Hai, aku perempuan. Seorang anak yang di diagnos sebagai persistant depressive disorder oleh doktor psy and currently masih dalam rawatan. Sekarang ni aku rasa agak burnout, thats why im here. Nak meluah, nak dapatkan nasihat & sangat sangat berharap kalian sudi mendoakan aku.
So before that, let me tell you my story. Aku start terbuka nak dapatkan rawatan selepas hampir 5 tahun putus tunang. Sebab putus? Bukan sebab lelaki tu curang, bukan sebab aku jumpa orang baru. Bukan. Asbabnya datang daripada my lovely mum.
Konflik mula sebelum pertunangan lagi. Bila mak aku letak hantaran tinggi tanpa bincang apa-apa dengan aku dan ayah aku sendiri. She decide everything. Aku? Seriously mati-mati tolak harga tu. Bila aku cuba nak bincang untuk nego pasal harga tu mak aku buat bodoh. Sampai aku emo, aku tanya mak nak jual aku ke apa? Mak aku iyakan.
Damn, waktu tu seriously aku rasa down teruk! Aku gaduh dengan mak aku sampai hari aku nak bertunang tu. Pertunangan kami bertahan setahun je. Dan putusnya pertunangan kami pun ditentukan oleh my lovely mum. Bukan dia, bukan aku but my lovely mum. She decide everything.
Kenapa aku tak try pertahankan? Ayah aku ada je tanya aku nak pertahankan dia tak. Which means, aku still ada wali yang boleh teruskan je hubungan kami. Tapi aku tak buat apa apa sebab aku taknak mak ayah aku gaduh sebab aku.
Actually banyak benda jadi dalam hidup aku. Mak ayah aku pernah gaduh teruk masa aku form 3 sampai nak bercerai berai. Aku ingat lagi apa yang jadi. But currently they are still together even hubungan mereka not like the other married couple out there. They dont eat together, dont talk much.
Senang cerita seorang ke hulur, seorang lagi ke hilir. Dan aku dah biasa membesar dalam keadaan mereka yang macam tu. Dalam hati fikir kenapalah diorang tak cerai je. Aku pula yang rasa seksa tengok drama-drama diorang. That the thing yang membuatkan aku takut nak kawin sebenarnya.
And the other thing yang membuatkan aku depress adalah memori silam aku yang kelam. Since childhood, aku pernah terlibat dengan something like pedo yang membuatkan aku terjebak dengan perkara perkara ‘sumbang’.
At that time aku sendiri tak tau benda tu salah. Bila dah tau, aku struggle gila nak stop. Hidup dalam ‘dendam’ yang tersemat terhadap mak sendiri. Ya, aku salahkan mak aku atas apa yang terjadi.
Aku mempersoalkan kenapa benda-benda ni boleh jadi kat aku sedangkan mak aku surirumah sepenuh masa. Seriously aku struggle gila untuk terima kenyataan yang aku ni dah tak suci sejak kecil lagi.
Benda ni yang buatkan aku makin marah bila mak letakkan harga hantaran yang tinggi untuk aku. Seriously susah untuk aku terima bila dia letak harga bagai nak jual anak, sedangkan anak dia ni dah tak ada harga lagi. Tuhan jela tau perasaan aku. Kecewanya tak terkata.
Aku cuba terima siapa diri aku ketika aku membesar. Aku cuba setiap waktu. Aku cuba dekatkan diri dengan Tuhan untuk belajar terima segala apa yang dah berlaku dalam hidup aku. Aku cuba.
That are the things yang menjadi penambah bila aku ingat aku dah berjaya keluar daripada segala masalah masa lalu aku. Aku ingat redha tu cukup hanya sekali, tapi aku salah. Redha tu perlu berkali-kali kerana selagi kita hidup selagi tu kita akan terus di uji.
Malangnya lepas putus tunang, aku down teruk. Balik daripada kerja, aku berkurung dalam bilik. Kerap nangis (alone), selera makan ke laut, sakit kepala sampai vertigo, stress & sometimes jadi blank/blackout. And that blackout turns to nightmare.
Aku drive and then accident. But the poor thing is aku tak mati. Masih sihat. Kadang kadang rasa syukur sebab masih panjang umur, tapi kadang rasa ada baiknya aku mati je. Sebab senang kalau mati, tak perlu nak menghadap keperitan ini lagi.
And now aku terpaksa melalui peritnya kehidupan dunia ini lagi. Kalau dulu hampir hari hari aku berkurung menangis sendiri, sekarang simptom depresi dah banyak sangat kurang. Kurang banyak setelah aku berkawan dengan someone. Aku kenal this guy dekat media sosial. Mula-mula just kawan untuk aku meluah, lama-lama sangkut jadi tempat aku bersandar.
Aku pernah cerita pasal this guy dekat my lovely mum, tapi yang aku dapat hanyalah ‘krik krik’. Mak aku langsung tak ambil endah. Aku bagitau mak ayah aku this guy nak jumpa, kenal-kenal. Still, mak aku buat donno je. Last-last kitorang makan luar je dengan ayah aku. Lepas tu dekat beberapa hari jugalah mak aku tak bertegur dengan aku.
Dah makin lama aku kawan dengan this guy, mak dia asyik tanya bila nak jumpa, nak merisik apa semua. Bila aku tanya my lovely mum, masih ‘krik krik’. Aku terus terang cakap yang aku nak kawin, mak aku cakap dah gatal sangat ke. Aku jadi stress.
Umur aku tahun ni dah 30 tahun dan aku ni perempuan. Kawan-kawan aku semua dah kawin ada anak. Gila jelous aku bila tengok kawan-kawan semua cerita pasal anak-anak diorang. Aku? Ikutkan dah wajib kawin kot. Dan kalau nak diikutkan hati ni nak je aku kawin lari. Cuma aku masih fikirkan mak ayah aku. Aku nak kawin cara baik. Tapi kalau macam ni la gayanya, sampai bila?
Like seriously, aku tak tahu kenapa susah sangat mak aku nak lepaskan aku. Nak kata kesayangan, takda pula dia tatang aku bagai minyak yang penuh. Aku tak tahu apa yang difikirkan oleh my lovely mum ni. Cuma aku ingat mak aku pernah cerita pasal kawan dia yang tak kawin (perempuan) sebab jaga mak ayah dia.
So? Kalian rasa wajar ke mak aku tak bagi aku kawin dan mengharapkan aku ni untuk jaga dia? Sedangkan anak-anak lelaki punyalah ramai. Dan kalian rasa dengan apa semua yang dah aku lalui, mampu ke aku nak menghadap kerikilnya hati seorang wanita yang melahirkan aku ni lagi?
Seriously aku rasa macam nak lari jauh daripada semua benda. Rasa macam nak tidur dan tak nak bangun lagi pun ada.
Aku dah cuba redha dengan keadaan aku, aku dah cuba redha bila aku putus tunang, aku dah cuba bangun dan bangkit untuk mulakan hidup baru. Aku belajar buka balik hati aku setelah lima tahun. Tapi bila aku nak melangkah ke fasa seterusnya dengan cara baik masih lagi ada rintangan yang menghalang.
Dan yang menyakitkan lagi bila yang menjadi asbab ujian itu daripada aku kecil sampailah dah tua bangka ni hanyalah my lovely mum. Aku tahu syurga aku ada pada mak, aku tahu dan aku usaha untuk faham perasaan seorang mak. Aku tahu aku banyak terhutang budi dengan mak tapi kenapa syurga yang aku punya ni terlalu menyakitkan? Aku tak tahu sampai bila lagi aku boleh bertahan.
Seriously aku dah penat gila. Tolong doakan aku. Aku takut aku dah tak mampu lagi. Seriously aku takut.
– Her precious daugther (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit