My Way of Improving My Self-Confidence

Hi. Saya nak share pasal cara saya improve self-confident saya.

Saya start dibuli masa diploma di Melaka. Tak tau la apa salah saya sampaikan mulut-mulut longkang ni asyik kutuk saya. Maybe sebab time tu saya selalu pakai baju kurung, tudung hitam(ada 5 tudung hitam) je hari-hari untuk pergi kelas. Eh hello, saya pakai tudung hitam sebab sebelum saya masuk university, saya duk hostel. Tak de sape kisah pun saya pakai wane yg sama hari2. Tup2 bila masuk universiti ni, ada pulak manusia yg kisah. Jenis manusia yang ckp saya ni nerd sbb asyik pakai baju kurung.
Diorang ni classmates saya, so memang hari-hari jumpa la. Bila diorang masuk kelas je, saya jadi inferior yang amat sangat. Saya x sabar nak tunggu kelas tu habis. Self-confident saya merundum sangat, jalan pandang bawah, saya tak suka pergi tempat ramai orang sebab orang suka tengok saya.

Time ni memang saya rasa depressed sangat. Pernah terfikir untuk bunuh diri, tapi tak jadi. Sebab saya fikir sakit. Ada sekali tu, masa cuti sem, depression saya makin teruk. Satu hari, bila ayah saya salah cakap, saya menjerit-jerit. Sebab stress sangat. Tapi ayah tak faham. Dia cakap, nak pergi hantar hospital ke? Kalau nak, ayah bawa. Saya cuma nak perhatian je. Saya cuma nak orang disekeliling saya pay attention kat saya.

Tapi semua tu berubah bila course saya kena transit ke kampus baru. Saya pilih untuk masuk kelas lain. Saya masuk kelas yang ada kawan-kawan baru. Pada masa yang sama, saya ubah stail pakaian saya. Saya pakai shawl. Saya sayang diri sendiri dulu. Saya puji diri sendiri. Saya tak expect orang puji saya cantik sebab hari-hari bila tengok cermin, saya akan ckp dalam hati, cantiknya aku. Saya mula tak hiraukan lagi apa yang orang fikir pasal saya. Yes, start dari sini, saya jadi selfish. Saya hanya fikir pasal perasaan saya. Saya takkan buat sesuatu semata-mata untuk buat orang lain rasa gembira. Contohnya, saya masak sebab saya nak makan. Adalah mustahil untuk saya masak sebab nak orang puji masakan saya. Salah satu sebab saya tak suka masak untuk orang lain adalah sesetengah orang ni mulut dia macam puaka. Bila tak sedap, tau komplen je. Actually, time dia komplen tu, saya rasa macam nak simbah air je kat muka dia.
Lama jugak la saya ambil masa untuk cari diri saya balik. Sekarang self-confidence dah improve, dah tinggi. Tak de lagi dah nervous sampai orang sebelah boleh dengar saya bernafas bila present kat depan kelas. (Oh sekarang tengah buat degree. Semester akhir. Next sem internship). Dah pakai jubah. Saya bersyukur kerana dikurniakan kulit cerah, badan petite. my English pun dah improve a lot compared to during my secondary school.

Anyway, saya mengaku yang saya dulu saya berdendam dengan classmates saya yang mulut longkang tu. Tapi bila saya renungkan balik, saya teringat cerita seorang guru yang suruh students dia bawa satu guni kentang ke mana sahaja mereka pergi. Kentang tu ibarat dendam, akhirnya akan memakan diri sendiri. So saya decide untuk maafkan mereka. Tapi tak semudah tu. Last-last, saya imagine camne diorang mati. Diorang kena shot to the head, execution style. Dan sekarang saya tak ada dendam lagi dah. Saya cuma fikir, pergi mampus la kau.

Dah alang- alang buat confession panjang berjela ni, saya nak share macam mana saya jaga muka saya. Walaupun kulit muka saya cerah, tapi bila lama tak makan sayur, muka saya jadi kusam. Masa tu memang pergi kelas tak letak bedak kat muka pun. Sebab geram bedak melekat kat parut-parut jerawat tu. Bila cuti sem je, hari-hari makan tomato dengan pisang. Letak bedak sejuk setiap malam. Sebulan lebih baru nampak kesan. Masa tu, bila tengok cermin, i was like, ehhh dah cerah la muka.

Oh, saya DIY bedak sejuk saya. Guna beras timbang yang beli kat tesco tu je. Elok je kualiti dia. Saya ada jual bedak sejuk saya kat kampus sekarang ni, stok terhad. Kalau sempat, tak lama lagi nak balik rumah family kat Melaka (sekarang kat rumah sewa). Saya nak buat bedak sejuk lagi. Nak jual.

Saya prefer guna bedak sejuk instead of skincare macam-macam yng ada kat market sebab saya tak nak kulit muka saya rosak. Yes, bila guna bedak sejuk, kesan lambat, muka mcm hantu sbb putih sangat. Tapi muka saya jugak yang kawan-kawan saya jealous menengoknya. Kulit muka saya jeis kulit muka yang berminyak. Sejak guna bedak sejuk, dapat la kawal minyak kat muka ni. Kalau sebelum guna bedak sejuk ni, asal bangun tido je kena lap dengan tuala muka dulu.

Lagi satu tips, untuk buang sel kulit mati, saya skrub badan. Pun DIY jugak. Guna serbuk kopi je. Jimat duit. Tak payah membazir beli skrub mahal-mahal tu. Tapi boleh skrub 2 minggu sekali je tau. Kalau selalu sangat, nanti kulit muka nipis. Kulit mati yang ada kat kaki tu pergilah buang guna pumice stone. Tak tau pumice stone tu apa? Google ye sayang oii.
Kesimpulannya, saya harap, kalau ada pembaca yang rasa stress, inferior sebab dibuli, ingatlah, saya faham perasaan awak. Tapi jangan bunuh diri @ bunuh orang tu (tak berbaloi kena duduk dalam penjara sebab orang yang buat dajal kat kita). Tapi cari hobi baru, join event, cari kawan baru, dapatkan pengalaman. Sebab semua tu akan distract kita daripada terlalu fikirkan tentang masalah kita. last but not least, jangan la hari – hari meroyan fikir bila nak kahwin.

– Baby

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit