Hai. Aku gadis awal 20an. Baru bekerja tak sampai 2 tahun. Aku jongang. Tapi jongang aku ni dia pattern lain sikit. Gigi lain semua elok tersusun cuma yang 2 depan tu je dia terlebih menonjolkan diri.
Dari kecik usikan ejekan tak pernah lekang. Sampai sekarang pon kadang2 masih ada yang usik2. Kalau dulu bila kena ejek konfirm berair mata. Biasalah budak kecik. Siapa yang suka kena ejek. Kawan2 ejek. Kadang2 budak2 yang tak kenal pon bila nampak gigi aku ejek jugak. Tapi yang paling sakit hati bila keluarga sendiri pon mengejek. Tak tahulah mungkin bagi diorang benda tu gurauan dan lawak. Tapi bagi aku budak kecik hati tak berapa nak sado itu semua satu ejekan. Aku benci semua orang. Aku benci adik beradik aku. Kenapa perlu nak guna gigi aku sebagai topik gurauan. Rabbit tu dah jadi nama kedua aku.
Keluarga aku ni hidup tak la senang tapi tak susah jugak. Tahap pendidikan semua ahli keluarga kurang la sikit. Jadi masa kecik2 dulu aku tak tahu pon gigi aku tu boleh repair bagi dia rata balik. Maksud pakai braces la. Dan sebenarnya dulu ada skim pelajar bawah umur 16 rasanya boleh pakai free braces dekat hospital kerajaan. Dan aku langsung tak tahu sebab takda pendedahan. Aku baru tahu masa aku tingkatan 5. Jadi terlepas la peluang. Life aku masih sama. Ejekan usikan ada je. Kawan aku pernah sekali tanya kenapa cara aku makan pelik. Sentap gila masa tu. Nak menangis rasa sampai makanan dalam mulut tak tertelan. Disebabkan gigi aku tu kedepan sangat bila makan aku kena tutup mulut rapat2. Dan aku sedar rupa aku jadi macam mana. Korang bayangkan unta tengah mengunyah. Sedih. Pernah jugak aku masuk pertandingan pidato dekat sekolah. Kebetulan peserta tinggal 3 orang sebab ada yang tarik diri. Dah konfirm la kitorang 3 dapat hadiah. Yang sakit hati bila sebelum mula pidato cikgu yang jadi juri tu cakap ” nak bertanding ke. ke kita bagi hadiah je ikut rupa”. Whattt. So konfirm aku no 3 la kan. Sebak weh. Rasa nak lari tarik diri taknak bertanding. And yes aku no 3. Rasa taknak naik pentas ambik hadiah pon. Nangis dalam hati.
Bila habis sekolah aku nekad taknak jumpa lagi kawan2 sekolah. Cari kawan baru je yang tak judge orang. Masuk universiti tak ada pon kawan2 yang mengejek. Yela agaknya semua dah besar2. Tahu jaga hati orang. Dan ada kawan yang tak kisah pon kongsi makanan dengan aku. Siap makan bekas yang aku dah gigit. Aku jadi rileks konfiden pon dah naik sikit. Presentation kelas ke group ke selalu memang aku leader. Sekarang aku dah kerja. So tengah kumpul duit nak pakai braces. Aku ada baca haram pakai braces sebab mengubah ciptaan. Tapi kalau keadaan kita memudaratkan diri boleh pakai braces. Aku bukan nak nampak cantik pakai braces. Aku memang dah comel dah. Serius tak tipu wey. Hahaha. Aku kalau senyum manis je ramai tergoda. Tapi senyum kena tutup mulut la. Kalau senyum nampak gigi takut orang lari pulak. Sebabnya aku nak pakai braces ialah gigi aku ni kadang2 berbahaya dekat orang sekeliling. Pernah tau aku dukung baby tetiba macam mana entah tak ingat apa jadi aku terhantuk kat kepala baby tu. Dan ye kepala baby kena gigi aku dulu. Kau rasa. Syukur la baby tu tak ada apa2. Pernah jugak bergurau2 gigi aku tersagat dengan tangan orang. Jangan bayangkan macam mana tersagat. Lagi satu bila tidur aku tak boleh tutup mulut dan ada komplikasi2 dia la. Contoh gigi berdarah lepastu bibir bawah ada kesan gigi. Ada la beberapa hal yang aku hadapi.
Sekarang ni kalau orang usik aku pasal gigi jongang ni aku senyum je. Malas aku nak layan orang cetek pemikiran. Yang kau kutuk2 ni ciptaan Allah tau. Kadang aku go with the flow. Dah kau beria nak buat lawak guna gigi aku sebagai topik. Aku respon to the jokes la. Contoh dia cakap “gigi besar macam arnab”. Aku jawab “comel kan..orang cakap gigi tuah”. Org:”cabut la gigi tu”. Aku: ” memang nak cabut. tolong cabut boleh ke”. Org: “ehh gigi kenapa mcmtu”. Aku: “lucky teeth”.
Sekarang setiap usikan atau ejekan aku sambut dengan positif. Walau kadang terusik hati kecik ni tapi aku abaikan je. Anggap angin lalu je. Kalau budak2 kecik yang tanya aku senyum je. Yelah budak2 tak tahu apa2. Dia curious kenapa gigi aku tak sama macam dia.
Aku bukan apa. Cuma terfikir orang2 ni senang je mulut cakap lepas. Mungkin bagi kau itu lawak saja usik2 manja tapi kau tahu ke tak orang tu boleh terima ke tak. Kalau orang tu hati tisu dia dendam dengan kau. Mujur la aku hati kecik je tak hati tisu. Jaga la percakapan kita ni. Tak semua orang boleh terima apa yang keluar dari mulut kita.
– Miss Abit
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit