Assalamualaikum dan hai. So ini kali pertama aku post something like this. Aku cuma nak luahkan apa yang aku memang tak dapat cerita dekat orang.
Daripada aku menangis tengah malam sebab aku triggered dengan bad memories , aku rasa better luah kat sini since orang tak boleh kenal aku.
Aku anak kedua daripada 4 adik beradik dan aku antara yang besar and gelap sikit dari adik-beradik aku. Aku memang dilahirkan tembam dari kecil. Of course mak ayah tegur for my own sake, I know that. Tapi disebabkan itu, aku ada social anxiety dan rasa kena judge sepanjang masa.
Bila-bila ada family gathering dulu, benda pertama mereka sentuh is my physical. Selalu sangat macam tu sampai aku takut nak pergi family gathering tanpa rasa kecil hati. Selalunya orang kata kita akan rasa macam ‘ it’s okay, as long as family aku rasa aku elok or pretty even just a little bit”.
Aku sayang family aku serious aku memang sayang. They did give me everything. Mak ayah aku memang strict and diorang memang jenis oldschool. Now that I am in my 20s, diorang better dari dulu tapi scars dari zaman aku kecil tu tak hilang.
Aku insecure dengan diri aku bila nak jumpa orang. Benda yang paling sakit dan aku ingat smpai sekarang ada satu masa tubila mak ayah aku tak kata apa bila the other family kata something dekat aku.
Aku rasa aku berumur 16 tahun masa tu dan kami ada kenduri di rumah tok saudara. Disebabkan aku tak makan pada malam semalam and aku terskip breakfast. Aku memang lapar gila and ingat nak makan masa kenduri.
Kami sampai rumah tok saudara tu lepas zohor and seperti biasa kami ambil makanan kumpul kat meja ramai-ramai. Kenduri ni memang untuk family sahaja so aku pun duduk depan tok saudara aku and kami berkumpul satu meja tu.
Aku start makan, and one of my tok saudara tu kata ” makin tembam dah macm cu dia dah, ahahaha” infront of the others. Ada sorang makcik cakap ‘”nanti dia tak tambah satgi kang ahahahah” Aku hampir terdiam dan hampir berhenti makan.
The worst thing is my family does not say anything and they laughed along. I was starving and the my parents don’t even backing me up makes it more painful.
Aku memang tak tambah lepas tu and rasa macam memang maruah aku memang dah jatuh and sakit sebab family aku tak menyebelahi aku.
Bila aku tak tambah, diorang kata “haa tengok tu kan dia dah tak tambah” Aku cuma gelak and kata dah makan kat rumah. Not gonna lie, sakit tu Allah saja tahu and malu tu cuma 10% ja. Sakit sebab my family especially mak ayah aku yang tak tahu i was breaking inside.
Tekak aku sakit sebab cuba tahan untuk tidak menangis. Aku tahu diorang melawak but that just crossed the line. Ingat aku takdak maruah ?
Ingat aku nak jadi gemuk ? Kami balik naik exora and aku sorang ja duduk belakang sekali, aku tidur dan aku menangis terus tanpa keluar suara.
Sakit weh sakit. Benda tu sakit sangat buat aku fikir macam mana aku nak rasa yang aku ni elok even mak ayah aku tak rasa aku elok ?
Macam mana aku tak insecure dengan adik-beradik aku yang boleh dikatakan elok?
You know what, aku tak pernah rambut panjang and aku pun a bit boyish. Dari dulu memang tak pakai dress, selalunya tshirt and jeans dan orang pun confuse aku dulu lelaki orang perempuan.
When I was 15 years old maybe, aku cuba nak simpan rambut panjang, aku still perempuan and aku nak rasa perempuan itu so aku bagitau mak ayah aku yang aku nak simpan rambut panjang. Then ayah aku straight cakap kat aku “takyah la buruk nanti kalau rambut panjang ?”
Ya Allah hati aku terus rasa jadi batu and aku terus fikir yang macam mana ayah kata aku akan lihat hodoh kalau rambut panjang when I NEVER ONCE IN MY LIFE HAVING A LONG HAIR ?????? and yeah both of my sisters have long hair.
Then aku just give up ada rambut panjang and sekarang aku just minta ayah aku potong pendek rapat terus whenever rambut aku panjang sikit. Bila mak aku cakap kenapa tak simpan panjang, aku just kata ” takyah nanti hodoh”.
Bila family sendiri buat level confidence aku jatuh and insecure dengan diri aku, aku memang rasa tak mahu kahwin. Kalau dah my parents nampak aku macam tu, macam mana dengan orang luar ?
Hahahahah that just makes me feel even worst. Mak aku selalu cakap yang aku jenis hati kering and siapa yang buat aku jadi macam ni ? I have to supress my own feeling so that I won’t break down.
Nowadays, my parents a bit better but habit aku sekarang ialah aku skip dinner and I did lost quite the weight. Feeling happy when my mom compliment about my weight buat aku fikir yang starving myself is worth it.
My parents did become a bit better than the past, tapi social anxiety aku tak hilang and bila aku nak jumpa orang, tangan aku shaky and aku just senyum and gelak bila ada orang tegur kenapa tangan aku shaky.
Mula-mula aku ingat tangan aku shaky sebab aku lapar but dia start shaky whenever aku duduk dengan orang. Sebab itu juga aku seorang introvert sebab aku takut and aku akan fikir apa yang orang kata kat aku dan ini membuatkan aku jadi people pleaser.
Aku rasa macam diri aku mudah sangat dibenci kalau aku tunjuk diri aku yang sebenar. I make jokes, make people laugh and help others so that they think good of me.
Actually, aku seorang yang introvert and aku jenis yang tak attach dengan orang yang aku tahu aku tak perlu jumpa dah nanti. I think I am a nice person but I am not a kind person.
I being nice to them just because I want them to see me in certain light. Aku memang tak kisah kau nak kawan ke tak or kau nak call atau berhenti chat dengan aku, ikut kau la.
Sebab tu, aku tak faham dengan orang yang suka attach dengan someone when the other person already cut ties with them. Sebab itu juga aku takmau ada relationship, other than being insecure about my physical, aku tahu aku jenis cepat hilang attachment dengan orang.
Sekarang ini, aku hidup dengan ikut flow saja, since dari dulu mak ayah aku yang atur and pilih apa yang aku nak sampai aku tak tahu apa yang aku nak jadi. Aku tak tahu nak buat keputusan sendiri sebab mak ayah aku dah selalu pilih untuk aku.
Hidup aku sekarang happy at the same time pathetic tapi kadang-kadang aku rasa masalah aku ni tak besar pun bila aku nampak orang lain lagi susah dari aku. So aku pun jadi macam whatever happens, happens and just let it go.
Aku macam dah penat tapi kena teruskan. Aku pun nak balas jasa mak ayah aku yang work hard for our family tapi parut and luka lama tu susah nak hilang.
Actually banyak aku nak tulis tapi semua benda dalam otak aku macam bercampur aduk buat aku pening nak cerita yang mana.
Aku tak berapa ingat sangat zaman tadika or sekolah rendah aku , just certain bad memories ja yang aku ingat. Nanti kalau ada aku nak cerita aku akan cerita. Maaf kalau rasa pening bila baca cerita aku.
Thank you for your time.
– Leah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit