My Love Story

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Sal (nama samaran) dan berumur 30 an. Seorang penjawat awam dan sudah berkahwin. Saya dah mengikuti IIUM Confession ni dah lama sejak 2016 atau 2015 lagi sebelum confession pasal peninggalan arwah.

Kalau ada yang ingat confession ni antara yang paling hits kat laman ni. Saya selalu jadi silent readers. ini 1st confession saya. Sorry panjang pula intro saya. hihihi..

Saya nak confess mengenai love story saya dari zaman sekolah sampai saya bertemu jodoh saya, Alhamdulillah. Kita merancang, Allah SWT juga merancang, dan perancangan Allah SWT adalah yang paling baik.

Confession ni agak panjang. Saya harap admin approved confession ni. Saya ni pembaca tegar IIUM Confession. Harap cerita saya memberi manfaat dan pengajaran kepada pembaca semua.

Ini cerita 1st love saya, sekolah rendah. Saya duduk di kampung dan sekolah kebangsaan biasa sampai darjah 6.

Saya budak kampung biasa, main ikan parit, panjat pokok (kenangan betul budak perempuan panjat pokok hahaha) saya biasa sahaja, tak berapa pandai so saya masuk golongan bukan budak popular.

Dekat kelas saya ada satu geng perempuan yang kira hot sebab dia orang pandai dan cantik, terdiri dari 5 orang. Dekat sekolah saya pon ada geng budak lelaki yang kira pandai dan ada rupa gak la.

Masa darjah 6 kira geng budak perempuan ni berpasangan la dengan budak laki geng hot ni (zaman tu kira geng perempuan hot couple dengan geng laki hot, i dont know why).

Saya acually suka kat sorang budak lelaki geng hot ni. Saya namakan dia H, dia handsome, pandai tapi sangat pendiam. Jarang sangat dengar suara dia. Ibu dan bapa dia penjawat awam so dia dikira keluarga senang.

Zaman tu ibu bapa biasa kerja sebagai pekebun dan bukan golongan yang senang. Saya suka dengan H sejak darjah 5 lagi.

Saya tak tahu yang si H ni berpasangan dengan geng budak perempuan ni sampi la darjah 6. Saya namakan budak perempuan tu si A. Si H ni sangat la pendiam, tak tunjukkan langsung minat kat si A ni.

So saya jadi secret admire H sebab saya ingat si A ni bertepuk sebelah tangan. Yela, tak nampak pon dia orang suka sama suka. Budak lain ada la juga lepak sama2, si H ni so cold kat si A. Sampai la habis UPSR baru saya tahu dia orang memang couple.

Masa saya tahu dia orang couple memang sedih la. 1st love kot, ingat ada harapan. Saya selalu perhati H ni, saya macam perasan kadang2 H pandang saya juga. Ingat habis UPSR nak confess. Hahaha tinggal harapan jela. Lepas tu si H dan A masing2 sambung belajar kat tempat lain masuk asrama.

Kenangan 1st love saya yang sedih dan tak kesampaian. Saya dapat tahu habis UPSR they still couple lagi sampai sekolah menengah, saya ingat mereka nak bercinta sampai ke jinjang pelamin. Sekarang si A dengan H ni sekarang dah kahwin dengan  pasangan masing-masing.

I really tough they all will get married that time. Sampai sekarang saya friend kat fb dengan A dan H ni. Masing-masing  dah ada kehidupan sendiri dan alhamdulillah dua2 bahagia dengan hidup masing2.

Selepas habis UPSR saya sambung sekolah menengah di kampung saya. Banyak crush kat sekolah menegah ni. Normal la  budak perempuan baru nak masuk akil baligh jadi remaja so banyak la crush kat budak lelaki. Jadi atau tak menjadi sahaja.

Masa form 1 saya crush kat rakan sekelas saya, lepas tu jadi adik angkat kepada abang tingkatan 5.

Sekolah saya ada beberapa kelas form 1, saya masuk kelas tengah sebab kelas depan kelas arab. Kelas depan ni kelas budak pandai tapi ada arab so saya tak nak masuk. Jadi saya masuk kelas tengah, sederhana pandai. Masa form 1 ni, ada sorang budak laki baru masuk.

Saya namakan N, dia pandai tapi sebab dah pertengahan tahun jadi dia masuk kelas saya. N akan jadi crush saya masa form 4 dengan 5. Ini nanti saya cerita. Sekarang saya cerita kisah 1st cinta monyet saya.

Masa tu saya form 2, dia form 4. Dia baru masuk sekolah saya. Saya namakan dia L. Saya kenal dia melalui kawan. Masa tu saya suka dia sebab rambut dia lawa.

L bukan dari kelas yang pandai tapi saya seorang yang sangat setia dan saya bersama dengan dia sampi saya form 4. Masa itu saya rasa saya akan setia dengan dia sampai kahwin.

Masa tu rasa nak buktikan yang bercinta zaman sekolah boleh berkekalan sampai kahwin kononnya. Masa saya form 4, L dah habis sekolah dan masuk PLKN. Dalam masa PLKN tu dia call saya sekali saja. Yela masa tu handphone memang tak boleh guna.

L putus dengan saya lepas saya kantoi lihat handphone dia ada perempuan lain. L tinggalkan saya lepas saya setia dengan dia 2 tahun. Masa tu saya rasa down sangat. Tapi saya bangkit semula lepas saya rapat dengan N.

N dengan saya sekelas sampai SPM. Saya sukakan dia dan cuba rapat dengan dia. N masa tu nak tumpukan perhatian pada pelajaran dan saya jadikan N sebagai pembakar semagat saya untuk skor dlm SPM. Supaya saya boleh belajar dengan dia sama-sama sampai universiti.

Tapi sampai SPM N tidak menunjukkan yang dia berminat dengan saya.

Saya dapat tahu masa universiti N tidak bersama siapa-siapa sampai bekerja. Selepas beliau kerja baru beliau berkahwin dengan isteri beliau. Saya pula selepas SPM sambung belajar di sebuah IPT di utara. Di sinilah saya berjumpa dengan M.

M yang membawa banyak pengalaman kepada saya. M yang mengajar saya erti kesabaran yang sebenar. M yang mengajar saya erti dewasa. M yang kusangka akan menjadi suami saya.

Kisah saya dengan M panjang. 9 tahun yang saya bertahan dengan lelaki yang panas baran, mencaci dan maki saya, marah saya, tidak peduli maruah saya. Nasib dia bukan jenis angkat tangan pada perempuan.

Saya kenal M masa umur 19 tahun, masa belajar diploma. Saya department lain dan M department lain. Kenal melalui kawan-kawan masa keluar hangout sama-sama.

Masa mula kenal dia ok, bukan playboy, kerja partime kat IPT tu. Dia bukan dari keluarga yang senang. Masa awal-awal bercinta kami sering gaduh.

Dia yang selalu merajuk dan saya yang akan pujuk. Dia selalu marah saya. Setiap minggu kita orang gaduh dan mesti saya pujuk dia. Dia  selalu maki saya kalau marah. Dia cakap b****, s***, c*****, s****, b*** pada saya macam2 tapi saya masih dengan dia.

Dia pernah tinggalkan saya masa tengah keluar dating. Saya balik sendiri naik 2 3 bas untuk pulang ke asrama.

Pernah masa buka puasa depan makanan kami gaduh. Dia juga pernah koyak tiket wayang sebab gaduh dengan saya dan ajak balik tanpa tengok wayang tu. Yang beli tiket tu saya pula tu.

Pernah saya keluar tengah malam jalan atas jalan raya sebab gaduh dengan dia dan dia buat tak peduli.

Ini semua terjadi masa kita orang belajar sama-sama kat IPT tu. Dekat IPT juga M pernah kantoi keluar dengan perempuan lain. 2 3 orang yang saya tahu. Yang saya tak tahu? Entah la.

Masa saya kat IPT ayah saya belikan kereta dan dia guna sepenuhnya kereta saya. Saya bagi sebab sayangkan dia. Yes i know, im so idiot that time. Sayang punya pasal.

Sampailah saya habis belajar saya balik ke rumah saya. Saya tinggalkan kereta tu pada di sebab dia cakap kereta tu tak boleh bawa jalan jauh. Nanti rosak tengah jalan.

Saya percaya. Saya pon balik ke kampung saya dan M guna kereta tu. Masa tu saya masih kerap gaduh dengan M every month.

Masa ni M kerja dan sambung belajar di IPT tu lagi. Saya pulang ke kampung dan cari kerja di bandar saya. Saya dapat kerja kilang.

Masa saya kerja kilang ni saya sanggup simpan duit sebab nak jumpa dia di utara. Pergi sana naik bas. Tapi M sekalipun tak pernah datang tempat saya masa saya kerja kilang tu.

Pada usia 22 saya dapat kerja kerajaan gred SPM. Alhamdulillah syukur Allah SWT tetapkan saya dengan rezeki ini. Masa ni M suruh tolak sebab dia kata tak setaraf dengan kelayakan saya dan suruh saya tunggu gred lain.

Saya tetap dengan keputusan saya dan Alhamdulillah keputusan tu adalah paling tepat. Masa ni saya pikir masa depan saya. Masa ni saya ingat lagi, 1st gaji saya M minta duit untuk tukar spere part kereta saya tu. Saya bagi.

Masa ni M dan berhenti kerja sebab dah habis sambung belajar. Saya juga mintakan kerja untuk M kat mana-mana kerja kosong. Selepas itu bermula la episod dia tak kerja dan minta duit saya tiap bulan. Dia kerja main-main kadang kerja kadang tak.

M minta saya buat loan untuk business dia. Dia tak nak kerja dengan orang. Ya saya buat kan sebab dia kata nak kahwin dengan saya. Dia janji bayar tiap bulan.

Saya target umur 25 nak kahwin dengan dia. Kawan-kawan belajar tahu saya dengan dia. Yelah saya malu kalau tak jadi dengan dia.

So saya buat loan tu. kalau tak buat dia tinggalkan saya. Masa ni saya putuskan hubungan dengan semua kawan belajar saya sebab mereka tanya bila nak kahwin, kerja dah ok.

Long story short, business M tidak berjaya. Duit habis. Hidup saya pergi kerja, balik kerja dan dengan dia saja. Sedih hidup saya dulu. Saya selalu menangis dulu. Saya kena marah maki selalu time M stress.

M minta duit tiap minggu lepastu. Saya turutkan sebab sayangkan dia. Saya menangis selalu fikir sampai bila M nak berubah. Saya setia fikirkan sayang.

Lepas tu, saya pula ambil peluang sambung belajar sambil kerja. Sebab saya tak nak bagi duit banyak kat M dan saya bagi alasan saya guna duit untuk belajar. M masih minta duit dengan saya.

Umur 25 M buat business dropship kat sosial media sebab nak kumpul duit kahwin. Kawan saya ramai kahwin masa ni.

Yes business ni dapat M kumpul duit kahwin. Umur 27 M datang merisik dengan keluarga dia. Saya terima tapi hati saya tawar.

Duit kumpul tak banyak boleh buat hantaran untuk saya sahaja. Duit tu pun M kadang kala ambil kalau dia tiada duit. Kami rancang kahwin setahun lepas tu.

Masa ni saya dah bertekad, saya minta kawan carikan jodoh untuk saya. Saya tak mahu lagi hidup dalam hubungan toksik. Saya tak mahu saya tanggung hidup M lepas kahwin.

Masa ni saya doa saya serah pada Allah. Umur saya 27, dan saya tak rasa ada orang lelaki belum kahwin masa ni. Saya dah berumur.

Lelaki sekarang kahwin cepat. Circle saya semua dah kahwin masa umur macam ni. Saya rasa saya tiada dah jodoh.

Saya rancang kalau sampai masa saya nak bernikah dengan M tapi tiada siapa nak saya lagi, saya akan putuskan juga hubungan dengan M. Mungkin tiada jodoh saya sampai bila-bila.

Selepas 6 bulan keluarga M datang merisik, saya putuskan hubungan saya dengan M selepas saya kenal dengan suami saya sekarang iaitu A.

Sebelum saya terima suami saya , saya buat solat sunat istikharah hampir setiap malam masa bulan Ramadan. Allah SWT bagi saya kekuatan nak putuskan hubungan dengan M.

M merayu supaya saya tidak putus kan hubungan dengan dia. 1st time dia menangis. Kata nak bunuh diri bagai. Saya tetap keputusan saya tidak terima dia.

Perempuan ni kalau betul dah tawar hati, takda hati memang takkan terima lelaki itu lagi. M pulang kan kereta saya lepas kita orang break. After 9 years. Boleh pula bawa kreta tu jalan jauh masa tu.

Alhamdulillah. Allah SWT hadir kan A pada waktu yang tepat. Lelaki yang sangat sayangkan saya, hormat saya, tidak pernah caci maki saya. Marah saya bertempat (sebab saya memang sangat degil, susah nak dengar cakap orang hihi).

Saya dapat suami yang yang ada rupa dan akhlak yang baik terhadap isteri dan keluarga saya. Disenangi oleh semua kawan dan keluarga saya. Alhamdulillah. Allah SWT jawab doa saya saat saya helpless, saat saya rasa dah tiada jodoh untuk saya.

Saya dan A alhamdulillah bahagia. Alhamdulillah juga saya dan A dah membeli rumah. InsyaAllah tahun depan siap sebab PKP sekarang. Rumah yang saya sangka saya tak mampu beli Allah bagi rezeki tu.

Saya tahu Allah SWT akan beri pada waktu yang tepat. Pengalaman hidup saya mengajar saya walau kita plan sebaik mana, tapi Allah SWT sudah merancang yang terbaik untuk kita. Pengalaman saya juga mengajar saya erti kesabaran.

Jadi kepada pembaca iium confession jangan rasa sedih dan kecewa kalau belum ada jodoh. Percaya kepada takdir Allah. Dia akan bagi apabila sampai waktu yang tepat. Saya dapat jodoh saat saya rasa hampir putus asa dan sangka saya mungkin saya tidak berpeluang berkahwin lagi.

Jangan terlalu terikut-ikut trend kawan dah kahwin so kita pon kena kahwin juga. Pilih dan fikir lelaki yang tepat untuk kita. Kalau boleh semua orang nak kahwin skali sahaja seumur hidup. Kita yang nak hadap lelaki tu selama mana kita hidup. Think wisely before u make a decision.

Jadi berani untuk buat keputusan terbaik untuk hidup kita. Doa pada Allah SWT tunjukkan apa yang terbaik untuk hidup kita. Allah SWT maha mengetahui.

Kepada adik-adik yang belajar kat IPT, tolong jangan jadi seperti saya masa belajar dulu. Ibu bapa bagi kemudahan belajar sebab sayangkan kita dan tak mahu anak susah. Jangan jadi buta dan bodoh sebab sayang lelaki. Lelaki yang baik akan jaga kita sebab sayangkan kita.

Kalau awal-awal kenal sudah buat perangai tolong la keluar dari hubungan toksik tu. Saya harap dengan berkongsi kisah saya ni dapat memberi manfaat pada pembaca IIUM Confession ni.

Semoga kita dan keluarga dilindungi dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Sekian, terima kasih sudi baca kisah saya.

– Sal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *