Assalamualaikum.. Thank you admin jika sudi kongsi confession aku. Terdetik nak post pasal abah sebab banyak confession lately pasal mak.. Jangan risau, abah aku tak jahat atau kejam.. hehe.. well at least not to me and my siblings.
Abah nak dekat 60 years dah sekarang, masih bekerja dalam bidang professional. Mak dan abah sama University tapi abah tak kenal mak, tapi mak kenal abah sebab abah macam “bad boy” dekat U haha.. Always show off moto scrambler beliau dan macam antara student yang famous lah kat U. Mak pulak macam yang jenis nerdy type & top student. Abah 3 years lebih tua dari mak.. Tapi graduate sama2 sebab abah banyak kali tukar U hahahah. Abah kuat aktif dalam co-curricular activities then sampai banyak drop subjects. Last2 asyik tukar U.
Mak dan abah jumpa balik sebab kerja di bangunan kerajaan yg sama lepas habis Uni. Abah berkenan dekat mak, dan 3 bulan perkenalan, diorang terus kahwin. Mak tak banyak tau pasal abah.. tapi bila dah kahwin baru mak tau. Abah seorang womaniser. Mak kerap gaduh dengan abah dan masa tu aku dan adik kecik lagi. Mak jenis panas baran dan abah pula jenis yang cool. Office abah dalam rumah, mak tak dibenarkan masuk. Tapi aku dapat masuk.
Masa aku umur berapa entah tak ingat, mungkin 8-9 tahun, abah tunjuk 1 box dekat aku. Box tu ada banyak gambar perempuan yang obviously not my mom. Gambar-gambar tu kekasih lama abah. Abah cerita ni girlfriend masa bila dan bila etc. Masa ni, aku tak tau apa yang salah dan betul. Jadi aku iakan aje abah cerita. Mungkin juga sebab benda dah lepas kan. so aku rasa takde apa2. Cuma aku ada satu persoalan, ‘kenapa masih simpan?’ Abah dan mak berlarutan bergaduh, bertumbuk sampai aku umur 12 tahun. Masa ni adik aku da besar sikit, dia asyik nangis peluk aku tengok mak dan abah.
Mak suka cabar abah dan abah dari jenis yang cool dan tak pernah nak pukul pukul, abah balas balik bila mak pukul abah. Abah tarik mak masuk tandas, mak tengah pegang pisau, abah tutup pintu tandas, aku tak tau apa berlaku kat dalam tu tapi yang pasti mak abah masih bertempik2. Ya walaupun dah hampir 20 tahun yang lalu masih rasa segar dalam ingatan. Sikap panas baran mak makin menjadi jadi. Mak tak dapat lepas marah kat abah, mak lepas marah kat aku dan adik. Aku dibelasah, dipukul, ditumbuk, terajang, penampar dan lain2. Abah kan jenis lembut hati kat anak2, kalau lagi abah tegur mak, lagi kuat mak belasah. Last2 abah yang nangis bila tengok aku kena pukul.
Sebelum tu aku nak cakap seksiap, ya mak memang kurang penyabar, tapi lagi triggered dengan perangai womaniser abah. Mak banyak susah sorang2 dan even masa pregnant kami, abah tak pernah teman mak pergi check up ke, beli makanan yang mak mengidam ke, tak pernah. Pendek kata, mak memang stress hidup dengan abah. Sebab abah tak ambik berat pasal mak , tak jaga hati mak. Lagi bertambah stress bila masih kerja 1 tempat yang sama. Ye sampai sekarang dorang masih kerja tempat yang sama (tapi skrg dah ok la) Aku tak tau la macam mana dorang boleh hadap hari2 dekat office walaupun bukan satu department. Padahal kat rumah berperang.
Okay get back on track.. Abah selalu datang rumah arwah nenek sebab mak sembunyikan aku dan adik dekat situ dari abah. Kadang dengar abah dekat pintu pagar rumah nenek panggil “kakak, adik, abah kat luar ni!” Kami nak keluar tapi mak, makcik dan pakcik tak kasi. Aku kesian dengan abah tapi apakan daya. Buntu nak dengar cakap siapa. Kalau tak silap masa ni tengah diambang penceraian dah sebab entahlah kami kejap kejap balik rumah, kejap duduk rumah nenek.
Abah seorang yang sangat penyabar, mengaji, zikir selalu sj dimulutnya.. even nak tidokan kami dua beradik, abah yang sering zikir sampai kami tertidur. Abah juga rajin solat di masjid, dhuhaa almost everyday. Abah selalu je spend time dengan kami, bawak pergi hiking, mandi sungai, mandi laut, pancing ikan, masuk kampung melawat makcik makcik yang dah uzur dan lain2. Abah sangat okay orangnya cuma beliau tidak setia pada mak. Aku tak tau kenapa. Perangai womaniser memang tak boleh diubah ke macam mana?
Aktiviti tahunan kami masa bulan Ramadhan, abah akan beli borong banyak kismis, kurma kurma import dan agihkan kepada orang2 tak mampu. Bawak aku dan adik ikut masuk kampung cari makcik pakcik yang dah uzur, agihkan beras dan bagi duit zakat kepada mereka. Abah juga kerap ajak kami berbuka di masjid, buka dalam talam berjemaah lagi berkat katanya. Abah juga pernah join tabligh sekejap. Ya abah memang rajin join aktiviti2 masjid.
Jodoh mak dan abah tak panjang, mereka bercerai masa aku umur 12 tahun. Tapi, abah tak pernah lepaskan tanggung jawab beliau terhadap kami. Setiap bulan mesti bagi duit belanja dan setiap minggu turn abah untuk bersama kami. Biasanya dia selalu bawak kami pergi camping sebab abah ada tanah yang abah buat ladang buah. Dekat situ ada air sungai dan abah ada rumah kayu mcm homestay kecik untuk kami stay sana bila kami pergi camping. Masa aku sekolah menengah baru aku macam sedar yang abah ni womaniser. Kes abah dengan mak tak habis2 lagi dekat mahkamah sampai aku form 5 sebab mak tuntut segala benda hak from abah.
Oh lupa, abah dah kahwin lain lepas setahun bercerai ngan mak. Wife baru abah wife muda. Dalam 10 tahun je tua dari aku. Abah ni jenis dia nak buat apa dia tanya pendapat aku. Even gambar aku masa kecik masih ada dalam wallet abah sampai sekarang hihi. Abah tanya ok tak kalau dia nak kahwin dengan orang ni *dia tunjuk gambar* . aku cakap tak ok. Abah tanya sebab. Aku jawab sebab dia free hair. Nampak seksi. Abah cakap slow2 la nanti dia berubah. Terus aku memberontak “then tanya kakak buat apa kalau abah memang nak kahwin jugak??” Abah diam.. Dalam masa ni abah ada bawak jumpa 2-3 orang perempuan yang katanya “kawan” . But i’m not a kid you can deceive anymore dad.
Last2 abah kahwin juga dan ada anak seorang. Abah selalu jumpa aku kat sekolah, dan ini menambah kan stress aku kat sekolah sebab ramai je yang tak tau mak abah aku dah bercerai. Aku tension bila ada soalan “eh asal bapak kau datang sekolah eh?” aku jawab “nak jumpa aku la” diorang tanya lagi “kat rumah tak jumpa ke??” aduh.. last2 aku jadi pendiam dan low self esteem sebab over stressed dengan parents aku yang masih bergaduh walau dah lama bercerai (bergaduh sebab tuntut harta tu). Ada sekali tu paling aku ingat abah bawak perempuan datang sekolah aku. time tu abah lunch time. abah cakap ni kawan dia. Aduh kamon la abah…. who are you kidding? I’m not that 8 years old girl anymore…
Bila aku dah masuk U, buat pertama kali mak tiri msg aku, sampai start zaman whatsapp beliau whatsapp aku. aku dan mak tiri ok je. dia mmg baik.. dan aku kesian dekat dia sebab aku tau abah macam mana. mak tiri mengadu dekat aku. Dia tunjuk screenshot whatsapp abah aku dengan sorang perempuan, video dan gambar. Perempuan tu pun bini orang. Aku terkedu. Jijik dan geli. Aku dah nangis gila gila dekat bilik kat campus. Dia cakap abah tak mau lepaskan dia (ceraikan).. Aku tak tau nak cakap apa. Aku sedih to see apa yang abah aku buat. Aku hanya mampu suruh dia bersabar. InshaAllah ada ganjaran buat mak tiri aku.
Mak aku pernah cakap, abah is a good father but he is never a good husband. Which aku rasa it’s true because dengan kami anak2 beliau sangat baik, percaya tak selama aku dah 30 tahun ni, tak pernah sekali pun abah naik tangan. Jentik pun tak. Marah tu ada la. Tapi lepas marah abah akan explain why abah marah. Abah sangat supportive, sporting.. aku suka sangat Christina Aguilera masa kecik, dan kalau abah nampak kat paper ada christina, mesti dia bagi aku paper tu sebab dia tau aku nak kerat gambar christina dan lekat dalam bilik. Abah siap burn kan CD lagu christina untuk aku. Even hadiah birthday pernah abah beli CD ori christina untuk aku. Kalau kat radio tetiba lagu christina keluar, dia akan suruh semua orang senyap. “diam diam semua. Ni lagu kakak!” *dia kuatkan radio* Haha..
Abah siap dah tukar nama rumah abah yang kami duduk tu, (rumah tu abah beli loan half- half dengan mak), lepas adik aku dah cukup umur, perjanjiannya abah kena tukar nama bahagian abah ke atas nama kitorang dan bekas isteri abah iaitu mak. Even pegawai yang uruskan tu pun cakap.. jarang jumpa orang yang dah lama bercerai tapi masih nak bekerjasama utk tukar nama ni. Sekarang ni abah.. aku tak tau la macam mana. Dia masih lagi selalu ke masjid, buat amal ibadat, dan lain2. Mak tiri aku masih bersama abah.. Alhamdulillah jodoh mereka masih panjang.
Aku harap abah dah bertaubat sepenuhnya dari sikap buruk abah. Aku sentiasa doakan abah masih ada peluang dan kekuatan untuk bertaubat atas dosa dosa lalu. Dah tua, dah ada cucu pun. Kadang-kadang aku takut kalau aku atau adik adik aku akan terikut perangai abah. Atau kami pula dapat nasib dapat suami yang womaniser macam abah. Nauzubillahiminzalik. Aku harap, Allah ampunkan dosa dosa abah yang lalu, dan semoga Abah diberikan kesihatan yang baik selalu. Kakak sayang abah.
– Anak sulung abah
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit