My ‘Perfect’ Husband

Aku merupakan pembaca setia page IIUM Confession sejak 7-8 tahun yang lalu. Tak sangka, hari ini aku pula yang menjadi salah sorang anonymous writer dalam page ini. Harap admin approve lah penulisan aku ni. Penat tau menulis *sigh.

Sedikit pengenalan tentang diri aku; aku baru sahaja berkahwin, berumur 20an. Seorang yang boleh dikatakan cantik berdasarkan apa yang orang sekeliling aku selalu cakap, pandai bergaya, pandai masak, educated, menutup aurat dengan sempurna, independent dan pandai mencari duit. Ok done angkat bakul. Hahahaha.

Aku berkahwin dengan seorang lelaki yang juga dalam lingkungan umur yang tak jauh beza. Suami juga tak kalah jauh, ada rupa, educated, well-manner dan datang dari keluarga yang sangat menitik-beratkan ajaran Islam. Kami kenal cuma beberapa bulan, kemudian memutuskan untuk berkahwin.

Aku pernah kenal seorang lelaki sebelum ini, kenal dalam 3-4 tahun, tapi putus di pertengahan jalan. Puncanya sebab lelaki tu takde usaha nak halalkan aku dan terlalu banyak perangai buruk yang aku tak suka.

Tapi fokus kita kali ini bukan pasal ex aku, sebab aku dah lama get over him. Dia yang susah nak move on, sebab kita pulak lawoorr macam manee. Hahahaha.

Suami aku pernah bertunang sebelum ni. Tapi dia transparent dengan aku bab tu. Dorang putus sebab perempuan tu yang minta lepaskan. Suami aku tak cerita terlalu detail. Dan aku pun malas nak korek sangat, sebab bagi aku benda dah past, dan dorang putus cara baik.

Yang aku tau suami dulu banyak keluar duit untuk ex-tunang dia, sampai bayarkan kereta, belikan macam-macam, bagi nafkah lah belanja untuk kucing lah. Nyampah hahaha.

Suami sebelum ni banyak hutang credit card sebab tanggung perbelanjaan perempuan tu juga memandangkan sebelum ni dorang kerja di tempat yang sama. Tapi hutang dia semua dah clear sebelum berkahwin dengan aku lagi. Dia siap hampir nak buat loan sebab nak cukupkan hantaran perempuan tu. Aku kesian lah jugak.

Suami ada bagitau yang ex-tunang dia dulu ada macam nak minta getback, tapi dia taknak. Entah betul atau tak, aku malas ambil tau. Sebab jenis aku susah cemburu, bila aku in a relationship aku all out dan bagi yang terbaik so kalau jadi pape aku rasa takde penyesalan bagi pihak aku. Aku tau value aku so aku jenis rilek.

Kalau nak banding dengan ex-tunang dia pun aku tak pernah rasa insecure. Selalu kalau aku kenal lelaki dorang yang insecure lebih-lebih. Samalah macam suami aku, sangat protective sampai kadang aku rasa yang dia cemburu buta. Hahahaha. Alasannya sebab “lelaki je tau lelaki macam mana”.

Tapi aku okay je follow instruction selagi arahan tu berpandukan agama. Kalau sampai mengharamkan yang halal tu aku voice out lah jugak.

Sebelum kenal dengan suami, ramai lelaki try aku, tapi aku pulak tak berminat. Ada yang baik, tapi planning hidup macam tak sync dengan aku.

So bila awal-awal aku kenal suami, aku rasa click. I mean basic thing macam solat, tak mencarut, hormat perempuan, semua tu dia pass. Jadi apa lagi kan, saya single, awak single, jom kita couple. Tiberrr hahaha takdelah.

Awal kenal dia sangat straight to the point dengan niat dia nak kenal untuk berkahwin. So aku salute lah juga part tu. Lepas kahwin, dia masih lelaki baik yang aku kenal, sama macam awal-awal perkenalan. Masih dengan soft spoken dia, gentleman dia, sweet dia, ringan tulang buat kerja rumah.

Disebabkan lebihan gaji + side income aku banyak banding dia, aku willingly beli belanja dapur, tu je lah. The rest dia bayarkan semua bill rumah, selalu jugak bagi aku hadiah, belanja makan. Overall, bare minimum tu celah gigi je pada dia. Takde isu menggatal dengan perempuan lain ke apa.

Melihat suami-suami orang yang nampak tak guna disekelilingku buat aku rasa cukup bertuah dapat suami aku. Perfection, mabelesss *chef kiss.

Sampai lah satu hari, aku mimpi buruk. So aku kejut suami aku, dia peluk kejap pastu dia tidur balik. Aku pulak susah nak tidur semula, dengan perasaan tak sedap hati baru lepas mimpi buruk, tetiba hati aku tergerak untuk buka imessage di hp suami aku. Dia jenis tak hide hp ke password ke apa.

Dan sejak itulah semua bermula, jengjengjengggg. Aku terbaca conversation dia dengan ex-tunang dia, masa dorang masih tunang. Aku scroll baca, awal-awal tu alaa mesej suwit-suwit macam pasangan biasa. Tapi bila aku makin scroll, dada aku dah mula rasa cold.

“Rindu nak hug, rindu nak ehem-ehem, rindu nak sleepover”. Gambar-gambar ex-tunang dia yang freehair, reply-reply dia yang “ayang i so sexy, ei geram je dengan ayang i ni”.

Tangan aku mula shaking. Sebab sebelum kahwin dia claim yang dia jenis yang even pegang tangan pun tak pernah dengan ex-tunang dia. Kenapa dia mengaku macam tu walau aku tak tanya? Mungkin sebab dia nampak aku jenis muslimah.

Masa aku tengah baca tu, aku pergi dekat ruang tamu. Bila dia bangun dia keluar dari bilik cari aku sebab aku takde padahal aku selalu ada tepi dia bila dia bangun. Dia datang pada aku, “sayang, kenapa ni?”. Sebab aku tengah pegang hp dia sambil tekup mulut aku.

Dia ambil hp dia, dia tengok apa aku baca, “sayang apa ni? text i dengan ex-tunang i ke? Kenapa masih ada? Bukan i dah delete ke sebelum ni?”. Sambil dia tengok hp dia tu, aku lari masuk bilik dan menangis sepuasnya. Hati aku remuk, sedih, kecewa.

Aku tanya, “you dah pernah buat dengan berapa ramai perempuan?”. Dia jawab “ex-tunang i, pastu entah siapa lagi dari tinder kalau tak silap”. Aku hanya mampu gelak, gelak sambil berjurai air mata sambil aku cakap pada diri aku sendiri “what a joke, what I’m doing”.

Dia peluk aku, minta ampun, minta maaf. Dia cakap itu past dia je. Dia takde curang ke apa bila dah dengan aku. Tapi aku tak boleh stop diri aku dari membayangkan apa yang dia dah buat dengan perempuan-perempuan tu.

Aku tanya dia, “ini ke sebab you susah nak clima* masa awal-awal kahwin dengan i?”. Dia kata “tak, sebab i tengok por*, sebab i masturba*e”.

Untuk pengetahuan semua, dia pernah masturba*e dalam tandas, dalam bilik yang sama ada aku, hanya sebab hari tu aku tak larat melayan keperluan batin dia, sebab alat kemaluan aku pun masih belum recover.

Disebabkan dia susah nak clima* tu, duration jadi terlalu lama dan buatkan aku jadi sakit. Dia kata “dah you taknak, i masturba*e lah”.

Sambil dia masturba*e tu aku dengar bunyi dia main kat tandas, aku nangis kat katil sepuasnya. Remuk hati aku walaupun lepas tu dia minta maaf dan janji tak buat lagi, dia kata dia ingat aku saja-saja tolak atau dah bosan dengan dia, dia tak tau yang aku tengah tak ok.

Aku rasa tak boleh marah sebab aku rasa salah aku yang tak penuhi keperluan batin dia. So now bila aku teringat balik hal tu, aku terfikir agaknya siapa yang dia bayangkan sambil masturba*e tu, aku jadi makin sedih.

Lepas kantoi kegiatan dia sebelum berkahwin tu, aku rasa demotivated, aku rasa hopeless, rasa sedih. Nangis sampai bengkak mata, sampai sakit kepala sebab lama sangat menangis. Aku jadi banyak menghayal, aku takde semangat nak hidup dan aku tak boleh fokus kerja. Dada aku rasa berat sangat, rasa sesak.

Kalau sebelum ni aku selalu meluah dengan adik, sekarang aku tak tau nak meluah dengan siapa, sebab itu aib suami aku. Aku nak rasa tenang dengan solat, tapi sekarang aku tak boleh solat.

Apa yang aku buat selepas aku dapat tau tu? Aku maafkan dia, aku peluk dia. Aku cakap “Takpelah benda dah lepas. Semua orang buat silap and that doesn’t define who you are as long as you try to be better. Sampai bila-bila pun, I akan jaga aib you as my husband, dan orang akan dengar dari mulut I hal yang baik-baik je pasal you.

Kalau orang tanya, marrying you was the best decision I ever made, still, and forever will be. I minta maaf sebab ceroboh privacy you.

Mungkin ada dosa I yang buatkan I layak dapat semua ni. Mungkin ujian dari Tuhan, mungkin untuk mengangkat martabat kita disisi-Nya. Semoga dengan kemaafan yang I beri pada you, Tuhan juga ampunkan dosa-dosa I yang lain”.

Pagi dia kantoi tu, aku masih gigihkan diri bangun sediakan dia sarapan macam biasa. Esoknya aku siap bagi pinjam duit poket untuk dia kerja sebab dalam akaun dia tinggal RM30 je untuk survive sampai hujung bulan.

Aku still serve dia macam biasa, sediakan pakaian kerja dia, sampai lah ke pakaian dalam pun aku sediakan, potongkan kuku dia, betulkan rambut dia. Aku tak marah. Tapi dia tau hati aku remuk.

Dia peluk dan cium aku kerap banding biasa walaupun aslinya dia memang macam tu, tapi aku tau kali ni dia buat kerap dari biasa. Rasa guilty mungkin? Asyik minta maaf. Dia siap cakap dia redha kalau aku pilih untuk tinggalkan dia.

Walaupun sejujurnya tak pernah terlintas di hati aku untuk bercerai dengan dia. Aku masih sayang dia, tapi aku tak tau macam mana nak rawat hati aku sendiri. Tiap kali aku tengok dia, aku terbayang apa yang dia pernah buat.

Dan selepas aku habis period ni, aku tak tau macam mana aku nak berhubungan badan dengan dia macam sebelum ni tanpa aku teringat semua tu. Aku doa minta Tuhan beri aku kekuatan, hati yang lapang, dan jiwa yang pemaaf.

Aku masih sedih, salahkah aku rasa macam ni? Minta kata-kata semangat dan doa dari pembaca semua ya. Siapa tahu ada diantara kalian yang makbul doanya. Doakan juga saya diberikan rezeki zuriat.

– Humairah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Dari crita awk ni, husband awk dh perfect kn, tinggal part atas katil je.. so awk kna bljar improve diri awk dr segi layanan atas katil utk arahkn husband awk xkn ingt2 dh sgala ex dia.. mcm awk ckp, awk tau value awk n dr segi fizikal awk perfect dh kn, so tingktkn lg value awk part layanan s*** kompom husband x cari lain dh, kalo cth brcerai pun, awk xkn rsa ralat sbb awk sdh beri trbaik, so dia yg rugi.. gud luck

    • kau ni aper? kau tinggal sini ke?

      agak2 la, benda laki dia yg kot3 tak function, dia plak yg hg suruh upgrade sex skill? misogynist gila pendapat pun. semuanya hentak atas kepala pompuan. laki dia berzina serata alam, lepas tu kawen dgn pompuan ni, taknak komen? possibility untuk transmit penyakit kelamin, HIV and whatnot….ada pikir? itu yg bermain di otak confessor ni skrg, she can’t accept that org yg dia trusted tergamak acah terpaling tak pernah pegang tangan pompuan, last2 kantoi bekas penzina. and hg plak suruh dia improve sex skill? WOW!

  2. Salam sis,

    Apa yang mengecewakan saya dari cerita sis nih adalah, suami sis yang berzina begitu santai, sis yang tak berzina pula lincah cari cara macam mana nak selesaikan masalah batin dia, masalah anak lagi, ke suami rasa zina tuh benda ringan dan tak akan effect masa depan rumahtangga.

    Saya pernah tengok ceramah ustaz, kata beliau bahawasanya berzina nih umpama berhutang, cara nak selesaikan hutang tuh sis kena suruh suami tengok ceramah di YT, saya tak nak berlagak tahu tentang tuh. Ulama lebih arif.

    Rasulullah SAW pernah bersabda, ayat Baginda begini kalau tak silap saya, betulkan saya kalau saya salah. Baginda bersabda “Rezeki manusia tertahan kerana dosanya”. Rezeki boleh merujuk banyak pekara termasuk anak.

    Pernah ada confessor group sebelah kata suami dia mati pucuk sebab disihir, berubat sana sini, tak baik baik. Meriah dia tuduh orang sana sini sihir suami dia, orang ramai jeles dengan rumahtangga dia bagai, end up saya komen, suh dia tanya berapa ramai perempuan suami dia pernah zina sebelum kahwin, dia comeback dalam keadaan kecewa, memang suami dia kaki zina sebelum kahwin dia.

    Saya puji sis tak tuduh melulu ex dia ke, atau orang lain ke sihir suami sampai gagal dalam hubungan batin macam isteri lain yang singkat akal, tak tahu background suami sendiri. Hujung hujung malu sendiri, dah kena minta maaf dengan orang orang yang dia fitnah.

    Dari kebijaksanaan sis saya harap sis boleh berbincang elok elok dengan suami, bincang time tenang, jangan terlalu emosi, jaga kata kata sis, suami masih tak faham effect zina tuh pada rumahtangga, jadi sis kena explain sampai dia faham dulu, explain dalam keadaan sis masih hormat dia sebagai suami.

    Benda lepas tak boleh ubah, yang boleh ubah perkara yang sekarang nih. Saya cuma nak sis pandang suami sis sebagai suami, bukan sebagai penzina. Apa yang buat sis emosi ialah bila sis pandang suami sebagai penzina, ini punca tercetus kemarahan sis, jadi bila dah tiba masa sis pandang dia sebagai suami baru tarik tangan dia, duduk, buka mulut, bincang.

    Tutup salam.

  3. Actually ade red flag kat situ. Agak2 la nak ckp dah delete pom, dah zaman 2024 kot nak ckp ayat mcm tu. Better sis tya ex dia kenape dorg putus. Biasa laki mcm ni dia nak kawen dgn perempuan2 baik je. Yg lain just kegunaan sementara jumpa yg baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *