My Toxic Behaviour

Nama saya Elisa (bukan nama sebenar) yang berumur 22 tahun yang merupakan seorang perempuan yang tiada seorang bestfriend seperti ramai orang.

Kadangkala hati saya terasa sakit apabila saya melihat orang lain ada seorang bestfriend tapi saya tiada. Saya tidak dimaksudkan saya tiada kawan ada je sekumpulan kawan yang baik orangnya, saya sangat sukakan mereka.

Tetapi apa yang menyakitkan hatinya ialah saya tiada seorang bestfriend sebab kawan saya semua masing-masing ada bestfriend, saya nak seorang untuk meluahkan secret saya, mereka yang mampu meluangkan masa untuk mendengar secret atau perasaan kecewa.

Saya tidak dikatakan kawan-kawan saya tidak mendengar dan memberi nasihat, saya rasa saya tidak boleh meluahkan sesuatu perkara yang serius kepada mereka, maksudnya saya takut perasaan saya dianggap sebagai gurauan.

Ada masa je mereka tak kisahlah, mereka tidak menganggap serius apa yang saya beritahu kepada mereka.

Sekarang saya nak bagitau tentang ex bestfriend saya yang dinamakan Fatihah (bukan nama sebenar), dia merupakan seorang yang cantik dan comel dan baik hati orangnya, saya telah banyak meluahkan perasaan saya kepada dia.

Hubungan kami bermula apabila kawan dia telah meninggalkan dia dan di situlah dia mula bergaul dengan saya, dan masa itu saya ada kawan-kawan yang lama maksudnya mereka bukan kawan saya lagilah tapi dulu diorang kawan saya.

Kawan-kawan saya tidak betapa suka akan Fatihah entah kenapa saya suka dia dan kita mula lah menjadi kawan.

Bermula dari situlah kita jadi bestfriends. Dia agak overprotective and sangat sayang pada saya, dan masa itu saya percaya dia akan berada dengan saya forever. Hubungan kami okey je, and ada ramai orang cemburu dengan kita sebab kita kan sangat rapat.

Adakala kita ada je gaduh tapi tetap tidak berpisah. Satu hari nanti saya sedar bahawa kawan saya ini ada boyfriend. I tak nak mention dekat mana dia jumpa dia tapi dekat situ dia juga ada lah ramai kawan.

Dia ini tidak beritahu saya tapi dia dah beritahu kawan baru dia and ia membuatkan hati saya terkecai macam kaca sebab kan I rasa macam I tak important bagi dia.

Kalau kita ada sesuatu perkara baik atau buruk kita mesti share dengan bestfriend kan tapi dalam isu ini lain jadi. Ex-bestfriend saya ini suka buat kawan-kawan baru,tapi saya tidaklah macam itu, saya ada sedikit kawan je.

Bila dia ada banyak kawan saya boleh rasa dia sudah tidak mementingkan saya dan tidak meluangkan masa dengan saya.

Ada beberapa kali saya pergi bercakap dengan dia tapi kawan dia yang lain itu datang dan interfere lah dia masuk macam itu je. Tapi kawan saya ini suruh saya tunggu dan pergi berbual dengan dia.

Memang patah hati betul ye. Saya ingat dia akan suruh dia tunggu padahal dia suruh aku tunggu. Kita yang nak share perasaan kita atau nak luangkan masa dengan dia tapi itulah ada pulak orang yang tiada manners masuk secara tiba-tiba.

Di situlah saya mula menjadi toxic, ia lah kan kalau bestfriend kita ini terlalu rapat dengan kawan-kawan lain di situ, kita mulalah rasa cemburu. Kalau tak cemburu maksudnya tak sayang dia lah.

Saya selalunya tunggu dia untuk keluar dari cabin office dia dan tidak pernah lupa tapi ada masa dia tidak tunggu saya dan berbual dengan kawan kawan lain sehingga lupa tentang saya.

Saya berasa kecewa lah sikit sebab saya tidak pernah keluar dari cabin dengan kawan-kawan saya tapi I akan keluar bersama dengan besfriend saya je. Tapi dia lupa pulak saya.

Ada masa je boyfriend dia nak berbual dengan saya tapi saya kata hi je lah sebab I tak nak cakap lah sebab saya ini introvert and I tak nak berbual lah, saya tak kata saya tak nak cakap dengan dia maksudnya ada lah masa yang sesuai untuk berjumpa dan berbual kan.

Memang haritu saya takde mood tapi ex bestfriend saya ini paksa saya so saya tolak sikit je lah dia tapi itu menjadi satu isu bahawa bf dia kata saya tidak macam dia described to him lah, bf dia ini cakap saya sombong tapi tak lah sombong semua itu saya tidak berniat macam itu.

Kawan saya ini support dia lah kan, sebab dia ingat saya kecewakan bf dia. Apalah ini kenapa saya nak kecewakan dia saya kan berterus terang tak nak berbual tapi dia yang paksa.

Ada masa dia panggil kawan dia yang lain itu sebagai bestfriend tapi bila saya tanya dia telah memberi alasan sayalah bestfriend dia yang sebenar dalam hatinya.

Lama-kelamaan saya rasa dah hubungan ini tidak work out sebab saya dah mula cemburu and I takde hak untuk beritahu dia untuk berpisah dengan mereka kan so I decided to leave her lah.

Before that I sudah mula tunjuk kat dia that I don’t really nak berbual seperti biasa and adalah masa I tak support dia sebab I tak nak.

Saya mula letak whatsapp status tentang dia and berterus terang chat dengan dia bahawa dia mempergunakan saya and left me bila dia ada banyak kawan-kawan baru.

Hubungan kami terputus bukan sahaja sebab dia, sebab saya juga sebab saya sudah jadi seorang yang agak toksik sebab dia dah ada kawan baru. Kalau imbas kembali kenangan kita dia pernah menangis sebab saya gurau saya akan berpisah dengan dia.

Tapi itu dulu lah dia tiada ramai kawan. So after I decided to leave her I sudah tidak bercakap atau message dia. Ada 2 -3 weeks kita tidak berbual and satu hari nanti dia message kenapa saya tidak bercakap dengan dia.

Soalan saya kenapa you tak message saya kenapa tanya saya seorang je. Bila dia tanya kenapa tak bercakap I tak reply lah and itu je lah hubungan kami berakhirlah di situ.

Lama kelamaan saya sedar bahawa disebabkan dia ada kawan-kawan baru and meluangkan lebih masa dengan mereka I pernah behaved like a toxic friend.

So, okay lah saya sedar disebabkan saya menjadi toxic dia tak nak solved the problem dah. So, I pun tak kisah lah sebab kan I tak nak dah berkawan dengan dia. Tapi I tak pernah lupa pertolongan dia, kasih sayang yang dia pernah dicurahkan.

Dia pernah behaved lika a boyfriend tau , dia akan beli apa sahaja yang saya suka. Tapi itu kan I nak satu je lah just her and myself together but ithulah that is impossible because kita sebagai kawan perlu understand kalau mereka ada bf kita perlu memberikan mereka peluang untuk bersama.

Tapi masa itu saya tak sedar and not matured enough so I tak boleh accept the situation and i left her without giving any explanation.

Tapi dulu I rasa semua ini salah dia and I telah keluar kata-kata kasar seperti dia telah mempergunakan saya tapi sekarang saya dah sedar tapi nasi sudah menjadi bubur. “And I decided not to have a best friend from there.” Sebab i tahu i tak boleh gembirakan mereka.

Saya takut juga saya akan menjadi toxic again and i don’t want that.

– Elisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *