My Lecturer Crush

Assalamualaikum dan hai kepada pembaca IIUM Confession!!!

This is me R.. aku pernah menulis luahan Who Is He? (https://iiumc.com/who-is-he/).

2 minggu lepas, aku tak sangka ada orang komen post aku hehe, terima kasih untuk doa korang yang baik-baik.

Okay, aku sekarang dah kerja di sebuah universiti satu negeri dengan tempat tinggal aku, aku tak nak mention la tapi kalau kata negeri regflag tu orang dah tau la kan? hahaha.

Bila dah kerja ni mestilah kau akan jumpa dengan macam-macam orang kan? Lagi-lagi bila jobscope aku ni kerap berhubung dengan lecturer dan student fakulti tu sendiri.

Untuk pengetahuan korang, aku adalah staff termuda di fakulti tu dan student-student yang deal dengan aku pon mostly lebih tua dan sebaya dengan aku je. Memang student pon tak percaya kalau aku ni staff kalau tak pakai kad pekerja tu hahaha.

Aku pernah cakap dekat confession sebelum ni yang aku tengah mencari kan? Sambil kerja sambil usya-usya hehe..

So, nak dijadikan cerita, ada dua orag lecturer yang agak menarik perhatian aku iaitu Dr. A dan Dr. D tapi dekat sini, aku nak cerita pasal Dr A dulu.

Dr A ni muda lagi, 4 tahun je beza dari aku, so he’s 28. Why I call him Dr? sebab dia graduated as veterinar medical doctor.

Well, aku rasa Dr A ni Allah bagi semua dekat dia kecuali tinggi. Dia antara lecturer muda hotstuff dekat situ, wajah dia bersih, kacak, manis.

Cara dia cakap pon soft spoken tapi perangai dia agak sassy kalau dia excited ataupun bila dia menyampah dengan orang. Tapi bagi aku dia ni overall comel je lah. Tapi kalau dia buat muka beku dia, aku nak tegur pon tak berani.

Waktu ni memang aku rasa aku crush gila dekat dr ni, tapi aku sedar diri, aku ni pakaian biasa-biasa je, kalau nak bandingkan dengan student dia tu memang jauh cantik student dia.

By the way, Dr A ni bertanggunjawab menjaga kucing boarding dekat fakulti tu dan orang yang tolong dia jaga kucing-kucing tu kau tahu siapa??? YESSS aku lahhh.

Memang hari-hari akan menghadap muka dia je, chat tu memang selalu walaupun sebab kerja. Chat-chat kitorang akan penuh dengan gambar kucing je sebab nak update dekat owner kan..

So, aku tak tahu kalau feeling aku ni real ke tak..Aku buat solat istikharah.. waktu tu aku tak tahu Dr ni orang mana.. tapi dah minus dah dekat situ sebab dia pendek.. Aku 161 cm ,kalau dia mungkinlah 163 cm. Tinggi dari aku sikit je..

Allah jawab istikharah aku, Dr A ni orang Selangor, jauh wehhhh!! Tu one of the reasons aku dah slowly hilang perasaan crush tu dekat dia.

Aku bukan tak suka orang Selangor ye, tapi kalau boleh aku nak yang sama negeri dengan aku, so tak payah pening nak balik raya makan jem HAHAHA.

Satu lagi benda yang aku rasa lawak dengan dr A ni, dia sangat geli dengan tikus, even tikus tu besar ibu jari je.. Dia tanpa segan silu menjerit depan aku sebab terlampau geli tengok tikus kecik tu dah melekat dengan gam perangkap tikus dekat lantai tu.

Aku apa lagi?? Depan- depan muka dia aku gelak sebab reaksi dia jerit tu rare.

So sekarang aku dah tak nampak dia as crush lagi tapi as kawan dan rakan sekerja saja… sebab aku pon baru dapat tahu dia dalam fasa healing sebab baru putus kasih…

Panjang lagi tapi malas nak type, so aku ringkas kan saja… tapi kalau yang Dr D tu, yang tu aku akan cerita panjang sikit sebab….

Tu pon kalau korang nak tahu la….

– R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *