My Liberation Note

Aku bukanlah orang yang minat dengan cerita korea. Cuma baru-baru ni aku tertarik dengan satu kdrama yang bertajuk ‘My Liberation Notes’.

Cerita mengenai introvert yang selalu merasa sunyi akan hidupnya. Watak Yeom Mi Jeong dalam cerita tu sama macam aku. Seorang introvert. Setiap episode dan dialog dia sama macam hidup aku. Sunyi dan terasa kosong.

Ketika di bangku sekolah hinggalah ke university, aku sedar seorang yang pemalu dan pendiam. Tapi tak pernah pon aku merasa sunyi, mungkin sebab di sekolah duduk di asrama, masuk di universiti pon tinggal di rumah sewa.

Lingkungan kawan-kawanku juga extrovert, sangat baik dan ramah. Tak pernah aku rasa ditinggalkan.

Aku masih ingat, semasa aku di rumah sewa baru, asalnya aku pilih untuk duduk di bawah, sebab di bawah cuma ada 1 bilik, sesuai untuk aku yang inginkan privasi.

Tapi aku risau aku akan sukar rapat dengan housemate aku. Jadi aku beranikan diri untuk duduk di bilik atas Dengan housemate yang ramai.

Allhamdulillah diorang semua baik walaupun baru kenal.

Semasa di sekolah aku ada seorang kawan baik. Tempat aku meluahkan segalanya. Masuk di university aku tiada kawan baik, yang ada

Cuma kawan rapat 4-5 orang. Jadi aku memang tidak merasa sunyi.Cuma tiada tempat aku meluahkan rahsiaku.

Masuk ke university, aku selalu libatkan diri aku dalam macam-macam persatuan untuk break my introvert.

Tapi aku sekadar mengisi masa lapang. Aku masih gagal bergaul dengan baik. Aku sangat pemalu dan hambar. Orang yang berbual denganku pon akan terasa bosan.

Tapi mereka masih melayaniku dengan baik. Mereka juga faham aku seorang pemalu dan kurang bercakap. Tapi aku sangat dipuji dengan kerja-kerjaku dalam persatuan. Kerana itulah aku diterima dalam lingkungan itu.

Tamat ijazah, aku bekerja dan tinggal bersama keluarga. Di tempat kerja pon aku masih tidak ada kawan yang aku betul-betul rapat.

Hidup sekadar pergi kerja dan balik kerja. Sangat membosankan. Dan sebenarnya aku sangat aktif semasa di university.

Aku sukakan sukan, hiking, badminton dan berjalan-jalan. Semua aktiviti itu aku lakukan hampir setiap minggu di university. Tapi setelah aku masuk ke alam perkerjaan. aku seolah hilang segalanya.

Keluargaku juga hairan, kenapa setiap hujung minggu aku tidak keluar bersiar-siar, aku cuma beri alasan nak rehat saja. Padahal aku tiada kawan untuk di ajak keluar. Tiada yang mengajakku.

Aku hidup dengan sandiwara. Diluar aku sangat ramah, tapi bila balik aku sangat penat. Penat berinteraksi dengan orang.

Aku Seolah-olah ramai teman dan kawan, tapi sebenarnya tiada seorang pon yang betul-betul aku ada untuk tempat bersandar bahu.

Setiap pagi aku semangatkan diriku dengan kata- kata yang sama seperti dalam dialog cerita itu. ‘Aku kuat, aku tak kehausan kasih sayang, aku boleh Bahagia dengan caraku sendiri’

Aku masih ingat, aku sempat berkerja kontrak selama 6 bulan di sebuah perusahaan. Semasa aku bekerja di situ, aku sangat seronok. Setiap hari aku sangat bersemangat untuk pergi kerja. Kawan-kawan kerja yang sangat baik.

Mereka selalu ajak keluar makan dan beraktiviti pada hujung minggu. Semasa aku bekerja di situ, aku sangatlah ceria dan menjadi diriku sendiri. Selepas tamat 6 bulan, kontrak pon tamat dan aku berpindah ke perusahaan baru.

Dan disitulah aku mula merasa sunyi.Aku tidak pandai bergaul dengan rakan kerjaku. Biasanya orang yang mendekati untuk membina sebuah persahabatan.

Dan aku mula sedar, aku memerlukan energy dari orang lain untuk membuat aku Bahagia dan dihargai.

Aku sendiri cuba keluar dari untuk membebaskan diriku sebagai introvert, tapi masih belum Berjaya

Hidupku terasa kosong, tidak terlalu menyedihkan, Tidak juga Bahagia. Semoga aku menemui orang-orang yang baik yang boleh mengisi kekosongan dalam diriku.

– Yeom Mi Jeong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *