Nama aku Ash, umur 20 tahun, tinggal di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.
Aku nak bercerita serba sedikit tentang my ‘gut feeling’ atau “intuitive feelings” yang berlaku dalam hidup aku sejak dari sekolah menengah hingga sekarang.
Aku boleh dikatakan ada introvert personaliti, dan pemerhati yang tidak bercakap dengan ramai orang. Bergaul dengan satu orang yang dikenali atau keluarga itupun kalau kenal betullah. Bukannya semua orang itu aku berminat mentafsir.
Kemudian, benda ni terjadi semasa aku tingkatan satu dan sampai lima, aku masuk ke sekolah menengah.
Benda yang aku kena perhatikan ialah personaliti setiap pelajar2 dan guru2, kenali perangai mereka sedalam dalamnya… Dan fikirkan apa masa depan mereka. Banyak kemungkinan yang berlaku kan?
Selama lima tahun aku memerhatikan semuanya, banyak kejadian terjadi di sekolah menengah.
Dan selama lima tahun jugalah aku tafsir personaliti mereka, iya ‘intuitive feeling’ aku betul berkenaan semua orang terutamanya pelajar di kelas aku, dalam beberapa puluh orang.
Sampailah ia berlarutan hingga ke sekolah tingkatan enam dalam satu tahun setengah tahun, di sini aku banyak alami beberapa tekanan dari pelbagai pihak iaitu, pensyarah dan keluarga.
Dalam tempoh tersebut juga aku tafsir pelajar tingkatan enam dari berlainan bidang. Macam aku jangka jugalah, adalah sebahagian personaliti orang yang ‘intuitive feeling’ aku betullah. Aku tidak pernah beritahu orang lain pasal ini.
Oh ya lupa pula, kadang-kadang ‘intuitive feeling’ aku ni lain sikit, dia boleh kesan pada seseorang itu ada rahsia tersembunyi atau barang tersebut jatuh pada waktu bila…
Aku tidak pasti tapi, setiap kali aku percayakan gut feeling aku, dia akan cakap di mana arah tujunya. Tidak pasti sama ada ‘intutive feeling’ ataupun ‘intuitive mind’.
Kadang aku langsung tidak pedulikan, dan benda tu terjadi juga.
Jadi, persoalan bagi semua orang yang baca ini di luar sana, ada ke tidak seseorang yang mengalami perasaan yang sama dengan aku sekarang ni?
– Ash (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit