Untuk part I, (https://iiumc.com/my-lecturer-my-wife/).
MasyaAllah. Garangnya pembaca2 IIUM Confession ni.. Lagi garang dari Melati.. Hampir2 aku anxiety baca komen hangpa.
Satu lagi, perkataan lecture tu bukan aku tulis ye.. Aku guna shortform (lec) tapi admin yang tulis dalam full word dengan ejaan yang salah.
Harap admin tak edit apa2 confession saya. Sebab pembaca kat sini tiada kesabaran. Kerja nak hentam orang ja.
Ok la. Aku seringkas mungkin la. Eh padahai buat confession untuk adik nadim, tapi orang lain pulak trigger.
Ok tak pa la, aku maafkan orang yang komen suruh kami bercerai bagai. Buat baik dibalas baik, buat buruk dibalas buruk.
Dipendekkan cerita, sependek2nya ye.. (banyak benda aku skip selama 6 tahun memburu cinta dia tu gara2 pembaca macam rimau).
Kalau tulis jugak pasti jadi bersambung, so aku cuba ringkaskan ja la walaupun tak berapa nak ringkas jugak jadinya.
Aku dapat mc berapa hari tak ingat la. 3 ka 4 hari kot.
Walaupun aku agak pendiam, tapi aku jenis happening dengan orang yang aku selesa.
Antaranya, kami ada sorang ustaz. Kami panggil dia ustaz rock. Memang sempoi la dia ni.
Ustaz ni sangat sporting dan boleh tanya apa saja. So dia ada banyak game, pastu movie. Ramai la student suka lepak kat meja dia.
So aku yang mc ni rasa bosan dok asrama sorang2. Pagi tu aku rajinkan diri pergi pejabat nak jumpa ustaz rock.
Bila buka pintu, ramainya lecturer dalam tu. Terus rasa gelabah. Rasa nak patah balik ja. Sebab selalu kalau mai pejabat mesti dengan kawan. , ni first time sorang2. Feeling dia lain macam.
Meja ustaz rock ni agak ke belakang jugak. Tapi aku pun tak tau meja cik Melati kat mana. Aku kan pemalu, so mata pandang bawah ja la.
Masa tu tiba2 dengar suara, eh awak buat apa kat sini, bukan mc ke.. Terus la makin gelabah dengar suara yang familiar tu.
Dalam tergagap2 aku jawab nak jumpa ustaz rock. Cik Melati tanya kenapa. Aku cakap nak ambik movie.
Maka berbakul2 la bebelan aku dapat. Aku rasa dia memang sedia maklum student akan jumpa ustaz rock untuk ambik movie atau game. Sebab tu dia tanya kenapa aku nak jumpa.
Masa tu dia tanya jugak kenapa tak balik kampung. Kan mc lama.
Aku cakap kat kampung tak de sapa. Lagipun kos lagi nak beli tiket apa semua. Pastu nak kena fikir makan lagi..
At least duduk sini makan tak payah fikir. Masa tu dia tanya sejarah family aku semua.
So dia dah tahu banyak benda pasal aku. Aku pun tak lepaskan peluang jugak.
Aku tanya banyak benda jugak pasal dia , tapi dekat ustaz rock la. Mana berani tanya dia.
So dapat la info sikit2 pasal dia. Ustaz ada la usik2 aku tanya suka dia ke. Aku pun terus tersipu2 malu.
Tapi ustaz nasihat, jangan jolok sarang tebuan. Sebab satu dunia tahu Melati jenis tak friendly sangat dengan orang. Dia sangat memilih dengan siapa dia kawan.
Naik sem 3 pun dia ajar aku jugak. Perangai dia macam tu jgak la. Tak berubah..
Aku ada la berubah sikit.. Dari tak boleh bercakap tu dah boleh bercakap sikit2 dah.
Masa sem 4 tu, 3 bulan kena practical. Actually masa sem 3 tu kena start cari kilang dah.
Kawan2 semua dah ada tempat practical. Tapi aku ja tak dapat2. Semuanya dah penuh.
Sampai dah naik sem 4, tarikh practical pun dah makin dekat, tapi tempat masih tak dapat2.
So stress aku time tu tak payah cakap la. Masa tu ada jugak tenaga pengajar yang handle bab2 ni.
Aku kerap jugak pergi jumpa dia. Dia pun merata jugak cari tempat, tapi tak berhasil.
Masa tu kan, macam spontan tau. Aku cakap macam ni, maybe aku terlalu down sampai aku tak sedar apa aku cakap.
Aku kata cemburu dengan orang2 yang ada mak ni puan.. Sebab doa mak tu la paling power. Kawan2 saya hidup depa mudah sebab mak depa hari2 doakan depa.
Tapi hidup saya ni semua benda susah.. Tak pernahnya senang. Sebab saya tak dak mak untuk doakan saya.
Meja lecturer kolej aku ni rapat2. So lebih kurang 6 7 orang lecturer dalam tu terdengar la luahan aku tu. Termasuk la Melati.
Maka ramai2 la bagi nasihat. Kata tak pe, saya doakan la. Solat hajat la. Allah ada la. Macam2 la.
Masa tu hati aku tersentuh sangat. Aku ni sebenarnya hidup kurang dapat perhatian dan kasih sayang.
Sejak kahwin ja aku dapat kasih sayang dan perhatian dari dia dan keluarga mertua aku.
So, aku kan jenis hati lembut. Kerana terlalu sebak, maka jatuh lagi air mata jantan aku buat kali kedua depan Melati.
Tapi dia tak cakap apa2 pun masa tu. Just pandang2 macam tu ja. Orang lain ja yang pujuk2 aku. Selang beberapa hari tu aku terjumpa dia kat koop.
Sebab dah lama duduk sini, aku kurang malu2.. Sebab dah senior kan. So aku buat slumber ja la. Masa aku tengah tengok barang, dia pun hulur air kotak.
Aku tanya kenapa. Dia cakap saya belanja. Tapi ada kawan aku jugak. Dia belanja semua. Bukan aku sorang ja macam adik nadim tu.
Masa tu aku tak ingat dia sms aku ke, atau dia cakap depan2. Ada la dia bagi motivasi pasal aku tak de mak tu. Tapi tak ingat sangat la motivasi dia.
Tapi kerana motivasi tu la kan, cinta aku yang hampir terkubur tu bangkit balik. Sebab suddenly aku melihat character dia yang keibuan tu.
Pastu nak jadikan cerita, aku pun dapat la tempat practical. Maybe dah last2 sem, dia pun tak de la garang2 sangat. Just nice ja orang kata.
Lagipun sem 4 tak de dah kos pengajian am. So tak jumpa dia sangat la.
Kalau yang duduk zaman tu, mesti tau.. Kan kita selalu dapat forward sms. Kadang ada cerita lawak, kadang kata2 semangat. Macam quote tu kan
Time tu maybe aku fikir aku tak akan jumpa dia dah.. So setiap sms tu aku mesti forward kat dia. Kira macam kurang malu la.
Ada sekali tu dia sms. Dia tanya how’s your day. Time tu pulak kredit tak de. Membaranya tuhan ja tahu.
Berhari2 jugak la aku tak dak kredit. Bila dah topap tu, aku reply 800muka surat cerita pasal kehidupan aku..
Tapi 3 page ja lepas. Zaman sms kan, faham2 ja la, maximum 3 page ja boleh send. Lepas tu kita pun tak tau mesej tu sent ka dak.
Nak di jadi cerita, dah berapa hari dia pun senyap tak reply sms aku.. Hantar forward mesej lagi la dia tak pernah reply kan.
Ada satu malam tu aku saja2 miscall dia. Konon2 macam tersilap call. Actually masa tu berdebar gila.
Tiba2 dia call back. Aku macam takut2 nak jawab.. Actually first call tu aku tak jawab.
Pastu dia call lagi. Terpaksa aku jawab.. Dah aku yang gatal misscall dia kan.
Masa call tu suara dia macam cemas sikit. Dia tanya ada call ke. Ok tak, ada masalah ke.
Ingat lagi ayat aku. Maaf miss, tadi tersilap dial. Nak call orang lain tadi. Nak cover malu kan.
Pastu dia kata nak call awek la tu sekali dengan pakej membebel.
Terus aku dengan laju nya, eh saya single lagi miss.
Pastu aku cakap, hari tu miss tanya pasal life saya, saya dah mesej.. Miss tak dapat ke.
Dia kata dapat. Aku dalam hati kenapa hang tak balas. Pastu aku kata, oh ingatkan tak dapat. Sebab miss diam ja.. Tu yang saya call nak kepastian.
Lepas cakap tu terus rasa nak lempang mulut sendiri laju2.. Sebab tadi aku kata nak call orang lain, tiba2 aku termengaku aku nak call dia. Malu gila beb.
Sebab tu aku tak berani menipu sampai sekarang.. Sebab aku mudah terkantoi kerana sikap aku sendiri.
Tapi macam aku kata la, dia kan ada professional dia jugak. Mujur dia tak petik pasal tu. Kalau tak lagi aku malu.
Dia cuma cakap, ye la saya dah baca. Cuma tak reply sebab busy sikit. Anyway take care ye.. Kalau ada masalah apa bagitau. Macam tu ja dia cut call aku.
Masa tu aku macam tak puas jugak cakap sekejap ja dengan dia. Tapi rasa berbahagia. Sebab rasa macam sembang dengan awek.
Practical kat situ dapat elaun. Banyak jugak la sebab ada ot. Sebelum ni muka aku kan sememeh ja. Berkat duit elaun tu, aku pun beli la fair& lovely.
Lepas tu simpan kumis dan jambang sikit2 supaya nampak macho gitu. Hair style buat macam david beckham.. Konon macho dah la masa tu. Tapi sebenarnya nak impress dia ja pun.
Sebelum konvo aku ada pergi kolej. Buat urusan apa tah. Tapi aku ada sms dia, aku cakap aku beli karipap. Boleh tak nak hantar kat dia. Dia reply ok.. Punya happy masa tu.
Masa tu ada la jumpa lecturer lain. Aku cakap aku tak datang konvo. Masa tu orang tanya, kenapa tak datang.
Aku cakap aku sorang2 ja. Abang aku pun tak dapat datang. Lagipun konvo masa tu kat pwtc. So nak kena fikir tempat tingal apa semua. Kos banyak nak guna.
Tiba2 Melati ni respon. Tu kan hari penting awak.. Rugi la kalau tak pergi sebabkan kos. Duit boleh cari, tapi kenangan tak de ganti. Pastu ada lagi la ceramah dia.
Tapi time tu aku macam kurang malu sikit dah. Terus secara spontan aku cakap, tapi kalau miss datang boleh la saya datang. Boleh kita cipta kenangan. Chia chia chia..
Dia cakap tengok dulu la dengan nada seriusnya. Lepas tu dia pun senyap ja la. Aku masih teruskan rutin aku send quote walaupun dia dah tak reply apa2 dah.
Satu hari aku sms dia. Aku cakap kilang tempat practical ni offer jawatan tetap kat aku. Kerja technician ja.
Tapi aku macam confuse, sebab aku fikir nak sambung dip.. Again, nak ikut kawan2 sebab kawan2 sambung dip lepas habis practical.
So aku pun tak tahu nak tanya sapa. Ye la aku bkan ada family sangat untuk bincang masa depan. Masa tu tiba2 teringat kat dia..
Tak sangka pulak dia reply, dia kata kerja susah dapat.. Awak boleh sambung belajar secara pjj. Kalau tanya saya better grab job tu dulu.
Dari situ aku faham, maybe dia akan reply kalau benda tu satu bentuk perbualan. Bukan quote.
Tapi macam tak betul jugak. Sebab ada jugak aku mesej tanya dah makan ka. Dia tak reply. Hare betoi.
Tapi masa tu tak tau kenapa, aku macam tak putus asa atau terasa hati walaupun dia palau aku. Aku rasa nak mesej, aku mesej ja.
Tapi sebenarnya dia ni jenis tak suka mesej. Dia suka call. Tapi aku kan jenis pakai topap, mana boleh call2. Call mahal kot time tu.
So satu hari macam tu la. Aku dapat elaun banyak sebab ot banyak. So aku bercadang nak ajak dia keluar. Aku bagitau la dia nak ajak makan.
Actually banyak kali jugak dia reject. Ada ja la alasan apa2. Mood baik dia balas.. Mood tak baik dia senyap 10 tahun.
Satu hari tu dia kata ok. Tapi masa tu dia bawak adik dia.
Pastu ada sekali lagi aku mesej lagi ajak makan kfc. (zaman belum boikot) dia kata bukan hari tu dah belanja ke..
Aku pun cakap hari tu adik miss ada, tak dapat nak sembang sangat. Pastu dia tanya. Oo awak nak ajak saya sorang2 ke.
Aku terus diam tak jawab. Rasa malu pulak.. Sehari sebelum tu dia call aku. Tanya jadi ke nak pergi kfc tu, . Sebab dia ada nak beli barang kat mall tu, kalau jadi jumpa ja la kat sana.
Pucuk di cita, ulam mendatang. Laju ja aku setuju. Aku ingat dia bawak adik dia, rupanya sorang ja.
Aku tanya miss sorang ja ka. Dia kata ye la, awak kata tak dapat sembang kalau ada orang. So saya datang sorang ja la. Kebetulan ada urusan kerja kat sini.
Pastu dia tanya, hah nak sembang apa. Saya sorang ni. Aku pun dengan malu2 kucingnya, saja tanya dia dah berpunya ke belum.
Dia kata penting ke soalan ni. Aku pun terdiam. Rasa dimalukan pulak. Tapi tanpa putus asa, aku tanya agak2 macam mana la ciri2 suami idaman miss..
Zaman2 kebongokan orang kata. Menyesal tanya macam tu, mujur dah jadi bini. Dia macam mengeluh.
Dia kata, saya ingat awak nak cakap pasal kerja awak ke, ada masalah apa2 ke. Kalau awak nak cakap pasal saya tak payah jumpa la.
Terus sedih aku weh. Ingatkan dia dah berubah, rupanya garang tu ada ja. Masa tu dia ada jalan tengok2 barang. Aku follow ja dia walaupun dia suruh balik.
Masa tu aku tanya birthday miss bila. Dia tanya kenapa tanya.. Aku pun cakap la nanti saya nak bagi hadiah.
Dia kata kalau macam tu tak payah tahu la. Aku macam pelik pulak. Selalu kan perempuan suka hadiah.
Lepas pada kejadian tu, dia agak slow dengan aku. Kira last la kami jumpa masa tu. Sebab dia banyak ignore aku ja. Kalau aku call pun dia tak jawab sangat dah.
Tapi aku ni macam tak reti putus asa pulak. Padahal dekat kilang ada ja minah2 kilang tunjuk sign suka aku. Tapi aku asyik terbayang dia ja.
Satu hari tu aku mesej dia. Aku cakap hari ni birthday aku. Dia reply happy birthday. Pastu aku ajak makan.
Masa tu dia reply, dia kata awak ni tak de kawan2 lain ke.. Asyik ajak saya je. Cuba kembangkan circle awak tu. Jangan stick satu benda ja.
Berhenti bagi alasan tak de family apa semua. Ingat dalam dunia ni awak sorang je ke macam tu.
Sentap aku weh. Lama aku fikir untuk balas mesej dia. Pastu aku cakap, aku selesa dengan dia sorang ja. Sikit sebanyak aku ada bagi hint aku suka dia.
Panjang jugak la karangan aku masa tu. Macam biasa, dia tak balas apa2.. Zaman tu kalau ada blok2, mesti dah lama dia blok aku.
Berserta dengan mesej forward yang aku hantar, sesekali aku ada ja hantar mesej kat dia. Assalamualaikum miss. Sihat ke. Saya rindu la kat miss.
Lama sangat2 lama la dia palau aku. Pastu aku pun macam rasa terhina la.. Sebab kalau tak suka cakap ja la.. Ni biar tergantung macam tu.
So aku pun macam ada ego aku jugak la.. Aku pun diam jgak tak contact dia. Nak buat apa pun rasa tak de semangat la.
Tapi sebab tak tahan rindu, ego aku campak tepi la.. Aku tunggu hari gaji.. Pastu reload 30 ringgit. Boleh tahan sebulan kalau berjimat cermat zaman tu.
Tapi kali ni tak mesej. Aku call dia terus sebab tu aku topap 30. Banyak kali call dia tak jawab pun.
Lepas tu dia jawab, dia tanya sapa ye. Terkedu aku weh. Rupanya dia dah delete number aku.
Dia ni jenis tak jawab number tak kenal. So dia tak jawab sebab tak save no aku.
Aku macam cakap la, sedihnya miss delete no saya. Tapi mujur masa tu dia tak boleh blok aku.. So masih ada peluang nak tunjuk effort.
Eh dah panjang gila dah ni. Ok la aku nak closing dah ni. Kan aku kata 4 tahun aku buru cinta dia.
Sebenarnya masa tu dia ada ja boyfriend. Tapi kalau masuk bab tu dah jadi 10 episode pulak. So tak cerita bab tu la.
Aku masih lagi macam tu. Cuba tawan hati dia. Masa tu dia tanya, kenapa aku suka sangat kat dia.
Aku kata tak tau. Aku rasa sayang kat dia. Aku mengaku aku jatuh cinta pandang pertama masa buat id card tu.
Dia kata dia dah tua. Dia tak nak orang muda2. Dia kata perempuan ni cepat tua. Kalau kahwin dengan orang muda, nanti orang muda tu cepat bosan. Lepas tu cari perempuan lain.
Macam tu la lebih kurang ayat dia kot. Tapi aku tak ingat la apa aku jawab. Ada la ayat skema aku apa2 untuk lembutkan dia.
Tapi yang aku ingat, aku ada cakap, setia dan curang tak kira umur miss. Saya lelaki paling setia dalam dunia. Saya akan jaga miss baik2..
Dia kata ye ye ja awak ni. Dia kata cari yang sepadan dengan awak. Yang muda. Aku kata aku tak nak. Sebab aku suka dia ja.
Last ayat dia sebelum palau aku lagi. Now you addict to me because of your age. Nanti2 awak tahu stop jugak sambil senyum sinis dia.
Dia silap kalau fkir aku akan give up kalau dia tak layan. Sebab aku mana kenal putus asa.
Hari2 aku baca doa nabi daud. Aku siap bagitau dia, hari2 aku baca doa tu bayangkan dia semoga dia lembut hati terima aku.
Dia cuma kata good luck little kid. Nak menganjing aku la tu. Sebenarnya lepas aku bagitau aku suka dia, ayat dia kerap nak menyakitkan hati aku ja. Tapi aku tetap sabar.
Akhirnya satu hari dia tanya, aku ni betul2 serius ke.. Aku cakap sumpah aku serius. Dia kata kalau macam tu datang rumah dia jumpa bapak dia.
Aku pun pergi la rumah dia.. Bapak dia pun garang macam dia. Interview aku macam2. Siap suruh jadi imam solat zohor masa tu. Tapi sekarang ni aku la menantu paling rapat dengan dia.
Akhirnya kami pun dijabkabulkan. Tapi masa nak dekat2 kahwin tu dia ada bagitau. Dia tak pasti la keputusan dia betul ke tak. Macam mimpi. Macam terburu2.
Dia takut keputusan dia salah sebab dia rasa tak de perasaan kat aku pun. Dia anggap aku masih student. Tapi sebab tarikh dah dekat, dia tak boleh nak buat apa2.
Aku sedih jugak la dengar macam tu. Sebenarnya aku dulu sekolah pondok kat jeniang. So aku rapat dengan satu orang ni. Kami pangil dia paksu. Dia agak tua jugak la.
Aku apa2 memang rujuk dia. Paksu nasihat aku jangan paksa dia apa2 sampai dia ada perasaan. Biar dia rasa selesa.
Aku reply dia iktifar banyak2 la. Mainan syaitan ja tu.. Lepas tu tak ingat la aku cakap apa lagi. Ada la share2 doa semua.
Lepas kahwin pun dekat setahun aku dok pangil dia miss. Berbulan kami tak de buat hubungan tu. Mungkin masih kekok2. Ibarat macam masing2 ambik masa la kan.
Aku memang tak berani la nak sentuh dia walupun rasa tak boleh tahan. Sebab lepas kahwin kan dia buka tudung. Rasa cantiknya dia ni. Lagi cantik berbanding sebelum2 ni. Tak berkedip mata aku pandang dia.
Tapi lain betul dia sebelum dan selepas jadi isteri aku. Jarang dah garang2 dan sangat menghormati aku.
Kadang2 manja, kadang2 tegas. Tapi tetap ego. Sebab sampai sekarang dia tak pernah mengaku dia sayang aku walaupun aku tahu dia sangat sayang aku. Setiap kali aku tanya sayang aku tak, dia akan jawab tak.
Aku sangat hargai dia dalam hidup aku. Sebab aku mungkin membesar tanpa family.
So bila aku dah ada family, aku macam sangat menjaga supaya family aku tu perfect walaupun tiada yang sempurna dalam dunia ni.
Sebab aku tak nak hilang dia atas apa faktor sekalipun asbab perangai aku. Aku sentiasa ambil tahu apa yang dia suka dan tak suka.
Aku sentiasa berfikir dulu kalau nak cakap apa2. Aku sentiasa berfikir yang terbaik untuk keluarga aku.
Sebab dia kan perempuan. Dia memang mudah beremosi jugak. Tapi aku belajar untuk kawal emosi dia dengan kasih sayang.
Kalau hari tu dia macam stress ke apa. Aku akan keluar beli air favourite dia. Kadang2 aku massage leher dia.
Aku sentiasa elak untuk hurt dia. Dan sentiasa bagi perhatian kat dia sebab aku tak nak dia rasa tak diperlukan.
Sekarang dah nak masuk 14 tahun usia perkahwinan kami. Tapi aku tak pernah bosan dengan dia. Aku sentiasa rindu dia.
Sebenarnya masih rasa macam baru sangat2 aku kenal dia. Tapi kami dah ada empat orang anak dah. Punya cepat semuanya berlalu.
Anak sulung kami kembar laki dan perempuan. Yang ketiga perempuan, yang bongsu lelaki.
Orang kata, kita ni sentiasa jadi cerminan anak2. Apa yang aku buat, itu jugak yang anak2 aku selalu buat.
Kalau umi depa balik, pakat2 sambut umi. Urut2 kepala umi. Even sebiji coklat pun depa akan bawak balik untuk umi.
Melati sangat sukakan surprise. So aku dengan anak selalu plan buat surprise kat dia.
Sekarang anak2 aku dah terbiasa macam tu. Tanpa aku pun depa pandai buat surprise kat umi depa.
Kalau satu hari nanti aku tak de, aku percaya anak2 boleh jaga dia dengan baik.
Anak2 lagi rapat dengan dia berbanding aku. Sebab kerja aku kan kerja shift. Lagipun aku kan kurang pandai dalam pelajaran. So anak2 selalu belajar dengan dia.
Sebenarnya aku sebak tulis ni.. Sebab lately ni dia kerap sakit. Aku sebenarnya tak boleh kalau dia sakit.
Maybe aku trauma dengan kehilangan mak aku. Dia pening kepala sikit pun aku dah panic macam apa dah.
So dia kerap suka merahsiakan kesakitan dia dari aku. Sebab tak nak aku gelabah.
Kadang dia selalu cakap, tu la awak ni kenapa pilih orang tua. Kan awak susah sekarng ni. Padahal bukan beza banyak pun.
Tapi kalau orang tengok kami, aku yang nampak tua. Dia masih nampak macam 20an ja. Masih ramai ja orang2 mengorat dia.
Tambah2 sekarang ada media sosial, selalu ada ja orang pm dia. Student tak payah cakap la.
Susah jugak kahwin dengan perempuan cantik ni kan. Siap ex2 dia pun rajin muncul balik.
Ok la, dah panjang gila2 dah ni.. Sengaja aku tulis meleret2 nak buli pembaca…
By the way, Melati tak tau aku tulis kat sini.. Hangpa jangan bagitau dia pulak. Kalau dia tau sendiri, pandai2 la aku ayat.
Eh sat, buat adik nadim. Jangan mudah give up. Orang tua2 kata hati perempuan macam kerak nasi, kena air dia lembut jugak.
Percaya pada takdir, kalau ada jodoh tak kemana. Tapi kalau dah dpat tu jangan sia2kan pulak.
Bab kata pepatah negara pakistan, tak susah untuk dapat badan seorang perempuan, tapi yang paling susah nak dapat dari seorang perempuan adalah hati dia.
A real gentleman man is always touch women heart, not women body.
– Mr.right (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Haha.. sya rse ‘terhibur’ plak bla baca coretan Mr. Right ni, sbb ada “sense of humour” gitu.. Alhamdulillah, berjodoh juga akhirnya, org kta ‘biar lambat, asal dapat’.. semoga kdua ‘mempelai’ ini n family depa dikurniakan kesihatan yg baik, dan inshaAllah akan akn berkekalan hingga ke Jannah.. wasalam.
Sebak baca perenggan2 akhir confession ni,
Tp ai like your wife punya attitude, patut camtu la bila nka berinteraksi dgn lelakk ajnabi.Tak kiralah laki tu muda ke tua ke.
Yg lecturer nadim tu, sorry to say la.Tak berkenan dgn caranya, pastu cara dia reject nadim pon, hmmm.
saya setuju sebab walaupun bini abang reject abang tapi cara dia masih respectful dan matang, tapi cara lecturer nadim tu macam memalukan orang tu dan mendera emosi
Satu je saya nak ckp.
Mengejar.
Lelaki yg mengejar cinta ini dia takkan lepaskan even dah dapat.
Feel dia yg tahu je tahu.
Ya allah part last sangat laa touching. Mr right sangat menghormati menyayangi isterinyaaa, ya allah saya doakan semoga kesihatan miss baik baik sahaja. walaupun dah madam sekarangni hahah, semoga allah berkahi keluargaa mr right, miss tak salah pilih husband. I hope that saya pun dapat suami macam tuuuu aminn.
sumpah terharu baca effort dia nak dapatkan wife…this is very relate to “he fell first, she fell harder” awhhhhh 🥹 semoga hubungan kalian berdua kekal hingga ke jannah ❤️