Aku dah bertahun dkt uia ni. Dan masih belum grad. Malang kan? Ye mmg malang. Di saat kawan2 aku ada yg dah grad ada tp aku masih mereput dlm uia. Punca? Ada bnyk. Salah satu faktor adalah memberontak. Aku xpernah pun nk jejak dlm uia ni. Tp parent aku yg beria suh aku masuk.
Okey la aku layankan je walaupun aku sedia maklum yh aku akn lambat setahun sbb ada senior aku dah terangkan ttg asasi uia. Memandangkan sleng jawa aku pekat dan arab aku tahap maharugu, aku dah dpt bygkn yg paling awal aku berambus dr uia pj 2 tahun. Dan yes. Mmg dua tahun aku buat asasi. Aku dah pesan dkt mak bapak aku yg aku xnk smbung digree uia. Aku nk masuk unikl sbb aki minat leterik. Tp ditolak mentah2 oleh parent aku. Ok aku pun masuk jela gombak dgn hati yg memberontak. 1st year aku dkt gombak aku rasa mcm sampah. Mungkin kesilapan aku pilih romate kot. Rumate aku seko pun xde yg minat belajar. Yg diorg tahu enjoy smpai lebam.
Buku tu lg 2-3 jam nk final exam baru kitorang bukak. Lps xlama tu aku kenal 1 lagi sampah. Dota. Sampah ni pun punca stdy aku kelaut. Aku tahu ramai lelaki dlm uia ni gila gem sampah tu. Nasihat aku, hentikan. Ramai yg kecundang sebab sampah dota ni. Tu xmasuk yg dah kawin pun sebok henjut dota jugak. Kesian bini dia. So budak2 1st year kalau nk jadi sampah, mainlah dota tanpa mengira waktu. Bukan kata xboleh main, tp kena pandai balance kan kau punya waktu.
Selain dota, aku giat berbisnes. Walaupun 9 dpd 10 bisnes aku melingkup, bg aku tu sati pengalaman baik utk aku. Kerja? Mcm2 kerja aku dah buat dari pencacai sampai kerja mulia(bersihkan toilet utk kegunaan org lain) aku dah buat. Tp banyak2 kerja alu sgt bangga jadi pencuci toiet. Kau tahu kenapa? Sebab kerja tu mengajar aku erti sabar. Ramai manusia ada otak tapi otak letak dkt lutut. Kencing bersepah ni xyh ckp. Setiap masa hancing je bau. Yg menguji kesabaran bila kunyit dia xjirus. Dah la sebesar lengan. Kepala banananana dia la.
Tp aku sabar. Sebab tu sumber income aku masa tu. Yela kau bayang kalau xde cust dkt jamban tu. Mcm mana toke nk rolling bayar gaji aku kan. Dan tahun lepas, aku kena dismiss. Aku cuba adapt kos baru aku ni walaupun hati menyumpah2 xnk kos ni. Sepanjang rehat setahun lps kena dismiss, aku kerja partime. Mcm2 kerja. Meniaga sendiri, tolong org meniaga, kerja kedai makan, jaga toilet semua aku buat. Aku dah nekad masa tu kalau aku ckup je 100k aku xnk smbung stdy. Nk full timw meniaga. Tp, uia sayang aku. Aku xdpt pun kumpul 100k so aku masuk la sambung belajar dkt uia lps setahun stdy leave. Kau tahu x panjang2 aku taip ni sebenarnya nk sampaikan 3 benda je
1)jauhi dota
2)redha dan belajar terima hakikat
3)dah berak/kencing sila jirus. Binatang pun pandai timbus najis. Engko manusia bebal sgr xreti nk jirus.
Aku taip panjang2 ni bukan apa. Xkn la nk confess 3 point tu je. Pendek sgt. Kalau setakat pendek gitu baik aku tweet je. Apapun, sekarang aku belajar utk bangkit. Slow2 adapt kos aku, slow2 setup bisnes aku balik. Slow2 generate income balik sbb aku tahu aku grad uia paling awal umur aku 29.
So aku kena la ada platform utk aku lps abis stdy nnt. Sbb aku plan nk bisnes sendiri je. Target aku dlm uia aku nk bina network. Sebab aku xnpk lagi hala tuju kos aku ni. Bisnes so far dlm landasan yg baik. Yela kalau bisnes xjalan aku xde duit nk bayar yuran. Xde duit nk makan. So korang yg masih muda jgn la tiru perangai berok2 gagal cm aku. Tp kalau nk ikut silakan. Silalah hancurkan masa depan anda. I like it. U know why? Bcoz u are too young too dumb to realize. Kalau kau nk ikut gak, i just wanna say ‘welcome to my life’
– Si Legend
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit