My Flightless Bird

Assalamualaikum WBT. Aku first mum, anakku berusia sebulan seminggu. Aku menulis disini tentang journey aku dalam pantang.

Cerita aku tak menarik, sekadar luahan dihati, tak ada niat aku nak burukkan, nak terasa hati dengan sesiapa, jauh sekali nak mengutuk keluarga yang susah payah membesarkan aku dari kecil.

Aku cuma meluah disini untuk menjaga mental health aku dalam tempoh berpantang, supaya aku tak melukakan diriku atau anakku yang dianugerahkan Allah S.W.T. 

Aku dan suami asalnya decide untuk bersalin dan berpantang dirumah kami. Sebab aku dan suami jenis yang tenang-tenang saja. Aku housewife sejak mengandung. Waktu mengandung aku alah 7 bulan, muntah berbelas kali sehari sampai keluar darah.

Aku kadang tak mampu nak bersihkan rumah seperti kudrat sebelum aku mengandung tapi suami aku tak pernah mengeluh atau tarik muka.

Aku pernah termuntah atas katil sewaktu suami aku baru balik kerja, tak sempat dia nak rehat dia bersihkan dulu katil dengan aku, balik kerja terus dia sambung kerja rumah, membasuh, mengemas, menyapu sebab aku dah masak, dan kudrat aku hanya takat mampu memasak untuk dia.

Jadi aku sangat tak kisah dan sangat berharap untuk berpantang di rumah sendiri kerana suamiku sangat boleh diharap. 

Namun idea kami ditentang oleh keluargak kerana ini merupakan cucu sulung lelaki dalam keluarga aku jadi mereka sangat excited dan berharap untuk nak jaga aku dalam pantang.

Aku sebolehnya tak nak menyusahkan mereka, tapi mereka berkeras dan hari-hari call pujuk aku bersalin sini, dan ini merupakan cucu sulung buat keluarga mertuaku.

Jarak negeri aku ke negeri kedua orang tua kami dalam 5km, jadi tentulah menyusahkan mereka kalau nak datang melawat kami. Selepas bincang dengan suami, aku setuju bersalin dan berpantang di rumah orang tuaku. 

Fast forward, aku selamat bersalin pada usia kandungan 8 bulan disebabkan air ketuban leaking dan gbs positive, walhal aku tak makan manis dan sangat jaga pemakanan, dan aku pun tak ada keputihan jadi memang unexpected, air ketuban pun dah leaking lebih 24 jam, induce 2 kali..

Jahitan episiotomy yang panjang disebabkan serviks aku tebal (mungkin badan tak ready lagi) dan kedudukan anak menyerong, jadi taknak ambil risiko kena gunting 3 kali (setiap kali nak gunting SN akan bagitau supaya aku tak terkejut) aku tahan contraction 7 jam..

Last makan 13 jam sebelum tu dan aku muntah 4 plastik dalam LR, jadi diorang taknak tambah beban aku lagi sebab tu setiap kali SN gunting dia akan maklum, aku tak boleh ambil ubat tahan sakit atau pelali sebab effect jantung anak sekali . 

Selepas 10 hari anak di NiCU (jangkitan kuman) dia boleh discharge, sepanjang dia di NiCU aku ulang alik dengan suami, dan dia ada masuk nicu untuk kali kedua kerana demam panas.

Kami naik ambulan dari kk ke hospital, disebabkan banyak gerak jahitan aku terbuka. Walaupun aku dah jalan kepit sehabis boleh, bila anak dah balik, baru aku tahu anak aku jenis high demand baby

Anak aku nak melekat dengan aku 24jam, aku bukan fully bf dia(+ formula) tapi dia melekat dengan aku macam aku bf dia 24jam..

Anak aku jenis 24 jam menangis, pernah dia menangis jerit sampai biru muka, lepastu tetiba dia diam, muka dia jadi hitam, mulut dia jadi biru pucat, aku menangis jerit panggil nama dia mujur lepas beberapa saat kemudian dia bagi respond.

Lepas dari itu kalau dia menangis memang aku tak biar, aku pujuk dia. Dia taknak tidur bawah, buaian, dia hanya nak tidur di riba aku, sepanjang malam dia menangis sampai ke pagi, sepanjang malam itu jugakla aku berdiri dodoi dia (suami aku dah pulang, cuti dia 10 hari saja).


Bermula fasa aku jaga anak sorang aku, aku dah rujuk doctor, Dr cakap anak aku memang jenis menangis macamtu nak mengempeng. Fasa high demand untuk baby 0-3 bulan saja, aku ok saja, janji anak tak sakit, biarlah dia menangis nak mengempeng.

Aku masih bersyukur walaupun penat, sebab Allah tak uji anak aku dengan pelbagai penyakit macam sesetengah insan terpilih. 

Tapi kadang kala aku, aku teruji, aku pernah jadi ibu yang jahat. Aku pernah tampar pipi anak aku kuat sebab dia tak berhenti menangis, merah pipi dia, lagi kuat dia menangis.

Ya aku rasa bersalah, aku menangis sekali, dengan luka jahitan yang terbuka kali kedua aku nak kena jaga. Dahla jahit pun panjang, aku banyak gerak jadi semua tempat jahitan bengkak semula. Dengan anak yang aku lagi memerlukan perhatian aku, aku sayang sangat anak aku.

Entah kenapa aku ni jahat sangat tampar dia. Aku takut sangat kalau Allah tarik balik anak aku sebab aku tampar anak aku, yang newborn, yang lemah, yang memerlukan aku kerana hanya aku dunianya. 

Family aku tak dak bantu aku macam diorang nyatakan awal-awal. Memula saja semua excited nak jaga, bila anak aku demand macam ni semua taknak. Parents aku cakap waktu kami kecil-kecil takda kita orang menangis melalak gini, tiba-tiba anak aku jenis macam ni.

Aku tak kisah pun anak aku macam ni, aku cuma perlu orang support mental aku.

Bayang la aku tak tidur langsung malam teman dan jaga anak aku, tiba-tiba diorang bangun subuh (waktu anak aku mula nak lelap) diorang terus gomol kuat cubit pipi kuat-kuat sampai merah muka anak aku, menangis melalak la dia. Nak kena pujuk berjam jam pulak.

Aku dah bagi amaran jangan kacau tapi masing masing degil, aku pun penat nak rehat. Kes tu yang aku tertampar anak aku. Aku mengharap ibu aku masak makan berpantang seperti yang dijanjikan (duit upah jaga aku husb aku bagi dekat mak aku) tapi tula sehari dua lepastu tak ada.

Aku sempat bertungku 2 3 kali ja sewaktu suami aku ada lepastu sampai sekarang tak bertungku tak berstokin semua sebab tak ada sapa tolong buatkan. Aku bz jaga anak, urus diri kadang mengemas jugak.

Suami aku bagi duit, bagi upah dan belanja fam aku makan (grab food) sebab jagakan aku dan anak. Walhal suami aku tak tahu aku tertekan disini.

Di rumah ni ramai adik bradik, kadang aku lapar aku masak sendiri, bayang la semalaman berjaga tak sempat makan, aku makan bila petang sebab pagi aku nak rest kejap.

Bila nak makan lauk dah habis, bila aku masak, pastu anak aku meragam aku kena g tengok pulak. Pastu nak makan apa aku dah masak pun habis. Bab ni pun mak ayah aku ada tegur jugak adik beradik aku sebab yela aku yang masak, tapi kadang diorang tak heran.

Aku masak portion untuk aku tapi aku makan 2 3 mulut sebab yang lain diorang tumpang. Aku tak bagi pun diorang ambil juga.

Mak aku tak sempat masak kadang beli luar untuk aku tup tup habis diorang makan even mak dah sembunyikan.

Aku rindu suami aku, kan bagus kalau aku berpantang di rumah sendiri, suamiku sangat membantu, dan suamiku memang nak hire confinement lady around 21 hari kalau aku berpantang rumah sendiri.

Kalau dia kerja ada la orang tolong tengok aku dan anak, tolong jaga makan aku, tapi dah parents aku berkeras nak jaga so suami cakap dari bayar CL baik bagi duit kat parents dapat jugak duit.

Mak ayah aku kategori umur muda lagi bukannya tua. So banyak la aku pendam, mak ayah aku expect newborn aku mudah nak jaga macam diorang dulu. Turns out bila baby demand terus diorang taknak and cakap penat.

Kadang-kadang aku panggil minta tolong (sebab nak pergi tandas/ mandi/ rehat kejap) diorang buat tak dengar walaupun dengar. Bila anak aku tidur digomol kasar-kasar, anak aku jenis bambam dan jenis tahan lasak, kalau orang gomol ke apa dia tahan ja.

Jadi lagi anak aku tak nangis lagi tu kena gomol. Dah buka mata anak menangis memang anak aku nak aku saja, dan sekarang aku ada kudrat nak masak untuk aku, tapi tak sempat nak makan dah habis.

Ataupun bila aku makan aku sempat jamah sikit sangat, sehari aku makan sekali atau dua, mana dengan bf anak lagi, sekarang ni aku dah nak habis pantang, tapi aku still sedih sebab masing-masing lari sebab anak aku susah jaga.

Walhal awal semua beria, aku sedih aku dahla berjaga malam lapar, tapi petang baru aku masak makan pastu makanan aku kena ambil. Aku tau mak ayah aku penat nak jaga anak aku, sebab aku pun penat, tapi aku sedih sebab awal mereka paling beria.

Aku nak ambil CL kat rumah skrng ni pun ayah aku tak bagi, kata membazir dan tak selesa ada orang luar. Kalau la aku berpantang di rumah sendiri, aman ja rasa, suami aku sepanjang 10 hari cuti memang membantu, siap cuci najis aku sebab aku takut nak buat, takut kena tempat luka.

Sepanjang cuti suami aku yang keluar beli makan untuk fam, balik sedia air dan breakfast untuk aku, dia la tuntun aku pergi tandas bagai.

Sumpah suami aku baik sangat, suami aku tak tahu pun aku tak terjaga disini, aku taknak bagitahu dia nanti dia angin pulak kang dia tak bagi aku balik sini dah, and barang-barang aku semua adik beradik aku main ambil guna macamtu saja.

Banyak kali aku tegur kalau nak pinjam atau guna barang aku bagitau bukan main ambil. Kalau rosak ke apa mula tunding jari sesama diorang. Tapi tula nasihat sekadar nasihat. Adik beradik samua dah besar bukan budak lagi.

Paling aku angin sekali, suami aku ada belikan iphone baru-baru ni sebab nak tukar phone lama aku yang dah rosak, dan hadiah sempena aku melahirkan anaknya.

Bayang la adik beradik aku sukahati ambil hp tu. Diam diam bawa keluar guna. Bila aku cari tak ada. Benda ni memang unexpected tau aku tak sngka diorng berani. Aku memang tak bagi guna tapi diorang buat tak tahu. Sampai aku mengamuk aku sembunyikan.

Aku bukan tak garang, tapi aku penat nak marah-marah, aku penat nak terlalu beremosi, aku risau anak aku jadi mangsa bila aku beremosi. Suami aku tak tahu adik beradik aku guna hadiah pemberian dia sukahati tanpa izin aku.

Aku tak nak suami aku marah, bukan sebab aku jenis baik hati sangat atau senang kena pijak tapi aku dalam fasa penat, penat sangat, serabut ngn perangai adik bradik, penat urus anak penat urus mental aku dengan makan tak cukupnya, dngn anak kalau nak breastfeed kekadng smpai 2 jam sebab mengempeng.

Ikutkan aku nak balik rumah sendiri tapi anak kecil sangat, aku risau jadi apa-apa. Raya dah tak lama, nanti nak balik sini jugak, takkan nak ulang alik, so aku kena bersabar sampai raya ni.

Lepas raya baru aku balik rumah aku semula, walaupun bulan depan aku dah lepas pantang, dan emosi aku lebih stabil dari awal bersalin.

Aku tetap sedih dan marah bila anak aku kena gomol teruk-teruk waktu dia tidur, tengok pun tahu sakit tapi aku ni macam dah tak berkuasa walaupun aku ada hak terhadap anak aku. Anak aku dah sebulan lebih, makin easy (dari segi tidur dan menangis) berbanding sebelum ni.

Walaupun masih mengempeng, tapi aku ok ja. Ada orang Allah uji anak baru umur berapa bulan dah kena kanser. Ada orang Allah uji buat ujian IVF bnyak kali pun still tak lekat. Ada orang Allah uji lepas bersalin anak meninggal.

Jadi aku tak kisah anak aku mengempeng asalkan dia sihat. Aku tahu aku boleh handle dia even penat.

Korang doakan la suami aku dimurahkan rezeki dipanjangkan umur, dilindungi keselamatan dia dan dari gangguan orang ketiga ke, sebab suami aku baik.

Aku ingat aku boleh harap family bila pantang sini sebab ramai orang end up suami aku jugak yang menyenangkan hati aku.

Suami aku pun dah pesan lepas 3 4 tahun kalau aku bersalin lagi dia nak pantang di rumah sendiri dan ambil CL, senang.

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. sis…sy nasihatkan..balik la rumah sendiri…cerita je kat suami…suh dia faham…mental n badan sendiri kena jaga…bia CL tlg jaga anak..bila badan fit..br boleh ceria..

  2. lebih baik berpantang kt rumah sendiri.i feel u tt sbb sy dh pernah lalui pengalaman yg hampir sama..tp ujian sy lebih hebat dari tt..semoga bertabah!

  3. Masa berpantang sangat2 crucial, ni la masa body nk pulih. Orang sekarang tak percaya ni semua. Kena pakai bengkung 100 hari, sapa yg sanggup. Tak bersama juga selama 100 hari. Kalau nk badan macam anak dara semula, kena buat semua ni, no short cut. Kalau badan dah masuk angin payah. Kadang cakap orang2 tua kita ambil mudah. Tu sebb perempuan lepas bersalin badan akan naik berkilo dan susah nk turunkan berat badan. Ni la puncanya. Badan masuk angin dan urat kembang. Bila urat kembang lemak akan berkumpul kat situ. Percaya atau tidak terpulang. Tapi saya dah mengalami semua ni. Saya kekal seperti anak dara sebb ikut semua perintah mak saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *