My Sister and Me

10 tahun lepas waktu umur aku 13 tahun mak aku kahwin buat kali kedua. Ayah tiri aku ni lelaki yang awalnya beragama kristian dan menjadi mualaf serta berkahwin dengan mak aku. Dah di takdirkan, tak sampai 2 bulan kahwin. Mak dan ayah tiri aku kemalangan dan meninggal. Selama ni aku membesar berdua dengan mak.

Waktu meninggal tu agak kecoh siapa nak jaga aku. Aku memang tak rapat sangat dengan sedara mara. Waktu sedara mara aku bergaduh mulut pun, aku confuse dan takut sebenarnya. Tapi akak tiri aku, anak kepada ayah tiri aku dia volunteer untuk jaga aku. Ramai yang tak sangka, aku pun terkejut sebab berjumpa cuma baru sekali. Akak aku yang sorang tu umur 24 dan lagi sorang umur 23.

Makcik dengan pakcik aku awalnya tak setuju. Mereka tak setuju di sebabkan yang akak tiri aku ni bukan ber agama islam. Entah apa yang akak aku terangkan dengan makcik pakcik aku dan akhirnya setuju. Dalam masa yang sama, aku takut dan confuse. Aku dan akak-akak aku Memang totally stranger.

Dua akak aku sebenarnya ada juga argue. “Can we really take care of this kid? Is it really okay if he living with us” how about his religion race etc”. Aku cuma setakat dengar. English aku waktu tu okay boleh faham lagipun selama aku tinggal dengan dua orang akak aku kami memang gunakan bahasa Inggeris. Sebulan pertama aku tinggal dekat situ, kami bertiga ni jarang bercakap. Bangun pagi breakfast. Dua-dua akak aku pergi kerja dan aku siap pergi sekolah pergi naik bas dan balik naik bas.

Malam tu diorang teman aku study dan buat homework. Selama sebulan tak ada apa sangat yang jadi. Dah masuk bulan ke tiga. Salah sorang akak aku tanya , hannah nama dia. Dia tanya aku nak teruskan hidup aku macam mana. Dia tak kisah kalau aku nak teruskan hidup as a muslim. Dan akak aku kasi tahu dengan terang yang mereka berdua adalah atheist. Aku jawab yang aku nak hidup macam biasa. Maknanya masih dalam islam. Akak aku pun okay dan dia terima. Dah mula dari situ, kami bertiga ni agak rapat. Jadi serba sedikit diorang tahu aku kena solat, makan pork haram alcohol tu semua. Puasa waktu ramadhan hari raya dan banyak lagi benda yang boleh dan tak boleh buat.

Aku pernah kena panggil dalam bilik kaunseling dekat sekolah sebab cikgu aku ni dengar kawan aku cakap yang akak aku “bukan islam” cikgu kaunseling aku ni pun tanya. Aku memang jawab yang kami adik beradik tiri. Jadi cikgu ni bagi amaran jangan mudah terpengaruhlah, sosial tu lagi, dan macam-macam. Dalam hati aku marah juga, aku tinggal dan hidup dengan akak aku. Jadi aku lebih tahu diorang ni macam mana. Tapi bila cikgu kaunseling judge akak aku macam-macam rasa nak nangis sebenarnya.

Cikgu kaunseling ni siap telefon akak-akak aku dan nak jumpa. Petang tu juga akak aku datang dan jumpa. Aku tak tahu apa yang cikgu kaunseling tu ceritakan. Tapi dalam kereta waktu nak balik dia cuma cakap “sorry” . Malam tu, akak aku dua orang ni dia bergaduh aku tak tahu pasal apa. Tapi aku yakin mesti pasal aku. Dalam seminggu kami bertiga kurang bercakap.

Jadi sepanjang tahun tu macam-macam aktiviti kekeluargaan. Join family day, pergi bercuti. Dua orang akak aku suka masuk hutan dan camping. Selalunya, kalau cuti lama kami bertiga memang akan masuk hutan dan enjoy suasana hutan. Mana akak aku pergi dengan aku kena bawa sekali. Selalunya bila kawan akak aku tanya “siapa budak tu?” Diorang memang akan jawab adik. Tapi confirmlah ramai confuse. Aku rupa melayu dan agak gelap. Akak aku pula mix chinese dan arab.. jadi memang lain rupa.

Dekat sekolah kalau kena ambik report card, kalau aku datang dengan akak aku semua jadi curious. “Eh tu ke akak kau” dan macam-macam soalan aku kena jawab. Masuk tingkatan 4 akak aku Melissa kena transfer luar Malaysia untuk satu tahun. Jadi selama setahun aku dengan akak aku Hannah tinggal berdua. Akak aku yang dia agak pendiam dan paling payah nak dengar dia bercakap.

Walaupun dah bertahun pun, aku ke akak aku masih ada rasa awkward tu. Kadang tu kalau ada benda nak guna duit atau kena hadirkan penjaga ke sekolah. Rasa takut nak kasi tahu. Iyalah diorang berkerja. Bab duit tu lagi aku takut. Selalunya, aku simpan setiap hari seringgit. Kalau lebih sikit 2 ringgit. Jadi bila kumpul dalam 2 minggu ke. Minggu yang ke tiga aku cakap dengan akak aku. Yang aku dah ada duit belanja. Tapi still kena kasi juga.

Biasa memang rasa bersalah, apa lagi kalau kena belikan barang baru tak kisah baju ke atau apa-apa. Malu juga. Selalu juga cakap tak payah, tak apa, tak suka. Tapi akhirnya kena beli juga. Waktu puasa biasa akak-akak aku memang akan ikut puasa sekali. Pukul 4 tu memang kami akan bangun dan sahur. First time bersahur sekali 3 orang menu sahur tu meriah betul macam menu berbuka. Tapi bila dah next puasa baru lah bersederhana. Setiap hari akak aku akan ingatkan aku solat.

Dulu aku selalu tanya, yang aku ni tak menyusahkan ke bab duit lagi. Selalu akak aku akan cakap “its okay” untuk bab pelajaran tu tak ada masalah langsung sebab akak aku memang akan tolong dan temankan aku study and homework.

Lepas habis spm, aku sambung study jauh dari rumah. Biasa cuti sem yang sekejap aku jarang balik. Kalau lama baru aku balik, selalunya waktu cuti tu akak aku yang akan datang dan jenguk aku. Kawan aku selalu tanya betul ke tu akak aku. Aku memang jawab ya. Aku baru habis konvo dan dah dapat kerja. Aku cuba kerja jauh dari akak-akak aku. Aku nak cuba berdikari. Mula-mula memang akak aku bantah, dia cakap tinggal dulu dan kerja 2 tahun baru hidup sorang. Tapi, aku jawab yang aku nak cuba sorang diri dan taknak menyusahkan akak-akak aku.

Baru-baru ni aku terbaca instagram akak aku. Dia post gambar kami bertiga gambar aku pakai jubah convo waktu convo haritu. Panjang caption akak aku, dia tulis pasal aku. Bila baca, aku rasa gembira dan sedih. terus terang, aku memang sayang akak-akak aku. Sepanjang aku membesar, tak pernah aku cakap aku sayang diorang. Dan akak aku pun sama. Tapi waktu balik dari convo dalam kereta, aku kasitahu dekat akak-akak aku yang aku sayang diorang dan terima kasih sebab terima aku yang totally stranger dan cuma ada hubungan “tiri” bawa masuk dalam hidup diorang dan besarkan aku. Sepanjang perjalanan tu kami bertiga tak behenti bercakap. Nangis,ketawa flashback kisah lama.

Selama ni, aku masih rasa yang diri aku ni orang asing dalam keluarga. Tapi, haritu baru aku rasa yang aku memang ada family dan akak yang aku sayang dan sangat hebat. Confession ni pun aku tulis sebab aku nak luah rasa bersyukur aku dekat akak-akak aku. Kalau aku nak cakap depan-depan rasa malu pula. Walaupun kami ni banyak perbezaan. Beza warna kulit, rupa, kepercayaan dan banyak lagi. Tapi aku sayang diorang macam akak kandung aku. Thanks sis, i love both of you so much.

– Zim

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *