My Lecturer My Wife

Pukul 1 pagi tengah sedap2 tido tiba2 wife datang kejut. Dia tunjuk confession adik Nadim tajuk tersuka kat lecture, https://iiumc. com/tersuka-pada-lecturer/

Dia sengih2 pastu kata, ingat tak macam sapa. Pastu dia pi tido, aku pulak tak boleh tido. Hare betoi. 

Sebabnya wife aku tu lecture aku, dan aku adalah bekas student dia. 

Buat adik Nadim, abang ni tak boleh baca panjang2. Jadi pening. Tapi gagah jugak abang baca luahan hang dalam keadaan mengantuk yang dah hilang. 

Pastu gagah pulak buat karangan panjang2 dalam keadaan mengantuk dah datang. Semata2 nak bagi semangat kat hang. 

Abang dulu 4 tahun sabar menanti meraih cinta lecture abang yang bernama Melati. 4 tahun selepas grad, 2 tahun masa belajar. Kira 6 tahun la kan simpan perasaan kat dia. 

Tapi nama dia bukan Melati tau. Kalau habaq nama penuh satgi hangpa tau pulak. 

Kenapa sampai bertahun2??.. Ya la, sebab rupa abang tak macam Nadim. Abang jenis kulit gelap. Orang kampung la katakan. Pastu umur pun gap banyak. 

Kalau Nadim nampak macam bapak2 orang, abang pulak macam anak2 orang.. Muka kanak2 gitu. Lagi la perempuan dewasa macam lecture ni tak berkenan. 

Melati pulak orang bandar. Putih melepak tinggi lampai. Abang rendah dari dia 5 cm. Gaya dia memang ala2 model bab kata orang kampung.. Tapi orangnya sangat garang.. 

Abang dulu belajar kat kolej mara. Tapi buat sijil ja la. Melati ada ijazah. Beza kami sangat la banyak. Melati tua 9 tahun dari abang. 

Abang tak tau la zaman sekarang sama ka tak. Dulu masa abang masuk kolej, semua freshi2 ni kena pi buat id card. Lecture sendiri yang tangkap gambar. 

Masa tu la first abang jumpa dia. Biasa la kita sebagai lelaki ni mudah tertarik dengan kecantikan. Abang akui dia paling cantik kat situ. 

Tapi perangai abang ni, abang jenis budak nerd. Pendiam. Tak pandai bergaul dengan orang. Kawan pun seketul dua ja la. 

Abang dulu2 penakut orangnya. Eh tapi sekarang pun masih penakut jugak. Takut dengan bini. 

So time tu jumpa dia sekali tu saja la. Abang pun tak tau dia tu siapa masa tu. Tapi terus wajah dia melekat kat hati sampai sekarang. 

Masa abang kat mara dulu, walaupun kami ambik kos teknikal. Tapi kat mara ni wajib ambik subjek2 pengajian am. Macam math, agama. English macam tu la. 

So Melati ni ajar subject english. Memang dia graduan overseas. Abang masa sem 1 tu tak pernah langsung jumpa Melati.. Kira first jumpa masa buat id tu la. 

Lepas tu naik sem 2, nah dia mengajar abang.. Masa tu dup dap dup dap tu tak payah cakap la. 

Beza dengan lecture yang adik Nadim suka tu, Melati ni sangat garang.. Tak dak rapat2 dengan student macam lecture adik tu. Student pun takut dengan dia. 

Orangnya sangat serius. Sikit2 nak failkan paper ja. Dia punya serius tu, biasa masa first class tu kita ice breaking dulu. Tapi dia tak. 

Dia cakap pasal bab2 pelajaran dia. Pastu bagi no fon dia, apa2 masalah kelas boleh contatc dia. Macam tu la. Langsung tak de berkenalan dengan kami. 

Tapi dia ada jugak la sikap professionality dia tu. Nak dijadikan cerita, abang ni memang tak pandai english la. 

Sebenarnya banyak benda abang tak pandai. Sebab mai belajar situ pun ikut2tan. Jujurnya abang memang pelajar yang lemah. Spm pun teruk. Sebab tu masuk kolej kemahiran. 

Tapi beza banyak dengan Nadim. Rupa ada, pandai pun ya. Pastu pelajar harapan.. Pasti adik akan pergi jauh nanti in future nanti. Amin.. 

Abang ni, bukan kata nama, tuan badan ni sapa pun lecture tak kenai. Bukan kata lecture, kawan2 pun sama. Punya tengelamnya abang masa tu. Tak dak tarikan apa pun. 

Masa tu ada test apa tah. Macam biasa abang tak boleh buat. So Melati ni ada la bebel2 dalam kelas. 

Melati ni jenis suka bagi ayat pedas. So abang terasa jugak la. Ada la jugak rasa nak berhenti. 

Ya la, abang ni dalam kelas lecture tanya apa pun,abang akan diam. Takut nak jawab. So masa dia bebel2 tu rasa malu sangat. 

Masa tu ibarat macam cinta dongengan. Kita pun rasa la,tak padan sungguh cita2 aku dengan hidup aku. 

Masa sem 1 mungkin kita takut2 sikit. Naik sem 2, ada la jadi otai2 sikit sebab kawan2 pun dah ramai. Tapi still character abang masih sama. Cuma ada la perubahan sikit. 

Satu pagi masa abang nak sarapan, Melati pun ada tengah beli makanan. Masa tu dia tanya, eh, awak ni kelas 2b kan. Apa nama awak. Abang pun terkulat2 nak jawab. Tapi jawab jugak la. 

Dia kata nanti lepas rehat, datang kat table dia. Ambik notes. Sebab dia ada meeting. So dia akan masuk kelas lepas habis meeting. Sementara masa kelas dia, dia suruh kelas buat latihan tu. 

Abang pun bagitau la dekat kawan abang yang lain.. Dia tu ketua kelas. Abang ingat settle la lepas tu. 

Masa dia masuk kelas, dia terus tanya, eh saya suruh awak yang datang ambik kan. Kenapa orang lain yang datang. 

Arrgh sudah. Satu kelas senyap. Termasuk la abang. Bagi abang, apa masalahnya sapa yang ambik pun. Yang penting point tu sampai kan.. Tapi abang kutuk2 dia dalam hati ja la. Mana berani bersuara. 

Zaman kami time tu, budak2 laki ni selalu suka kutuk dia. Kata dia ni selalu malam2 tak dapat la, hari2 period la.. Ada la ayat2 yang kurang sopan. 

Abang pun beranggapan dia ni dah kahwin, sebab tu sentiasa emo. Ada time kami geng2 ni bercakap pasal isteri idaman, masa tu sentiasa muka dia yang terbayang.. 

Pastu fkir ruginya sapa kahwin dengan dia. Mesti hari2 kena torture. Harap2 bukan aku lelaki malang itu. Itu fikiran masa tu la. 

Abang pun cuba hilangkan rasa suka dia tu. Tapi hati ni sentiasa berdebar bila berdepan dia. Maybe tu tanda2 dia jodoh kita kot. 

Di pendekan cerita, kerap la dia ni suka kenakan abang dalam kelas. Tanya soalan itu ini. Biasa la target guru2 kan pelajar yang pendiam dan lemah. So abang sentiasa jadi mangsa dia. 

Pastu paksa present kat depan kelas. Selalu dia cakap saya nak tengok emas dalam mulut awak jatuh ke tak. 

Abang kan susah nak cakap bahasa ingeris. Kalau malay ok lagi. Setiap kali ada kelas dia, abang akan rasa sangat stress. 

Satu hari nasib tak baik, masa abang main bola, ada kecederaan kat kaki.. Mula tu ingat terseliuh sikit ja. Tapi makin lama sakit makin teruk. Tgh2 malam tu sakit tak boleh tahan dah. Abang bagitau la member. 

Pastu member bagitau sapa tak tahu la.. Kan ada warden.. Datang la satu warden laki nak bawak pi hospital. 

So abang kena tunggu dekat guard house. Abang ingat warden laki tu yang nak bawak. 

Tiba2 datang satu kereta perdana hitam. Warden pun buka pintu belakang suruh abang masuk. Tapi dia tak ikut. 

Dia cakap apa tah kat driver tu. Abang pun masa tu tengah sakit so tak paid attention pun la. 

Masa kereta bergerak baru perasan tu cik Melati.. Makin tak selesa abang masa tu.. Macam2 persoalan. Kenapa dia datang. Dia ni warden ke. 

Tiba2 dia tanya, ok tak. Abang pun jawab la sakit. Tapi tu la, dia kan suka bebel. Boleh dia jawab macam ni,

Awak jatuh petang tadi kan. Kenapa tak pergi hospital masa tu. Dah tengah2 malam baru nak pergi. Awak tahu tak time macam ni kes emergency banyak, tambah2 kes accident. Lambat diaorg nak rawat awak tau. 

Saya ni esok dah la masa first dah ada kelas. Banyak tak prepare lagi. Lain kali kalau sakit ke apa,awal2 terus inform. Bukan dah lewat2 malam macam ni. Ada lagi la bebel2 dia. 

Abang masa tu rasa sedih sangat. Rasa macam ya la, kita ni menyusahkan orang.. Tiba2 abang teringat kat mak abang. Rasa sayu la. Kalau mak ada, mesti aku tak stress macam ni. 

Abang pulak orang utara, jauh sangat dari kolej. Nak balik rumah pun kena naik bas 6 7 jam. 

Pastu abang pun jenis hati lembut, mudah tersentuh. Dah la tengah sakit, sekali pakej dia bebel makin terasa sakitnya. 

Dalam dok shadu2 tu, tiba dengar dia cakap , tanya apa pun diam ja awak ni kan. Dah macam cakap dengan dinding. 

Tapi sumpah, abang pun tak tau apa yang dia tanya. Sebab tak dengar apa. Hati kan dok terkenang mak. Tapi time tu air mata tumpah jugak la. 

Air mata jatuh bukan sebab dia bebel, tapi sebab rindu kat arwah mak. Abang rasa dia perasan kot. Pastu dia terus diam. 

Tapi masa tu abang nekad dalam hati, nak lupakan dia la. Sebab dari cara dia, nampak sangat dia tak suka abang. 

Abang tak de satu keistimewaan pun. Dengan muka serabainya. English pun tungang langang. Senang kata abang ni syok sendiri ja. 

Kalau abang propose dia macam Nadim buat, mau dia gelak 7 keturnan.. Nak jawab soalan dia pun abang tergagap2. Ni kan nak luah perasaan. Terus abang matikan perasaan. Tapi Nadim memang hebat, mampu meluah perasan. Salute bro. 

Eh sambung sikit. Time tu abang rasa abang tak layak untuk sapa2 pun bila dia bebel2. Ye la, tengah emo kan. So jangan buat keputusan masa dalam emosi. 

Sampai kat kecemasan, dia kata nak parking kereta. Dia suruh abang pergi daftar dulu. Tapi masa tu dia mintak number telefon abang.. Agaknya takut cari tak jumpa nanti senang boleh call. 

Tapi macam dia kata la, pesakit memang terlampau ramai. Kes2 accident pun banyak. Sebijik macam dia kata. 

Abang makin rasa bersalah.. Masa tu dia dapat cari abang. Dia duduk sebelah abang. 

Lepas tu hospital kerajaan tahu2 la kan, kena pergi x ray dan macam2 hal. Time tu dia cakap dia nak balik dulu. Dia kata nanti dah siap call dia la. 

Masa tu dekat 4 pagi baru siap. Buku lali ada retak sikit. Time tu hp abang tak de credit. Tak dapat call dia. 

Nak cuba la pinjam kredit 2 ringgit kat celcom.. Tapi tak berjaya. Sebab dah pernah buat kot. Macam tu la hdup kat kolej. Serba tak kena. Daifnya tak payah cakap la. 

Zaman kredit ni, nak buat miscall pun tak boleh kalau tak de credit. So terpinga2 la abang masa tu. 

Mujur dalam 4. 30 tu dia call. Dia tanya dah siap ke. Abang kata dah. Apa lagi, membebel la dia. 

Melati ni ada satu masalah,dia tak mahu mendengar.. Dia tanya soalan, tak sempat kita jawab dia bebel dulu. 

Rasanya pembaca mesti tau apa dia bebel. Mesti la dia bebel kenapa tak call dia kalau dah siap. Pastu dia suruh datang kat tempat dia hantar tadi. 

Abang pun terhinjut2 la datang………. 

Tapi abang dah mengantuk gila2 ni. Esok abang sambung lagi na. Maaf sangat2 tau.. Mata dah kena gam.. 

– Mr.right (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Bang, lecture tu maksudnya kuliah bang. Kalau awak nak cakap pensyarah, itu kena tulis lecturer. So cik melati tu lecturer, bukan lecture.
    Nanti masa part 2 jgn salah tulis lagi tau. Sakit pulak mate kiter. Tapi cerita awak menarik. Sila sambung mcm mana mengorat lecturer.

  2. Adoiii potong bethol la kau ni bang…tgh syok baca, kau stop pulak. Cepat sambung bang..nak tau gak wife kau tu skrg mcm mana bebel dia..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *