My Family

Okay, since aku dah banyak baca confession orang lain pasal family masing-masing, jadi hari ni aku rasa aku pulak yang nak confess pasal family aku. To admin, thanks la yer kalau artikel aku ni disiarkan. Tapi kalau tak disiarkan pun tidak mengapa.

Cerita aku bermula begini.

Aku ada 9 orang adik-beradik. Kalau dapat lagi satu maka genaplah sepuluh. Mesti ramai orang yang akan fikir kalau ramai adik-adik ni maka senanglah mak ayah aku. Duk rumah tak payah buat apa-apa. Goyang kaki je.

Tapi sebenarnya tak. Tidak sama sekali. Mak aku selalu merungut seorang diri. Aku selalu dengar dia cakap, kenapalah anak-anak aku ni tak macam anak-anak orang lain? Orang lain kalau anak ramai, mak bapak dah takpayah lagi dah nak susah-payah bekerja. Hmm lebih kurang macam tulah setiap hari. The same thing happened almost every day.

Okay, aku akan cerita panjang tau. Setiap adik-beradik aku akan elaborate satu-satu. So memang panjang lah.

Akak aku anak yang pertama. Being the first daughter in a big family was not an easy thing. Yes, I admit it because my sister had to carry all the responsibilities. Tak kisah lah dari sekecil-kecil hal ke sebesar-besar semuanya dia yang kena buat. Bukan nak kata dia seorang je yang buat kerja, tapi kitorang semua pon buatlah juga.

Sejak dari kecil, dia dimanjakan oleh ma dengan abah. Nak tahu tak kenapa dia dimanjakan? Dulu, masa ma dengan abah kahwin, mereka macam terlalu muda pada usia itu untuk berkahwin. Usia berapa mereka kahwin tu biar aku jelah yang tahu, okay.

Jadi, nenek aku which is emak kepada ma pon selalu lah menjenguk-jenguk ma dan abah dekat rumah. Nak tengok macam mana cara ma aku jaga akak aku tu. Nenek aku selalu cakap, jangan pukul budak kecik, kalau kita pukul budak kecik, kita dapat dosa sebab budak kecik tidak tahu apa-apa.

Lepas tu, apa yang buat aku tak tahan nak gelaknya tu ialah bila aku terjumpa surat yang nenek aku bagi dekat ma. Dah macam kitab perjanjian lama dah aku tengok sebab dah dimamah dek usia.

Jadi, ma ceritalah. Masa dulu-dulu. Sewaktu kewujudan akak aku yang pertama dan yang kedua, abah aku baik gila. Beli printer siap dakwat. Beli psp. Beli decoder yang boleh tengok pakai cd tu lagi dan bermacam-macam. Even mesin taip adik abah aku punya pun dia sanggup ambik bawak balik semata-mata nak bagi akak-akak aku main.

Kedua-dua akak aku pon bergembiralah dengan semua anugerah yang dorang dapat tu. Padahal, kalau diikutkan, aku ni bukan orang kaya pun. Nak kata sederhana pun tak. Tepatnya lagi, miskin lah. Tapi aku hairan, dari mana abah dapat duit.

Bila akak aku semakin besar, okay fast forward to sekolah menengah. Akak aku tu dia macam dah agak garang, maybe sebab dia stress ke apa. To be honest, she does not like me.

Everything that I do, nothing fit her. So, I decide to keep myself away from her if that is what she want.

Aku dapat agak layanan dia terhadap abah yang dulu memanjakan dia pon macam dia layan nak tak nak. Dia selalu terasa hati la kut dengan abah. But I guess, ya.

Di sinilah perangai dia bermula. Masa f5 kot klu tak silap, dia ada bawa moto. So dia balik dalam pukul 1 atau 2 pagi. But one day, dia bagi kawan dia (lelaki) naik moto dia (moto tu abah yang beli, so if anything happened to that motorcycle, surely abah will get mad) and dorang jalan-jalan lah. Balik tengah malam. Berlarutan macam ni sampai suatu hari abah pun marah bila lelaki tu menipu dia.

Sejak dari hari itu, dia macam dah benci abah. Pandang muka abah pun dia dah tak nak sejak kejadian itu. Tapi pada aku, semua ni salah dia lah.

2016, dia masuk kolej. So, ofcourse lah abah yang akan hantar untuk daftar kemasukan ke sana. Yang ikut cuma adik-adik kecik jelah

Setiap bulan, aku selalu nampak ma masukkan duit dalam bank dia. Kadang-kadang, aku tak faham dengan sikap ma ni. Baik sangat sampai orang pijak kepala dia pun dia tidak kisah sebab sayang.

Suatu hari bila dia balik rumah, aku terkejut beruk bila mendapati banyak kotak dia bawak balik. And you guys guess what, duit yang ma bagi berbulan-bulan tu dia pergi beli baju. Omaigad, kadang-kadang rasa hormat aku kat dia sebagai akak seolah-olah runtuh macam tu je.

Betapa susahnya abha nak cari duit tu. Betapa penatnya abah buat kerja dengan gaji yang pada aku tidak setimpal langsung dengan usaha dia selama ni. Tapi akak aku?!

Abah dan ma aku jenis yang tidak kisah. So, me like ; okay, fine.

Pastu aku jumpa banyak notis ponteng dalam beg dia. Ya allah. Dia ni pula, jenis yang suka acah bagus. Mentang-mentang dia akak, dia boleh buat apa je yang dia nak. Yelah, aku ni kecik lagi kan. Biasalah kalau bab solat semua budak kecik liat sikit nak buat.

Masa aku upsr, dia kata aku nikafir la apa la. Lancang betul mulut dia ni. Sebabnya, dia kata aku kuat belajar, tapi tak solat. Memang takkan berjaya. But you guys guess what? Aku dapat 5A. hahahah bangga lak

Tapi aku tak mohon sekolah lain. Malas .pada aku, semua sekolah ni sama je.

Akak kedua aku lak, jenis yang rajin. Dulu dia pun macam tak suka aku, mungkin waktu tu kan aku adik, jadi aku rasa normal la kalau akak tak suka adik sebab aku ni mengada + gedik masa dulu.

Tapi sekarang, relationship kitorang getting better day by day. Aku pon tak percaya.

She had been so kind to me, so do I . Well, I will treat someone based on their attitude to me.

Abang yang ketiga dalam hierarki adik-beradik pulak adalah yang rapat dengan aku masa kecik. Aku ingat lagi mak aku cakap, abang aku dulu pakai kasut koyak yang ditampal je. Tapi tak pernah pun dia merungut apatah lagi sedih atau malu.

Tapi aku sedih sebab aku tak pernah pun rasa macam tu. Banyak betul kenangan masa kecik aku dengan dia, nak je aku cerita semua but ofc tak muat kat sini. Don’t worry nanti aku akan buat satu lagi artikel lain.

Keempat, aku. Hahaha. Malas nak cerita. Lain kali lah ye aku cerita.

Kelima, adik aku yang pertama. Adik yang paling aku sayang sejujurnya. Dulu, kitorang ni macam belangkas. Mana dia ada, di situ pasti aa aku dan begitulah sebaliknya.

Tapi sekarang, hubungan ni macam dah tak bermakna lagi dah. Aku pon dah tak rasa bahagia macam dulu lagi sebab adik aku ni dia lagi bahagia dengan makwe dia dan kawan-kawan lajak dia. Hmmm.

Sedih kan? Tapi lagi sedih, sebab dia dah pandai melawan mak aku. Sedangkan masa kitorang rapat dulu, dia tak pernah pun macam tu.

Sedih ni lagi buat aku patah hati berbanding bercinta. Bayangkan, adik yang selalu ikut apa yang kita buat, selalu dengar cakap kita, selalu ada untuk kita, selalu sayang kita, selalu beralah dengan kita, dan selalu jadi yang terbaik untuk kita melebihi segala-galanya akhirnya hilang. Kini semua tu tinggal bayangan silam je. Kesian kan aku ni.

Adik yang kedua pulak, hmmm dulu-dulu comel la jugak. Selalu aku panggil dia nama comel. Ingatkan bila besar baik je. Sebab muka dia jenis innocent. Ala-ala muka naif giteww. Mak aku siap ingat dia akan jadi imam bila dia besar nanti. But, no. dia kuat mencarut sekarang even umur dia belum mencecah 1 dekad.

Walau apa pun yang terjadi, aku sayang adik-adik aku. Walau aku tau kenangan dulu tak mungkin akan dapat diputar kembali, aku tetap berdoa supaya aku dapat merasai kembali momen-momen indah macam dulu.

Adik yang ketiga pula, kedekut. Aku selalu pakat dengan adik-adik aku yang lain supaya jangan kawan dengan dia ni. Bila dia ada makanan, aku mintak sikit tak nak bagi. Bila aku beli makanan, semak lak dia nak ambik makanan aku.

Adik yang keempat paling aku sayang, walaupun dia disahkan syndrome down but pada aku dia macam bukan syndrome down langsung sebab dia ni agresif lain macam . Macam budak normal. Dia selalu seru nama abah. Entah apa bendalah budak ni.

Yang paling aku geram, dia ni boleh masuk tandas dan pegi celup tangan dekat dalam lubang jamban tu.

Kalau celup je takpe. Masalahnya lepas celup dia jilat. Aduh adik!

Last but not least, adik yang kelima. Aku panggil dia bie. Sebab aku harap dialah satu-satunya adik yang last. Kalau ada lagi, aku tak taulah nak cakap apa. Sebab aku tak pandai jaga budak semua ni.

Tapi, bie ni memang comel.

Okay, bye. Nanti ada kesempatan aku tulis lagi. Banyak lagi yang aku nak luahkan dekat sini. Aku harap, orang tak kecam akulah sebab dedahkan aib family dekat sini. Aku just nak bagi pengajaran dekat orang lain supaya nasib orang lain tak jadi macam aku ni.

– Budak kecil yang tak tahu apa-apa.

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *