Assalamualaikum dan hi nama aku Hakuna (bukan nama sebenar). Jadi harini aku nak ceritakan sedikit pasal cinta pertama aku. Fyi, aku ni baru nak masuk 20 an, so jadinya cerita ni pun agak lama jugak.
Aku sebenarnya nak cerita ni pun sebab baru je lepas baca, (https://iiumc.com/unresolved-feelings-2/). Cerita aku ni lebih kurang tapi tak sama sangat dengan cerita tu.
Okay so nak dijadikan cerita, cerita ni berlaku ketika aku waktu tu baru darjah 6. Fyi masa darjah 6 ni aku boleh dikatakan top student dan aku budak kelas depan time tu. Jadinya ramai jugak yang ada nak kenal kenal padahal baru je darjah 6 time tu.
Tapi dalam ramai ramai ni aku suka dekat sorang mamat ni. Aku bagi nama dia Kanda. Kanda ni sekelas dengan aku dari darjah 1 sampai darjah 6 tapi waktu darjah 6 ni baru aku macam perasan kewujudan dia. Pulak tu dia ni sejenis pendiam tak banyak cakap tapi pandai.
Aku tertarik dengan dia ni sebab dia antara yang pandai dalam kelas aku and kelebihan dia tulisan dia ni lawa memang lawa kalah aku. Tu yang aku suka kat dia ni. Aku pulak suka yang pandai dan pendiam ni jadinya aku minat la dekat dia.
Tapii dia ni tak layan orang, dia memang berkawan dengan laki je, dengan perempuan jarang gila bercakap. Aku pulak terbalik, aku ni yang suka bercakap bising lepastu suka kacau kacau orang. Yelah budak budak kan.
Nak dijadikan cerita, masatu cikgu tetapkan kelas kami ni duduk dalam kumpulan berenam dan kena ada 3 laki dan 3 perempuan dalam satu kumpulan tu. Susunannya pulak menghadap lelaki perempuan.
Kebetulan, aku satu kumpulan dengan Kanda. Aku apa lagi seronok la satu kumpulan dengan crush kann. Tapi aku tak duduk berhadapan dengan dia tapi masatu aku tak kesah asalkan satu kumpulan.
Btw dia ni taktau lagi masa ni aku suka dia. Jadi bila dah satu kumpulan kitaorang jadi rapat dan suka kacau sesama sendiri. Baru aku tau dia ni takdela pendiam sangat banyak cakap jugak. Masatu, aku try hard sangat nak dapatkan perhatian dia. Kecik kecik dah gedik HAHAHA.
Bila ingat balik rasa macam apa benda la aku buat kat sekolah dulu. Lepastu nak dijadikan cerita, ada satu hari ni budak laki yang duduk berhadapan dengan aku iaitu sebelah si Kanda ni dia confess dekat aku. Aku bagi nama dia Mail.
Si Mail ni confess tulis kat surat dan dia pass kat aku bawah meja. Aku terkejut la sebab aku tak expect pun dia boleh tersuka aku. Aku jadi macam “aduhai mamat ni dah kenapa pulak” tapi aku tak balas apa apa pun kat surat tu cumanya aku cakap aku dah ada crush.
Bila lama lama rupanya si Mail tu dah dapat tahu sape orang yang aku suka. Time tu si Mail ni dia memang bagitau nama si Kanda terus kat aku. Aku jadi terkejut la macam mana dia tahu ni. Yang tau ni cuma kawan kawan rapat aku je.
Rupanya Mail cakap dia perasan cara aku pandang si Kanda ni pun lain tak sama macam aku pandang laki lain. Dan akhirnya, waktu tu lah Kanda tahu aku suka dia sebab sah tersebar. Time ni, walaupun ramai tahu aku huat deknje sebab taknak la jadi awkward pulak dengan dia.
Tapi cerita ni tak berakhir sampai situ ye. Bila dia dapat tahu, dia macam nak jauhkan diri dari aku and aku pun tak tahu kenapa.
Aku pun try la macam macam smapai cari pasal dengan dia semata mata nak dekat dengan dia lagi. Aku rasa maybe sebab aku try hard sangat dia jadi tak selesa dan nak jauhkan diri.
Ada satu kali tu, kitaorang ada kelas tambahan dalam pukul 2 macamtu jadinya sebelum kelas kitaorang ramai ramai kena solat dekat surau sekolah. Sebelum nak pergi solat tu, aku ni kan mengada saja saja la curi kotak pensel dia lepastu sorokkan.
Kanda ni dia macam tau tau je aku yang sorokkan. Apalagi lepas je habis solat zohor terus dia kejar aku sebab nak kotak pensel dia balik. Aduyai bila teringat balik comel betul dulu. Jadi ramai lah saksi tengok kitaorang kejar mengejar.
Okay so lepas habis upsr, biasalah sekolah ada buat lawatan pergi luar sekolah kan dan time tu sekolah aku buat lawatan pergi KL and kitaorang akan pergi Kidzania. Time ni aku jadi beria ria nak pergi sebab aku tahu si Kanda pun pergi jugak.
Waktu kitaorang pergi tu pulak cikgu nak adakan sambutan hari jadi untuk bulan September. Dan dialah antara orang orang yang akan disambut tu.
Aku teringat bila mana waktu tu aku tak tahu nak hadiahkan dia apa jadinya aku belikan dia Nips yang plastik merah tu. Aku suruh kawan aku passingkan benda tu dalam bas.
Time tu aku blushing sangat sangat sebab dia cakap dia malu and dia terima kasih kat aku. Ya Allah happy gila aku time ni rasa macam nak melompat keluar bas. HAHAHAHA.
Long story short, kitaorang tak sama sekolah menengah sebab aku masuk asrama dan dia sekolah harian biasa tapi hati aku masih lagi setia suka dia. Aku pun tak tahu macam mana perasaan ni boleh teguh sampai dah naik sekolah menengah.
Tapi dulu masa sekolah semua takde phone lagi jadinya aku pun tak tahu nak contact dia macam mana. Bila aku ada phone masa tingkatan 1 tu, aku cepat cepat download ig dan search nama dia. Aku try la cari nama dia tapi sampai kesudah tak jumpa.
Btw, aku ada kawan baik yang satu sekolah dengan dia. Kadang kadang tu ada jugak aku mintak tolong kawan aku tanyakan nombor Kanda ni tapi tak dapat jugak.
Sampai lah satu hari ni, aku waktu tu dah tingkatan 5, haa dah tingkatan 5 pun aku masih suka dia tau walaupun hampir 5 tahun aku tak jumpa dia langsung walaupun sebenarnya rumah kitaorang ni dekat je.
Ha waktu ni bukan puasa dan time tu kawan aku dia chat aku, dia cakap “Weh Hakuna, aku terjumpa Kanda dekat bazar ramadhan tadi dengan adik dia”.
Aku yang dengar ni terus melompat sebab excited sangat. Gila kau tak excited, bertahun aku tak dengar berita apa apa pasal dia. Aku jadi excited sangat time tu taktau la apa yang aku suka sangat sampai rasa nak ajak ibu aku pergi bazar time tu jugak.
Dan pada akhirnya, aku jumpa jugak ig dia. Apalagi tanpa lengahkan masa aku terus tekan button follow dan dia pun follow aku balikkk. Ya Allah bahagianya rasa. Rasa macam dunia ni aku punya. Dia punya bahagia tu padahal baru follow back. Punya la angau suka orang.
Okay so cerita ni bersambung bila aku kat asrama. Kat asrama tak boleh bawak phone jadinya aku boleh tengok phone bila balik rumah je dan time ni aku balik sebab cuti merdeka.
Aku baca la dm dm kat ig aku dan pap tengok tengok ada notification seminggu lepas yang Kanda chat aku. Aku dah berdebar time tu. Aku pun bukak dm tu.
Kanda tulis “Assalamualaikum Hakuna, ni Hakuna yang dulu sekolah blah blah blah ke?” AAAAAA TAK SANGKA. Tak sangka dia akan chat aku dulu dan aku pun jawabla “Waalaikumsalam haah, kenapa ye?”
Lepastu dia cakap “Ohh takdelah dia ingatkan orang lain sebab muka nampak lain” dan dia terus mintak nombor katanya nak chat dekat whatsapp lagi senang.
Dan akhirnya, kitaorang berborak la dalam whatsapp dnegan hati gembiranya. Sape je tak happy crush kau dari darjah 6 approach kau duluu kot. Long story short, kitaorang confess to each other yang kitaorang suka sama suka. HAHAHA BILA INGAT BALIK MALU PULAK.
Tapi aku suka cara dia tanya aku “kau ada boyfriend ke?” . Aku cakap la takde dan aku tanya balik soalan sama dan dia pun cakap takde. Kanda terus cakap “kau masih suka aku lagi ke?”. Terus terdiam seribu bahasa aku.
Dan aku jujur jela aku bagitau “kalau aku cakap masih suka jadi kenapa?” lepastu dia terus balas “aku pun sama dari dulu lagi” AAAAAAA RASA NAK JERIT KUAT KUAT. Comelnya lahai zaman waktu nak spn dulu dan akhirnya kami bercinta.
Tapi tulah betul la bila orang kata, jangan sayang sangat nanti Allah ambik apa yang kita sayang. Lepas je habis spm, kami ada salah faham dan akhirnya aku memutuskan untuk putus dengan Kanda.
Tapi kami takde gaduh gaduh pun, kami putus dengan cara baik tapi hakikatnya aku tak boleh lupa dia. Aku dah cuba macam macam untuk lupakan kenangan lama tu tapi susah sebab dia cinta pertama aku.
Of course la aku sedih sampai berbulan dan nak sampai setahun kami putus aku masih belum lagi 100 peratus move on. Kami masih lagi ada contact each other tapi in awkward way. Itu pun pada awal awal aku masuk universiti dan selepas tu dah takde.
Aku tak pernah suka orang sampai ketahap tu sampaikan aku cerita pasal dia ni dekat ibu aku. Ibu aku ni memang garang dan tak bagi aku ada pakwe lagi lagi time belajar tapi masa aku cerita dekat ibu aku, dia siap boleh gelak lagi dan cakap dia nak jumpa Kanda tu sebab nak kenal kenal.
Tak terkejutnya aku yelah tak pernah pernah ibu aku macamni. Aku gembira sebab sepanjang before dan tengah spm, dia banyak bagi aku semangat dan dia baik sangat dengan aku.
Aku tak pernah rasa nak benci dia or meluat dengan dia. Dia lah orang pertama buat aku rasa macam aku layak untuk dicintai. Dia terima baik buruk aku dan segala apa aku buat dia selalu sokong.
Tapi hubungan kami terputus sampai situ je. Tapi aku tau Allah nak bagi lebih lagi pada kami berdua yang mungkin kami tak pernah jangka.
Kepada Kanda, terima kasih sebab selama kita bercinta ni, awak selalu support saya, awak terima baik buruk saya, awak buatkan saya rasa cinta yang tak pernah saya rasa sebelum ni.
Saya nak awak tahu kalau awak ada apa apa masalah atau ada yang nak diluahkan, saya setia tunggu awak di sini. Awak boleh je chat saya bila bila dekat mana mana social media. Kalau kita ada jodoh, In shaa Allah kita mesti akan jumpa balik.
Kalau betul saya tiada jodoh dengan awak, saya harap awak sentiasa bahagia dengan jodoh awak. Semoga awak selalu sihat panjang umur, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Lastly, thank you and i love you my Kanda.
Daripada, Hakuna
– Hakuna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit