My Life Is…

Salam semua lama nak meluah tapi kali ini baru berjaya. Kenali diriku seorang perempuan, 20an, status berkahwin. Baru saja mendirikan rumah tangga beberapa bulan yang lalu dengan insan pilihan hati.

Yang aku nak cerita disini tentang impian, cita2, berangan aku, semuanya dah musnah bertubi2.

First, aku seorang perempuan yang inginkan majlis perkahwinan yang dirai. Pendek kata majlis yang seronok or meriah lah. Aku bertunang & mengikat tali perjanjian untuk bernikah selepas 7 bulan macam gitu.

Tapi pandemic melanda iaitu wabak covid jadi aku memutuskan untuk menangguhkan perkahwinan kerana nk tunggu waktu reda.

Sejujurnya aku tidak gemar untuk bernikah dahulu kemudian ambil masa untuk buat majlis.

Memang, memang waktu tu waktu yang sesuai sangat untuk berjimat cermat tidak perlu habiskan duit beribu2 hanya untuk majlis yang beberapa jam itu.

Memang ramai juga waktu itu mengambil kesempatan untuk bernikah tanpa majlis walau hanya di pejabat agama kerana penjimatan.

Bagi golongan ini, majlis tidak penting kerana ianya hanya lah adat & kehendak. yang penting nikah dulu, majlis boleh kemudian.

Tapi berbeza pada sudut pandangan aku. Aku mengimpikan majlis nikah & persandingan yang lengkap macam orang2 buat (sebelum kewujudan era pandemic). Tapi waktu tu banyak tentangan yang mempertikaikan tentang impian aku.

Kata mereka tak perlu membazir lah, buat yang wajib dulu lah, & sebagainya. Salahkah aku nak apa yang aku mahukan? Aku sudah lama bekerja, menyimpan duit & ini lah masanya aku nak reward diri ini tambahan pula aku merupakan anak & cucu pertama.

Nak dijadikan cerita, aku dijangkiti wabak covid. Berbulan aku cuti sakit kerana mengalami komplikasi & akhirnya fizikal aku berubah.

Aku memang chubby tapi dlm range ok lagi, tapi berubah menjadi lebih besar. Kulitku pula meradang kemerahan yang tidak pernah aku hadapi.

Ini semua akibat covid, kesan ubat & kuman & aku sangat sedih sekali. Aku terdesak, aku ambil supplement kuruskan badan & pergi klinik kulit spend beribu ringgit untuk pulihkan diri.

Malangnya tidak sempat, majlis pun berjalan seperti dirancang kerana keluarga pihak lelaki menolak permintaan kami untuk menangguh lagi sedikit masa.

Aku kecewa la at least bagi la aku sedia mental & fizikal. Kata mereka kahwin jela dulu at least dah ada husband boleh jaga.

Hari nikah ku. Teringin nak transform diri ni jadi cantik. tapi malangnya sedih tengok makeup nikah yang garang MUA tu buat. Nak betulkan dah tak ada masa so proceed je la. Hari sanding pula, aku kecewa sekali lagi kerana makeup ku seolah tiada makeup.

Aku mempunyai kulit sangat cerah tapi MUA tu makeupkan aku macam aku berkulit tan. Katanya untuk tone kan kemerahan kulitku yang banyak. lagi seorang MUA pula makeupkan aku rupa macam hantu cina.

Allahuakbar kenapa aku menjadi hodoh ketika moment2 penting macam ni? Aku sendiri benci tengok gambar2 wedding aku rasa malu sangat better aku pakai makeup sendiri tak perlu hire beratus2.

Hari sanding pula aku tengok meja banyak kosong. Jemputan aku jumlahnya sederhana saja tapi yang dtg ada lah dlm 20% per 50% sampai owner dewan tu perasan akan keadaan itu. Sedih aku tengok majlis aku dari atas pelamin.

Doorangift & makanan banyak sangat lebih. Bawa lah semua tu pulang. Balik sanding aku menangis sendirian aku berpikir kenapa orang buat aku macam ni. Atau pun aku yang terlalu berharap semua orang akan datang?

Beberapa bulan selepas itu aku berhenti kerja kerana mengalami tekanan yang melampau di tempat kerja yang sangat toxic. Dah bertahun aku bersabar kerja disana menghadap colleague & boss yang sangat toxic tak tahu level apa.

After kahwin stress tu makin bertambah sebab aku tidak suka mereka berkata2 tentang soal peribadiku sama suami.

Akhirnya suami membenarkan aku untuk quit. Bermulalah hidupku sebagai seorang suri rumah. yang tiada pendapatan tapi masih mempunyai komitmen untuk dilangsaikan.

Aku bergantung hidup pada wang simpanan. Nafkah yang diberikan aku simpan. Kadang aku rasa nak beli something aku beli je tapi semua murah2 tak ada macam pasangan lain pergi shopping branded2 syok2 semua.

Makan pun tak pergi kedai mewah macam pasangan lain. Waktu dapat duit Kwsp tu lah kami berdua boleh bernafas sikit sambil beli keperluan rumah biar lengkap. Baru lah nampak macam rumah kalau tak selama ni kosong je.

Aku pula dah cuba minta kerja tapi belum ada rezeki terpanggil. Nak dijadikan cerita waktu ini aku asyik sakit. Lepas 1-1 aku kena hadap, stress aku bertambah.

Keluarga mentua pula suka membuli mental ku dengan kata2 mereka membuatkan aku lebih tertekan & cuba mengelak untuk berjumpa dengan mereka. Tak perlu aku cerita lebih2 biar aku simpan saja.

Tidak lama itu aku disahkan mengandung. Aku makin tertekan tahap yang aku rasa aku nak lari dari sini.

Sebenarnya kami berdua belum bersedia untuk menimang anak tapi Allah dah beri dulu. Puas kami memikirkan tentang anak ini. Macam mana nak tanggung dia nanti.

Tambahan aku dah hilang pekerjaan. Nak minta kerja mana2 dah tentu tiada yang sudi kerana pregnant.

Gaji suami cukup2 makan saja tampung kami tapi kalau nak tanggung anak memang tak mampu. Ada harta juga telah dia jual demi mengurangkan komitmen.

Aku tidak tahu mengapa aku macam ada suatu perasaan takut akan mengandung. Tidak seperti perempuan dan isteri yang lain yang sangat mengharapkan anak di dlm kehidupan mereka. Hari2 aku menangis fikirkan semua ini.

Aku tidak menjaga polar makananku, aku buat kerja berat, tidak makan acid folic. Tapi aku bersyukur aku tidak mengalami apa2 alahan.

Ada cuba pergi scan & ternyata tiada masalah langsung cuma heartbeat dia belum nampak lagi walau dah hampir berapa bulan dah.

Suami ada belikan aku ubat gugur kerana dia kata dia tak sanggup tengok keadaan aku macam mental.

Bila dia pergi kerja aku tinggal sorang di rumah memang aku mental. Aku cakap sorang diri, menangis, meraung, tidak makan, kepalaku kusut sekali. Bila dia balik kerja dia nampak aku menangis tarik2 rambut.

Dia beritahu aku sejujurnya financial dia belum cukup lagi. Hari2 aku berdoa supaya Allah ambil anak ini sebelum kami membunuhnya.

Kami berdua yang salah bukan anak ini tapi dalam masa yang sama keadaan memaksa kami. Memang anak itu pembawa rezeki tapi kena fikir logik juga mana rezeki nya kalau tiada sumber.

Bukan ada sesiapa yang akn hulur wang kepada kami. Masalah kami hanya kami berdua saja tanggung senyap2 keluarga tidak tahu apa2.

Tambahan lagi keluarga mentua mendesak untuk mengadakan majlis sebelah mereka.

Suami aku cakap dia tak tahu macam mana nak cakap pada keluarga tentang kos majlis tersebut sedangkan dia sendiri pernah confess yang dia tidak mahukan majlis itu kerana sudah buat di majlis aku.

Kalau aku simpan anak ini perutku waktu itu akan besar kerana menjangkau beberapa bulan lagi.

Aku stress sangat aku buat banyak research tentang pengguguran anak sambil berdoa ampunkan dosaku & minta maaf pada anakku, walau roh dia belum ditiupkan lagi kerana baru berapa minggu.

Nak bagi anak ini pada orang lain selepas lahir lagi aku tidak sanggup. Aku tiada life support kerana keluargaku juga bukan orang senang & semestinya kami merahsiakan tentang perkara ini.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *