuntungan dia dapat? pengubahsuaian percuma.
Boss aku beli kereta atas urusan projek, tapi pihak pembekal yang buat pembayaran, tapi bossku langsung tak nak bayar balik kepada pembekal, apa yang dia dapat?
Kereta percuma…
So sebenarnya boss aku ni seorang penghutang yang tak pernah ada niat nak bayar balik kepada pihak kontraktor/ pembekal malah gaji pekerja.
Jadi sampai saat ini aku rasa bersalah, sebab aku tahu modus operandi scam dia, dia akan buat 1 organisasi, buat hutang, tutup, bukak organisasi yang baru.
Aku rasa bersalah sebab sebagai PA cum Admin, aku sediakan segala dokumen yang bagi aku nampak legit la, contoh draft kontrak, keluarkan surat tawaran.
Tanpa aku tahu yang boss aku ni seorang scammer.
Aku pernah bagitahu dekat orang lain. Dia kata aku tak perlu rasa bersalah, sebab aku tak tahu pun yang boss ni scammer, and kerja2 yang aku buat itu semua legit, cuma boss aku tak nak bayar saja.
Dan paling memilukan, boss aku ni gunakan nama aku, kononya aku akan uruskan semua pembayaran kepada kontraktor/ pembekal tersebut sampai mereka cari aku.
Waktu itu aku pelik, sebab aku diambil bekerja sebagai PA, tapi scammer itu bagitahu konon aku ni pegawai kewangan yang uruskan pembayaran dari KL. Aku tak tahu la kelentong apa si scammer ni bagi tahu dekat kontraktor/ pembekal itu semua.
Jumlah penipuan yang dia lakukan sepanjang aku berkerja berjumlah ratusan ribu, dan jumlah keseluruhan penipuan yang dia lakukan mencecah jutaan.
Sampai saat ni aku rasa bersalah. Aku keluarkan surat kontrak atas arahan boss, aku keluarkan segala documentasi yang legit, tapi rupanya boss aku ni dah buat modus operandi ni bertahun2. Berhutang dengan pelbagai pihak sampai berjuta-juta tapi tak ada niat nak bayar.
Aku tak boleh berbaik sangka yang boss aku itu nak bayar balik segala hutang2 yang dia buat. Sebab gaji aku pun dia tak bayar. Dan bila kami ni pekerja buat research, itu lah modus operandi dia bertahun2, bukak organisasi, buat hutang, tutup, bukak organisasi, buat hutang, tutup.
Aku sampai depress memikirkan sebab aku keluarkan segala dokumentasi itu ramai orang kerugian duit yang sangat besar mencecah ratusan ribu ringgit. Ada jugak pihak kontraktor/ pembekal yang memaki diri ku, tapi aku atau 3 pekerja lain itu tak tahu yang sebenarnya boss aku itu scammer.
Aku perlukan nasihat kalian, kadang-kadang aku rasa bersalah, sebab aku naif sangat yang mengakibatkan orang lain kerugian duit yang sangat besar. Mungkin kalau aku tak naif, minggu pertama aku dah tahu boss aku itu adalah scammer, sebab ada bbrp red sign.
Untuk pengetahuan semua, projek2 yang boss aku itu buat, legit ye, ada projek dengan sekolah, ada projek buat untuk komuniti, ada pelbagai projek kerjasama dengan organisasi lain, bukan la projek yang tak wujud.
Tapi issue sekarang ni, projek itu semua dah siap, memang wujud, tapi pembayaran tak dilakukan.
Bila kami ni bekas2 pekerja dia siasat, (for your guys info semua pekerja baru ye), modus operandi ni dia dah buat sama sebelum ni, lepas itu dia tutup organisasi tersebut.
Dan dia juga suka bertukar pekerja. Pekerja cuma kerja bberapa bulan je, dan aku sure pekerja pun tak tahu ni scam, sebab semua projek ni memang wujud. tapi pekerja mungkin lari sebab tak dibayar gaji.
Jadi macamana scam ni dilakukan, selain dapat barang-barang percuma itu tadi?
Kami dapat tahu yang boss scammer ni jugak minta percentage dengan kata lainya rasuah setiap kali projek di award kan.
Contoh, boss aku ni bagi projek RM200000 kepada pihak pembekal, dia mintak berpuluh ribu sebagai commission.
Ni kami tahu lepas beberapa bulan dah berhenti. Macamana mereka semua terpedaya? aku pun kurang pasti sebab dia memang pandai memperdaya sebab ramai terkena
Aku dah pernah adukan kepada pihak polis, tapi pihak polis kata aku bukan mangsa, mangsa yang perlu buat aduan, yang aku cuma boleh buat adalah aduan gaji yang tak dibayar, tapi ingat tak aku sendiri tak dapat offer letter?
Boss aku ni selalu bagi pelbagai alasan kenapa offer letter tak dapat lagi, kenapa kwsp, perkeso semua masih belum di bayar.
Alhamdulillah mangsa2 dah buat aduan tapi polis tak buat apa2. Bila aku ajukan kepada peguam, peguam pun kata projek ni legit, dan untuk buktikan yang memang dia langsung tak ada niat nak bayar, adalah sangat susah nak dibuktikan.
Sampai saat ni, aku depress, sebab bagi aku, penyebab kenaifan aku, ramai kerugian duit yang teramat banyak. Aku cuma berfikiran positif, aku kerja siitu, atau tak kerja di siitu, dia masih akan scam duit kontraktor/ pembekal ni tadi. Sebab pekerja memang saling bertukar ganti.
Tapi dia juga dah gunakan nama aku, untuk pelbagai kegiatan penipuan dia. Jadi aku pohon nasihat semua.
Aku sendiri tak tahu yang boss aku itu scammer sepanjang aku bekerja dengan dia, projek2 itu semua wujud, dan kerja aku sebagai PA untuk tolong dia buat segala dokumentasi projek,
Contoh keluarkan proposal projek, keluarkan tender, keluarkan kontrak, keluarkan surat lantikan. Memang organisasi legit dan ada office, dan semua projek2 ni memang wujud.
Tapi sampai saat ni aku rasa bersalah yang teramat sangat. Sebab aku, orang lain kerugian duit dengan jumlah yang sangat besar. Sedangkan aku cuma lakukan kerja aku sebagai PA cum Admin saja.
Aku tahu dia masih dekat luar sana, belum lagi dapat balasan, tapi aku mohon sangat, lebih2 lagi waktu yang sangat desperate macam sekarang, bila nak kerja, cuba siasat habis-habisan majikan tu.
Jangan jadi macam aku. Dan jangan bagi majikan gunakan nama kau walau dia janjikan macam2, sebab silap2 kau akan jadi kambing hitam dan nama kau digunakan.
Aku bersyukur terselamat dari digunakan sebagai kambing hitam, bayangkan kalau aku bersetuju buat bisness bersama dan akhirnya menanggung hutang ratus ribu atau jutaan? Tak terbayang aku rasa. Ini pun nama aku digunakan dengan sewenang2nya.
Bila aku bagitahu polis, polis kata dekat Malaysia ni ramai orang nama sama, dan polis kata tak ada isu pun sebab bukan aku yang buat penipuan itu dan nombor telefon yang kononya aku itu didaftarkan atas nama orang lain.
Untuk pengetahuan semua, boss aku ni gunakan nama ku, konon aku pegawai yang uruskan pembayaran dari KL, dan ada guna 1 nombor telefon yang konon2 adalah aku.
Kenapa dia guna kan nama aku? Sebab aku rasa dari awal memang dia dah niat nak kambing hitam kan aku, sebab itu ajak aku buat bisness sama2 konon niat nak tolong aku.
Rupa-rupanya selama ni dia travel dengan business class ke sana ke sini, konon2 ahli perniagaan yang sangat berjaya, adalah dongeng semata sebab semua itu duit dari berhutang sana sini hingga mencapai jutaan ringgit.
Bayangkan dalam 2 bulan saja aku bekerja dekat siitu, dia dah berhutang sana sini sehingga capai ratus ribu.
Hidup aku sejak aku berhenti kerja dengan dia sampai sekarang, sangat susah, rasa rezeki tak sampai2, ada tahap ditemuduga, dan berjaya, tiba2 organisasi itu tak jadi ambil sebab covid. Aku tahu aku keep menghukum diri aku sendiri, tapi sampai bila?
Jadi aku nak buka lembaran baru, aku nak tutup segala-gala yang tak best ni jauh2.
Kalau ada mangsa2 yang terbaca, jujur, aku dengan pekerja2 lain tak tahu apa2, kami tak tahu langsung kegiatan scam ni, kami berhenti pun sebab gaji tak dibayar, dan bayaran gaji sangat lambat, dan sangat sedikit dari apa yang dijanjikan.
Aku sendiri cuma dibayar sebulan gaji saja. Lepas kami semua berhenti, dia ambil pekerja2 baru dan aku harap pekerja baru tak naif bukak company baru dengan boss scammer ni.
Cuba bayang kalau dekat tempat kami, memang tak terlintas langsung boss ni scammer. Dia dah menipu berjuta2 ringgit, dan dia memang play that role, seorang laki berusia yang merupakan ahli perniagaan berjaya. Rupa2nya itu semua lakonan.
Kalau berjaya kenapa ada 4 orang saja pekerja? untuk pengetahuan semua, dia beritahu yang dia ada main business dia dalam industri berbeza, dan ini adalah organisasi baru yang di set up. Dia siap berlakon bercakap dengan pekerja2 main company dia.
Waktu segala operasi kelam kabut, aku memang tak pelik, sebab organisasi itu baru ditubuhkan beberapa bulan, jadi bila semua kelam kabut, bagi aku normal, sebab baru set up kan. Contoh bila gaji lambat, epf, semua tak dibayar, atau tak dapat surat tawaran kerja.
Bagi aku mungkin sebab organisasi itu baru. Dan boss aku ni ada main business, mungkin sebab itu dia tak boleh nak tumpu seratus peratus.
Rupanya2 baru tahu guys, dia tak ada pun business yang konon berjaya tu. Lepas itu aku tanya, habis itu selama ni dia cakap dalam phone,bercakap dengan pekerja2 dia itu apa benda pulak? cakap sorang2? iitu lah hebat nya conman ni, dorang berlakon sehabis mungkin.
Mana tak aku percaya betul dia ada 1 perniagaan yang sangat solid. Imagine la dah menipu kontraktor/ pembekal berjuta2, segala commission dia dapat itu untuk branding diri dia sebagai ahli perniagaan yang berjaya.
Aku tahu, aku dengan pekerja2 lain langsung tak terlibat dengan penipuan dia. Malah ada pekerja yang naif, pekerja lepas kami, sampai bermati2an percaya dekat boss aku ni.
Sebab memang legit, projek memang wujud, ada pelbagai kerjasama dengan pihak lain, tapi rupanya conman besar.
Aku harap ada yang dapat nasihat macamana aku nak teruskan hidup dengan tanpa rasa bersalah ni?
Aku perasan aku sabotaj hidup aku, sebab aku rasa aku undeserve everything sebab aku dah menyusahkan ramai pihak sampai kerugian beratus ribu. Aku bersalah kepada mereka semua.
Korang mesti pelik kan? Macamana dia boleh menipu duit sampai berjuta-juta dengan mudah?
Ini conman level PHD ye tuan/ puan. ni bukan conman biasa2. ni siap set up office, organisasi sah, office pun cantik kan?
baru renovate berpuluh ribu, beli perabot office semua baru, renovate hutang dengan kontraktor, perabot hutang dengan pembekal, bukan nya pejabat yang nampak asal boleh.
Bayangkan aku dengan pekerja2 lain tak tahu pun dia conman, apa lagi pihak2 kontraktor/pembekal yang ditipu.
So apa red sign2 yang aku nampak? Boss aku ni sangat bodoh. Apa pun tak tahu. Tapi benda ni tak ada issue, sebab aku ada kenal ahli perniagaan legit yang lebih kaya, dan lebih bodoh.
Sebab aku perasan, orang kaya ni tak semestinya pandai, tapi dia orang ni jenis pandai cari peluang. itu saja. Lepas itu benda2 tak reti buat dia sub saja ke orang/business lain. Ramai macam tu
Red Sign kedua, di zaman Google ni kalau kita cari nama sendiri mesti keluar, apa lagi kalau seorang ahli perniagaan yang berjaya, aku google tapi tak jumpa pun nama dia.
Tak jumpa apa2 pasal dia, kecuali 1 artikel berkaitan dia dalam suratkhabar berbahasa inggeris, dan dalam artikel itu dia merupakan seorang chairperson dan ada sama pelbagai orang kenamaan, dan kelihatan amat legit.
Aku rasa suratkhabar itu pun kena tipu. Jadi aku terfikir, mungkin dia jenis yang private person.
Bila aku terjumpa 1 article itu, yang nampak gah bkaitan boss conman ni, aku memang tak terfikir la dia di ni con artist pun. Tapi benda ni memang red sign pun, kalau kau ahli perniagaan yang berjaya, sepatutnya banyak la nama kau dalam internet ni kan, tapi cuma 1 saja.
Sekarang aku cari kekuatan untuk mulakan hidup baru, dan start all over. Sepanjang setahun aku hukum diri aku sedangkan aku langsung tak terlibat, tapi aku dihantui rasa bersalah yang amat.
Hairan betul aku macamana orang yang sengaja menganiaya orang lain boleh nyenyak tidur, dan aku yang berada di wrong circumstances sebab terkerja dengan dia, rasa bersalah sampai saat ini.
Aku dihantui rasa bersalah yang amat sangat walau aku langsung tak tahu segala scam yang dilakukan. Bila kontraktor/ pembekal maki aku, aku jadi depress.
Mereka semua maki aku sebab mereka ingat selama ni mereka berurusan dengan aku, sedangkan ada nombor lain, kononya aku, dan berlakon jadi aku.
Macam aku cakap, dari awal memang boss aku ni nak kenakan aku untuk jadi kambing hitam. Boss aku siap janjikan projek pemulaan RM10 ribu ringgit kalau aku buka SSM dengan nama ku tapi sebenarnya itu business dia.
Nasib baik aku tak terjerat dan tak tamak, bayangkan kalau aku buat apa yang dia suruh, dan di jadikan kambing hitam, silap hb aku dipenjarakan.
Syukur aku teringat kisah kawanku yang mana ahli keluarganya terpaksa menanggung hutang jutaan ringgit dengan modus operandi sama.
Maaflah kalau coretan ni berbelit2 sebab jujur sampai tahap ni aku depress yang amak teruk sebab kejadian ni. Sebab aku, orang lain menanggung kerugian ratusan ribu T_T
Aku harap ramai dapat beri kata2 semangat pada ku dan macamana aku nak move on dari dihantui perasaan bersalah yang teramat sangat walau setahun dah berlalu
Sekian…
– Aku Yang Bersalah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit