My Memory Lane

Sebelum ni saya pernah menulis confession “Dear Confessor I Lost Somewhere In The Dark” (https://iiumc.com/dear-confessor-i-lost-somewhere-in-the-darkness/).

Tujuan saya kali ini, ingin berkongsi memori saya. Semenjak dua menjak, saya asyik terbayang hingga termimpi kisah yang lepas. Without further delay, saya mulakan. Bismillahirrahmanirrahim.

Saya menunggu dua tahun sebelum dapat hamil kali pertama. Maka saya sunyi bila ditinggalkan suami yang pergi bekerja. Sunyi sampai tahap tengok facebook pun dah tak lalu. Nak keluar shopping, duit pun cukup untuk benda keperluan saja.

Jenis saya, “window shopping” bukanlah satu terapi seperti sesetengah wanita lain. Tapi kalau keluar dengan suami walaupun pergi tempat kerja dia, itu dah cukup seronok untuk saya.

Satu hari, saya minta kucing dengan suami untuk teman saya di rumah. Yelah, anak pun belum ada. Sunyi sangat bila berseorangan.

Tambah pula saya datang dari keluarga yang jenis riuh rendah. Lagi terasa kesunyian tu. Setelah berbincang kami suami isteri, dapatlah saya kucing yang diidamkan.

Ada tiga ekor semuanya. Maka hari saya ditemani keletah kucing-kucing kesayangan. Saya yang dulunya agak penakut di rumah, dah tak rasa takut lagi bila ada “anak-anak” ini.

Kemudian, setelah beberapa lama menunggu kehadiran cahaya mata, saya disahkan mengandung. Excited sebab first time buka buku pink.

Tapi Allah Maha Mengetahui, first scan 8w tak dapat detect jantung baby. Doktor bagi tiga minggu untuk next scan. Kalau baby hidup, next scan akan nampak. Kalau betul baby tak hidup, akan gugur.

Sehari sebelum jumpa doktor masa tu dah 11w, perut saya start sakit. Ada cecair jernih asyik keluar tapi sikit. Saya masih buat tak tahu.

Sampailah saya tidur, pukul 4 pagi sakit tak boleh tahan. Rasa senak memulas, rupanya itulah contraction. Ada pendarahan. Terus pergi kecemasan & refer ke PAC.

Tengah tunggu doktor, terus lahir baby saya. Hilang rasa sakit. Masa tu tak tau yang keluar tu baby. Bagitau doktor, terus doktor ucap Alhamdulillah dah keluar semua dengan uri. Lepas scan pun conplete keluar semua tak perlu D&C.

Doktor kata Allah permudah. Tapi saya sedih tak terhingga. Saya call parents, terkejut mereka semua. Berkejar datang ke rumah nak tengok saya. Parents saya tak ada pengalaman macam ni. Lagi pun saya anak pertama yang kahwin kan.

Mak cakap, mungkin Allah tahu korang belum sesuai jadi ibu bapa lagi. Mungkin belum bersedia dari segi ekonomi, dari segi ilmu didikan. Sabar.

Tapi biasalah kita yang menanggung ni, mesti lah sedih & teringat ingat. Saya ke KK sebab demam. Kiri kanan ibu pegang baby. Menangis saya sambil menunggu. Nak je cepat-cepat balik.

Sejak tu, saya masih ditemani kucing tapi emosi dah terganggu. Suami usung saya pergi kerja. Mana dia pergi dia bawak saya. Untung sebab suami kerja luar, jadi saya asyik dibawa.

Dah macam tu, orang lain pulak berbunyi saya asyik mengikut suami. Macam saya ni queen control. Tak bagi suami pergi mana sorang-sorang. Asyik berkepit macam belangkas. Saya malas layankan.

Saya & suami tahu yang saya tak macam tu. Biarlah saya nak berkepit dengan suami yang halal untuk saya. Suami pun memang jenis nak pergi kemana mesti nak saya ikut sekali. Sampai sekarang berniaga bersama kami masih berkepit. Hehe.

Allah Maha Pengasih, 3 bulan selepas tu saya disahkan hamil sekali lagi. Gembira tapi risau peristiwa berulang.

Masa first check up, saya berdoa supaya baby okay. Alhamdulillah fetal heart ada. Bersyukur kepada Allah pemberi rezeki. Masa kandungan 18w, saya buat detailed scan di klinik swasta.

Doktor kata baby sihat semuanya normal. Seminggu selepas itu, saya mula sakit. Sesak nafas, sakit sendi. Sakit pinggang, lutut.

Sepupu kata sebab second trimester memang macam tu. Tapi saya tahu, ini bukan sakit biasa. Sampai saya basuh pinggan pun sakit pergelangan tangan.

Tiba hari check up di klinik desa, nurse tengok saya dah lain macam. Bernafas tersangkut sangkut. Terus nurse refer saya ke emergency.

Tekanan darah naik mendadak, saya ditolak ke zon kuning. Doktor cuba stabilkan keadaan saya. Darah diambil, ternyata banyak komplikasi saya.

Saya dimasukkan ke bilik PE selama empat hari. Bilik ni macam ICU, hp pun tak boleh bawa. Kalau ada apa-apa, hospital yang akan call suami. Suami boleh melawat bila-bila masa tapi hanya dibenarkan 10 minit. Kecuali bila doktor sendiri yang nak berjumpa.

Suami kata, sampai sekarang dia rasa agak trauma bila tengok nombor talian tetap call hp dia. Sebab masa saya sakit, tiap kali hospital call mesti ada berita buruk.

Sampai satu tahap, doktor call suami untuk berjumpa. Doktor nak terminate pregnancy saya sebab dah membahayakan nyawa ibu.

Doktor pakar berbincang tapi masing-masing belum tahu apa penyakit saya. Banyak darah diambil untuk diuji.

Setelah banyak test dibuat, termination pregnancy saya ditangguh. Saya minta tukar ke wad supaya suami boleh datang melawat dan uruskan saya sebab saya tak boleh urus diri sendiri.

Saya ibarat bed ridden. Mujur tak perlu kerap ke toilet sebab dipasang tiub air kencing. Cuma tunggu suami datang mandikan saya, suapkan makan, urut saya.

Setelah kira-kira 11 hari di hospital anak meninggal di dalam rahim sewaktu kandungan saya baru mencecah 21w. Saya & suami redha. Bukan rezeki kami.

Setelah pelbagai masalah kesihatan saya, empat hari kemudian baru doktor decide saya dah fit untuk di induce esok paginya.

Saya sepatutnya induce pukul 6 pagi, tapi pukul 12 pagi saya dah mula sakit. Saya panggil nurse tapi nurse suruh sabar sebab ingat saya sakit badan macam selalu. Saya tahu tu sakit contraction.

Pesakit katil sebelah panggil nurse suruh datang tengok sebab saya mengerang sakit. Dalam tiub air kencing dah ada darah. Baru nurse panggil doktor untuk check.

Sebaik saja saya buka kaki, lahir bayi saya atas katil wad. Bertambah sakit sebab tiub kencing masih belum dibuang. Nurse kelam kabut panggil doktor & ambil tray untuk angkat mayat bayi berserta uri.

Saya dibersihkan, mayat anak juga dibersihkan sebelum ditunjukkan pada saya. Arwah anak saya dah sempurna kaki tangannya. Kuku pun dah ada.

Sebak saya melihat mayat anak, tapi nurse larang saya nangis. Tak baik untuk ibu bersedih. Saya sempat pegang jari arwah sebelum nurse bawa ke bilik mayat.

Setengah jam kemudian suami sampai untuk tuntut mayat anak. Sesudah subuh suami maklum pada tok imam masjid untuk mandikan & kuburkan arwah.

Saya hanya dapat lihat video arwah anak dimandikan & dikapankan. Sungguhpun sedih, saya bersyukur kerana mudahnya anak dilahirkan sehingga saya tidak perlu D&C.

Anak ibu tunggu di syurga kan? Sesungguhnya Allah Maha Penyayang & Maha Mengasihani. Saya masih ditahan di wad kerana belum pulih.

Hari ke 17 di hospital, saya minta discharge dan tarikh follow up kerana doktor masih belum tahu punca saya sakit hingga keguguran.

Dua bulan kemudian, baru tahu yang saya menghidap auto immune diesease yang dipanggil APLS yang mana darah saya jadi membeku sendiri. Tetapi saya diberikan ubat radang sahaja kerana badan masih sakit.

Sepanjang dua bulan itu saya tak boleh tidur, bangun, berjalan walaupun merata pergi berubat. Tapi dengan ubat radang, sakit hilang macam magic dan kesannya muka saya membengkak. Tak sakit tapi bengkak.

Setelah beberapa hari, saya ingat saya sudah pulih sepenuhnya. Allah Maha Besar, saya masih diduga dengan stroke.

Rupanya pakar kata penyakit saya perlu dikawal dengan warfarin iaitu ubat cair darah. Tapi masa mula diagnose, saya tak diberikan ubat itu. Setelah stroke baru saya dibekalkan warfarin yang mana doktor kata perlu saya makan hingga ke akhir hayat.

Saya ada ceritakan di confession lepas, macam mana hidup saya selepas stroke. Terima kasih saya ucapkan pada komen yang sarankan saya membuat kad OKU.

Mula² saya ragu untuk daftar sebab saya masih in denial. Saya masih anggap yang saya mampu mencari rezeki sendiri walaupun stroke saya dah dikategorikan tidak boleh sembuh.

Tapi dalam masa yang sama, saya tak mahu bazirkan sijil yang saya ada. Dan jika saya mahu bekerja menggunakan sijil saya, saya perlu menggunakan cara yang betul. Saya tidak boleh mengaku normal, sedangkan saya tidak normal.

Saya boleh buat kerja, tapi tak semua kerja saya mampu buat. Dan majikan perlu tahu itu. Maka saya putuskan untuk buat kad OKU. Terima kasih kerana memberi cadangan itu buat saya. Semoga puan diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah.

Akhir kata, semasa saya menulis confession lepas, saya masih belum tahu yang saya mengandung. Saya memang ada mencuba selepas doktor bagi green light pada saya. Tapi belum ada rezeki bulan sebelumnya.

Little that i know, sewaktu menulis confession itu, sudah ada janin dalam rahim saya.

Sekarang, saya dah tak boleh makan warfarin tapi sehari saya perlu cucuk ubat cair darah 4 jarum sehingga saya melahirkan, saya mohon pembaca semua doakan saya & baby kuat & sihat.

Doakan suami saya juga kuat & sihat untuk menjaga saya. Doakan moga ada rezeki buat kami kali ini walaupun hanya seorang. Amiin ya rabbal’alamin.

– Lavender (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *