Hi semua pembaca IIUM Confession, terima kasih lah aku ucapkan untuk admin sebab sudi siarkan kisah aku ni.
Hidup ni memang adalah sesuatu yang amat misteri kalau difikir fikir. Apa yang aku nak tuliskan di sini adalah mengenai tentang diriku. Seorang ibu tunggal beranak dua….
Oh ya, suami sebelumnya aku yang mohon untuk diceraikan kerana ada banyak isu yang tidak elok dalam sesebuah perkahwinan.
Bayangkan aku yang mencari rezeki, menguruskan semua nya, hal ehwal belanja rumah tangga dan anak anak. Di tambah lagi dia seorang yang tidak menjalankan ajaran Islam yang sepatutnya. Perkahwinan selama hampir 10 tahun itu terpaksa juga di akhiri.
Aku tidak mahu anak anak perempuan ku melihat perangai ayah mereka yang langsung tidak bertanggung jawab, jadi lebih baik bercerai kerana dia ada pun seolah macam tiada.
Maka tinggallah aku membesarkan anak anak yang masing masing berumur tujuh dan lima tahun. Dua duanya anak perempuan.
Oh ya, menjadi seorang ibu tunggal atau janda bukanlah satu perkara yang mudah ya. Stigma masyarakat kita membuatkan keadaan menjadi sangat rumit dan tentu sekali setiap apa yang aku lakukan akan menjadi buah mulut.
Hendak berkawan dengan orang lain lebih lebih lagi kalau melibatkan suami orang, tunang orang waima teman lelaki orang tetap akan dipandang serong atau dengan kata kasarnya perampas.
Namun aku yang tahu niatku adalah untuk bekerja dan mencari rezeki untuk membesarkan anak anak. Maka aku hanya fokuskan semua hubungan aku dengan lelaki adalah atas dasar kerja dan bersifat professional semata mata. Sehinggalah pada suatu hari……..
Iya, aku memang senang untuk berbual dengan sesiapa pun lagi lagi kalau ia melibatkan kerja. Aku tidak menyangka yang perbualan kosongku di dalam bilik mesyuarat membawa kepada perkenalan kami yang seterusnya.
Oh ya, lupa aku nak bagitahu yang sebenarnya aku ni ada darah keturunan cina dan aku memang boleh bertutur dengan baik bahasa mandarin dan akan menyenangkan apa apa tugas yang melibat kan rakan rakan yang berbangsa cina.
Hendak dijadikan cerita dia ni adalah lelaki cina. Whatapps nya lewat petang semasa aku sedang bersiap siap hendak balik memuji kefasihan mandarinku. Dia terus bertanya adakah aku bersekolah cina dan aku terus menerangkan yang aku ada keturunan cina.
Dan kami berwhatapps berbual tentang kerja dan apa apa saja. Dia aku lihat seorang yang sangat tahu tentang budaya melayu dan Islam. Itu yang membuatkan aku untuk terus mahu melayan setiap whatappsnya.
Tipu lah aku menyatakan bahawa sebelum ini tidak ada yang mendekati namun aku tidak berminat.
Dia yang aku kenal untuk beberapa hari yang awal adalah seorang yang sangat menjaga privacy. Tidak mempunyai terlalu ramai kawan dan banyak membuat kerja nya sendiri.
Maksudku untuk hal hal berkaitan kerja dia memang memberikan komitmen dan selain daripada itu selepas jam 5.00 petang hanyalah untuk dirinya sendiri.
Iya, senang untuk lelaki bujang sepertinya. Tidak banyak yang hendak di kisahkan memandangkan dia hanya perlu untuk menjaga dirinya sendiri sahaja. Aku dari awal awal whatapps sudah ku nyatakan yang aku adalah berstatus ibu tunggal.
Tujuan nya adalah aku sengaja mencipta barrier dan supaya orang tahu akan keadaan diri ku dan tidak mengambil kesempatan atau berbuat yang bukan bukan hendaknya.
“I tak kisah dengan status you. And you have to be strong for your daughters.”
Begitulah ucapnya apabila aku berterus terang akan diriku.
Tanpa diduga, kami berdua berjumpa di sebuah kafe secara tidak di rancang. Aku memang akan keluar pada hujung minggu sekadar untuk recharge sebelum aku memulakan kerja pada hari Isnin.
Anak anak? Mereka aku tinggalkan sebentar bersama dengan adik ku yang kebetulan datang melawat aku. Pertemuan pertama itu hanya sekadar berborak kosong dan iya ia tidak berakhir di situ semestinya…..
Kalau sebelum ini aku datang ke tempat kerja tanpa ada ‘perasaan’ namun kali ini lain jadinya. Dengan adanya perkenalan dengan dia menjadikan aku seolah diperhatikan.
Iya, mana ada orang yang nak say hello, morning, hi, tengah buat apa tu? Untuk seorang ibu tunggal kan?
Tapi inilah yang sedang aku lalui sekarang. Semacam bercinta saja lagaknya? Hehehe. Kadang kadang sempat dia menegurnya lewat whatapps: Hi, cantik saja hari ini dengan baju bla bla bla…. saja nak kasi kita tengok lah tu?
Aku bagaimanapun hanya tersenyum sebaik membaca whatapps tersebut dan membalas ala kadar saja. Begitulah keadaan ku di tempat kerja sejak akhir akhir ini. Dan sumpah, aku ni sebelum dia berkawan dengan ku memang aku sejenis yang mementingkan penampilan.
Memang itulah gaya ku sejak sebelum kahwin dan memang sudah diketahui oleh mereka mereka yang telah lama bekerja dengan ku. Jadi tidak timbul isu untuk aku bercantik cantik untuk dirinya. Hahaahha. Takkan lah macam tu kan…..
Untuk pengetahuan kami dari jabatan yang berlainan dan aku juga tidak suka menunjuk yang aku sedang berkawan dengannya.
Cukup hanya berhubung melalui whatapps dan bimbang dengan mulut mulut orang sekitar yang memang kita boleh agak stigma mereka terhadap ibu tunggal apatah lagi kalau kita berkawan dengan lelaki bujang.
Kami terus berkawan dan dapat ku lihat dia seolah berminat dengan ku.
Tidak sukar untuk meneka kerana ternyata dia menampakkan niatnya. Tetapi bagi aku dia hanya bergurau saja. Tidak nampak kesungguhannya dan aku tidak boleh terlalu mengharap kerana ada banyak benda yang akan menghalang.
Dan rupanya, terlalu banyak tentang Islam yang dia tahu dan dia memang sebelum ini pernah bercinta dengan perempuan muslim. Dan inilah yang membuatkan aku suka untuk berkawan dengannya.
Kerana kadang kala dalam berwhatapps dia boleh mengingatkan aku tentang waktu solat. Heheh, kalau nakal imaginasi aku ni. Bagus juga kalau dia boleh jadi imam aku. Chewahhhhhh!
Tetapi….. iya ada tetapi nya. Aku sudah nyatakan tadikan? Dia pernah bercinta dengan perempuan muslim tetapi kenapa tak kahwin kahwin kan?
Haaaa inilah dia realitinya. Aku tidak bertanya tetapi dia sendiri yang memberitahuku. Dia ada halangannya yang tersendiri.
Rupanya dia belum bersedia untuk convert kepada Islam dan dia juga bimbang dengan penerimaan keluarga. Dan aku mula faham, kalau bercinta pun dengan dia ni memang akan maklum pengakhiran nya macam mana gitu…….
Kami terus berkawan macam biasa. Kadang kadang dia bergurau untuk menjadi ayah kepada dua anak anak ku. Kadang kadang ada waktunya dia bergurau untuk menjadi suamiku.
Namun selalu aku beranggapan yang dia hanya bergurau saja, mana mungkin seorang lelaki bujang yang ada rupa.
(Iya bagiku dia kacak, tinggi, badan nya tegap dan sasa kerana dia ke gym….yeah can be considered as a good looking chinese man) mahukan diriku seorang ibu tunggal beranak dua.
So aku tetap tidak boleh terlalu terbuai perasaan walaupun kadang kadang aku tidak boleh mengelak untuk merasa terbuai. Hahahahah!
Dan memang aku pernah menyuruh nya untuk mencari seseorang yang sepadan dengan dirinya.
“Tapi yang dah ada kat depan mata ini serba okay buat apa yang cari yang lain?”
Iya, itulah jawapannya. Dan aku sungguh tidak menyangka yang akhirnya dia meluahkan rasa hati nya kepada ku. Ada satu insiden yang membuatkan semua ini terjadi. Dia mengambil cuti yang agak lama kerana dia perlu balik ke negeri kelahirannya lantaran ibunya tidak sihat.
Lama kami tidak bersua dan dia jarang menghubungiku. Tipulah kalau aku merasa tidak rindu dan tercari cari. Perasaan halus itu harus ada setelah apa yang dikongsi sebelum ini.
Namun lantaran tiada apa apa kepastian dan menganggap dia sekadar bergurau maka rasa itu aku letakkan ke tepi.
Aku rindu untuk melihat dia dari kejauhan dan rindu dengan sapaannya biarpun hanya lewat whatapps namun dalam tempoh dua minggu lebih dia tiada dan aku pula segan hendak bertanya takut nanti dikata tidak tahu malu walaupun sebenarnya aku rindu!
“Hi…..buat apa tu? Sihat ke?”
Setelah dua minggu lebih, inilah yang aku tunggu tunggu! Rasa macam ada pesta bunga api sebaik saja mendapat notification daripada dia.
Ya Allah….. kalau lah… kalau…… dan aku ingatkan diri aku sekali lagi, jangan buat hal dan tolong jangan perasan!
Tapi aku tidak membalas secepat mungkin sebab masa itu aku ada discussion. Cukup hanya dengan dengan membaca sepintas lalu dan akhirnya dia call. Hailaaa……..
“Nadia, we can’t be like this forever. I like you. In fact, even you pernah suruh I cari orang lain dan I cuba tapi tak boleh. Hati ni tetap nakkan you.
I dah fikir masak masak. Masa mak I tak sihat iya, memang dia ada bertanya tentang I tentang siapa bakal isteri I dan……Nadia, I tahu hati I pilih you…..”
Ya Allah, yang ditunggu tunggu sudah tiba namun aku bersuara…..
“You tahu antara kita adalah sesuatu yang mustahil. Dulu you cakap yang you tak mahu convert dan family you…….”
Dan belum sempat aku menghabiskan kata kataku……dia mencelah
“I dah Islam sejak berada di Penang. Dan I nak bawa you jumpa parents I lusa.”
Terkejutnya aku! Langsung tidak ku duga semua ini berlaku. Menurutnya, memang kali ini dia sudah nekad. Kerana dalam hal hal melibatkan perasaan dia memang tidak boleh lari daripada perempuan muslim.
“My mom really want to meet you.”
Suara nya penuh mengharap, dan pada masa yang sama aku boleh merasa ada rindu yang sarat di sebalik suara itu.
“Dulu you pernah tanya kan? What is my fear? Kalau you nak tahu, I sebenarnya memang tak bersedia tak memeluk Islam masa bercinta dengan ex girlfriends yang dulu dulu. I tak sanggup lagi nak tinggalkan budaya I. I tak mahu nak terima budaya Melayu.
Tapi I sedar sesuatu bila you pernah cakap yang I tak perlu nak tinggalkan semua ini. You tahukan yang semua yang dulu dulu tu mereka nak cepat, memaksa I untuk terima semua budaya Melayu. Macam betul betul nak tukarkan I dari Cina ke Melayu. Itu yang I tak mahu.”
Iya, bila selesai dia bercakap begitu aku teringat semua kata kataku dulu. Semasa kami mula mula berkawan.
Aku secara bergurau menyatakan kepada nya. Kalau dia bercinta dengan ku, memang dia takkan merasa bercinta dengan perempuan muslim melayu kalau dengan aku. Sebab aku akan bertutur mandarin dengannya. Sepertimana yang berlaku sekarang.
Hehehe…..dan memang itulah keadaan kami. Malah memang aku akan berkenalan dan meminta izin dengan emaknya kalau nak bercinta dengan anak teruna nya ini.
“And you know what, tak perlu nak minta izin dengan mak I. Dia benarkan kita bercinta malah kalau you sudi…..kita boleh nikah tau?”
Kali ini matanya tertumpu terus ke anak mataku. Ya Allah….panas pipiku menahan malu.
“Tapi…..you sudi ke nak terima I dengan……”
“Nadia, please. Dari dulu lagi I dah bagitau. I memang dah lama sukakan you. Sejak mula mula kita kenal..I ingatkan perasaan tu akan pergi.
Tapi makin hari semakin kuat pula. You ingat senang ke I nak hilangkan semua perasaan ini?
Hari hari I berharap dan mencuri pandang bila nampak you lalu nak masuk ke ofis. Rugi kalau I lepaskan you jatuh ke tangan orang lain. You are the one that I want to spend my life with. I akan jaga you dan terima anak anak you…
Please kali ini jangan suruh I cari orang lain. I tak nak dan tak akan. Yang ada di hadapan I sekarang lah yang I nak. So would you please……be my wife? Nur Nadia binti Haji Ahmad?”
Serentak dengan itu dia menyuakan sebentuk cincin…dan aku mulai sebak……
Beberapa bulan selepas sah menjadi suami isteri, kawan kawan sepejabat ku dan kawan kawan sepejabatnya memang ternyata terkejut apabila menerima kad undangan perkahwinan kami.
Iya, memang selama ini kami tidak menampakkan langsung yang kami berkawan.
Dan, memang itu syarat kami berdua. Tidak mahu menjadi buat mulut sesiapa. Dan alhamdulillah suami ku ini, terlalu baik orang nya.
Rasa kekok mula mula apabila datang ke tempat kerja bersama sama dengan suami. Dia bersifat melindungi dan memang itulah tugas lelaki.
Menitis air mataku apabila dia mengimamkan solat kami anak beranak.
“Sayang, terima kasih kerana sudi terima I dan anak anak I. “
Begitu ucapku sebaik sahaja dia abis berdoa. Dalam keadaan bertelekung dia mengucup dahiku. Seperti yang selalu dia buat.
“No, I yang patut berterima kasih. You yang ubah pendirian I untuk masuk Islam. You yang memberikan jalan dan meyakinkan I yang hubungan I takkan putus dengan family I even bila I dah masuk Islam. You tak paksa I untuk ikut budaya Melayu dan dari situ lah I yakin, yang……”
Belum sempat dia menghabiskan ayat nya tiba tiba aku mendapat satu idea. Soalan yang sudah lamna ingin aku tanyakan kepada nya. Dan ku kira tika ini adalah masa yang terbaik.
“Sayang, I nak tanya something boleh?”
“Apa dia? I tak habis cakap lagi tau.”
Dia mencuit hidungku, sambil tertawa.
“Sejak bila you sukakan I? Dan masa mula mula you whatapps I you tahu kan status I”
Bibir merahnya mengukir senyuman manis sebaik saja mendengar soalanku.
“Nak tahu eh?”
Soalan dibalas dengan soalan dan aku mengangguk laju.
“Ingat tak perbualan kita di meeting room tu? Tu kali kedua kita berjumpa. I dah nampak you kat parking lot depan office kita pagi sebelum tu. I sebelum ni tak pernah nampak you. So I cari nama you sebaik I nampak you. Dan tu bukan kerja susah. Hehehe”
Aku semakin ingin mendengar ceritanya.
“Kebetulan ya, kita masuk ke bilik mensyuarat tu serentak. You tegur I, I macam alamak…cute nya dia ni bila tengok dekat dekat.
Which is sebenarnya you cantik bila I tengok you depan depan masa kita jumpa kat café selepas tu. Debar I masa tu hanya tuhan yang tahu tau. Tapi I cuba kawallah.
You pun I tengok ok saja takkan lah I nak tunjuk I berdebar kan. Sejak dari tu I selidik la diri you siapa. Bila you cakap kan you single mother I tak nak lah lepaskan peluang. To be honest, I tak boleh lupakan you. Nak tahu sebab apa?”
“Sebab apa?”
Aku menyoalnya. Semakin galak pula dia bercerita
“Sebab I rasa kali ni I betul betul nak serius dalam hubungan. I rasa dah sampai masa, dan I rasa mesti ada sebab kenapa I asyik terjumpa perempuan Muslim saja.
Dan pelik nya, you sejenis yang suka menolak I. I pulak tak suka kena reject tau. Walaupun alasan yang selalu you berikan tu agak kukuh.
Tapi takde lah pulak undang undang kat dunia ni melarang lelaki bujang untuk jatuh cinta dan berkahwin dengan wanita yang dah ada anak.
Lagi lagi kalau dia single mother. Dan I sebenarnya jatuh cinta pandang pertama sejak kali pertama I terlihat you.”
“Dan paling membuatkan I yakin, you sendiri cakap kalau kita bercinta. You takkan paksa I untuk peluk Islam. Biar dia datang sendiri dari hati I. You pulak yakin betul nak jumpa mak I. Which is takde sorang pun ex I sebelum ni buat.
You sorang saja. Masa tu I fikir, yang ada kat depan I sekarang ni hukan sembarangan punya perempuan. Memang you berjaya buat I tergila gilakan you Nadia. You menang…..you tawan hati I.”
Redup matanya menuturkan setiap patah perkataan dan terus membuatkan aku tersenyum lebar. Ya Allah, aku rasa sampai sini sajalah.
Bottom line is. Sejujurnya selepas kegagalan rumah tangga yang lepas aku selalu saja berangan angan kalau lah boleh bercinta semula dengan lelaki yang betul betul sayangkan kita kerana Allah,
Dia menjadi ketua kita, mengimam kan solat kita. Menjadikan kita wanita yang lebih baik dan sentiasa mencari redha Allah swt.
Namun iya, impian yang umpama satu imaginasi yang sama sekali aku tidak duga akan menjadi kenyataan. Walau apapun dugaan mendatang dari Allah swt kita kena positif. In shaa Allah yang baik baik akan datang semula kepada kita.
Dan untuk suami ku…… Nadia sayang Mr KCY. Sampai jannah….. in shaa Allah.
– Nadia Nabila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit