Assalamualikum dan hai…
Saya girl, 20+, Saya saja je nak lepaskan perasaan kat sini, tiada benda yang serious.
Mesti semua dah tahu, setiap orang tak sempurna, Allah tidak menciptakan seseorang itu sempurna.
Dalam kes saya, mesti ramai yang boleh relate..
Saya bertuah kerana ada keluarga yang baik, bertanggungjawab dan menyayangi saya.
Saya bertuah kerana dikelilingi oleh kawan-kawan dan sahabat yang semuanya bersifat positif dan mahmudah.
Saya bertuah kerana dikelilingi suasana kerja yang tenang dan rakan sekerja yang sangat membantu dan tidak berkira.
Saya bertuah dilahirkan dalam keluaga yang sederhana dan tinggi ilmu agamanya.
Apa kekurangan saya?
Mesti korang boleh teka kan?
Percintaan.
Ahhhh… Yang paling sakit bila kau dah jumpa orang yang kau dah anggap baik, ada suami material, green flag…
Tapi Allah hanya hadirkan dia dalam hidup kau untuk kau tahu, pilihan kau itu betul, tapi AKU tidak mengirimkan dia untuk kau, tapi untuk kau tahu, lelaki yang baik itu ada, lelaki yang menjaga hatinya dan imannya itu wujud.
Waktu tu aku tahu, memang aku jauh.. jauh dari sekufu dengannya.
Jadi aku anggap itu teguran Allah untuk aku ubah cara penampilan aku menjadi lebih baik dan sopan, cara Allah tegur aku untuk dekatkan diri denganNYA..
Mungkin Allah rindu aku.. Jadi DIA patahkan hati aku berkali-kali dengan lelaki kerana dia rindu untuk mendengar aku memohon kepandNYA.
Pernah sekali aku kesal, aku rasa marah dengan Allah, kenapa DIA terus mendatangi aku lelaki yang baik-baik hanya untuk menariknya kembali dan memberi aku luka yang sama?
Tapi akhirnya aku faham..Antara yang baik-baik yang hadir, salah satunya mungkin jodoh kita, cuma mungkin dia akan hadir kembali denga versi yang lebih baik.
Dan.. kalau bukan sebab ujian luka yang Allah bagi, saya takkan jadi sekuat macam sekarang.
Saya yang masih belajar untuk redha…
– Miss Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ingat..allah uji manusia…bukan untuk susahkan manusia..tp itu tanda allah sayang…sbb dari ujian itu kita akan jumpa cinta agung kepada pencipta…cinta terindah…adalah cinta yang lahir dari hati yang ikhlas,,untuk menerima sebuah kekurangan..bukan kesempurnaan…sebab kita pun di lahirkan dengan serba kekurangan…seperkara lagi…dalam mencari cinta ..carilah cinta redha alllah terlebih..dahulu…yang lain serahkan kepada allah…yakinla…jika cinta allah itu lebih kita agungkan..insyaallah , allah akan ketemukan kita dengan cinta insan yang bahagianya hingga ke syurga…
Mencari cinta dalam redha..itu yang terbaik…dia hadir kita syukur..bila dia pergi..kita redha…kalau kita ikhlas mencari redha allah insyaalah kita jumpa bahagia dalam redha…dan cinta atas redha allah adalah cinta yang terindah…