Myself II

Untuk part I, (https://iiumc.com/myself/).

Assalamualaikum. Hai semua ! Masih ingat Humaira ? Gadis berumur 15 tahun yang pernah menceritakan tentang kisah hidupnya sebagai seorang anak yatim. Tajuknya, Myself.

Pertama sekali, aku nak ucap terima kasih atas komen yang baik-baik. Aku baca semua komen-komen tersebut. Aku tak tipu, aku menangis sambil baca komen -komen tu. Bila aku bosan, aku buka Facebook semata-semata untuk membaca komen dekat confession aku. Berulang kali. Tak pernah bosan. Thank you and i love you !!

Jadi, ada yang tertanya-tanya tentang abang aku. Hehe. Maaf ya, aku tak cerita pasal abang aku sebab confession tu dah cukup panjang. Jadi, harini aku akan khaskan confession aku untuk cerita tentang abang aku.

Sebelum abah aku meninggal, abah aku ada moto. Tapi aku tak tahu moto jenis apa. Tapi lama lah. Sepanjang tempoh abah meninggal, tak silap aku ibu pernah naik dalam beberapa kali sahaja. Okay, aku ringkaskan.

Tahun 2013, abang aku Tingkatan 1.Semakin meningkat remaja, keinginan dia semakin tinggi. Ya, dia inginkan motosikal. Seperti remaja lelaki yang lain, dia suka motosikal. Tapi sebab dia tak ada motosikal, dia pinjam motosikal kawan dia untuk bawa. Dia teringin, tapi dia tak minta dekat ibu. Sebab dia taknak menyusahkan ibu. Tapi aku tahu, jauh di sudut hati dia, dia jelea dengan kawan-kawan dia sebab ada motosikal, ayah diorang bagi.

Tapi dia dapat satu idea bila tengok motosikal arwah ayah aku yang tersadai di tepi rumah. Dia repair motosikal tu sampai boleh hidup balik. Bayangkan motor tu dah lama tak guna. Hahahah.

Bila motor tu berjaya dihidupkan, kami semua rasa lain. Termasuk jiran-jiran aku. Mungkin rasa macam arwah abah masih ada? Hehe. Sebab motor tu hanya abah yang bawa.

Abang nampak seronok sangat bila dia dapat hidupkan motor tu dan dia senang lah nak bergerak.

Sampai tahun 2014, abang aku masih guna motor tu. Satu hari, abang minta pergi ke pasar malam. Ibu izinkan. Tiba-tiba dia balik dengan kawan dia. Ibu pelik. Rupa-rupanya motor dia hilang. Dicuri. Dia nampak sedih sangat. Ya lah, itu satu-satu motor yang dia ada. Kesian dia. Kalau tak silap aku, setahun juga lah dia tak ada motor.

Tahun 2015, ada jiran aku, dia baik sangat dan anggap abang aku macam anak dia. Dia bagi abang aku motor lama dia. Motor kriss. Dia kesian dekat abang aku. Abang aku seronok sangat. Baikkan jiran aku? Susah nak jumpa macam ni.

Dengan motor kriss tu lah, abang aku ambil aku dekat sekolah petang-petang waktu darjah 6 sebab balik lambat. Aku pergi sekolah naik basikal, tapi kadang basikal buat hal, abang aku lah jadi mangsa kena ambil aku. Dia pula Pt3 waktu tu, jadi dia nampak serabut dengan macam-macam hal . Oh lupa pula, aku pernah kantoikan dekat ibu aku yang abang ada girlfriend dekat Wechat. Alasan aku, aku taknak dia hanyut dalam dunia percintaa. HAHAH MINTA MAAF LAH BROTHER.

Lepas habis ja PT3, abang aku terus kerja. Dia kerja dengan jiran aku. Jual belon. Korang jangan pandang biasa eh dekag orang yang jual belon ni. Kalau pandai cari tempat, memang laris jualan belon tu. Untung banyak. Jiran aku pula jenis pemurah, jadi abang aku dapat banyak upah.

Tahun 2016, abang aku tingkatan 4. Tingkatan 4 atau lebih dikenali sebagai ‘honeymoon year’ bagi mereka yang baru lepas PT3 . Tapi abang aku tak honeymoon. Dia sibuk kerja.

2017, abang aku Tingkatan 5. Abang aku masih pakai motor kriss tersebut. Tetapi, dia ada cakap dekat ibu yang dia minat satu motor ni. Aku taktahu jenama motor tersebut. Yang aku tahu, orang selalu sebut sebagai motor Y15. Aku search. Memang lawa. Kegilaan remaja lelaki terkini. Tapi mahal. RM 9000/ RM 10000. Aku tak ingat.

Walaupun dia akan menduduki SPM, dia tetap kerja sebab nak beli motor Y15 tersebut. Ya lah, kriss tu dah lama. Umur sama aku. Memang tak patut pakai.

Ibu ada cakap, beli motor biasa-biasa je. Tapi aku rasa korang faham. Jiwa remaja. Apa yang kita nak, kita nak juga. Tapi dia lain, dia tak minta pun dekat ibu. Cuma dia bagitahu dengan ibu yang dia nak beli.

2018, tahun bebas. SPM pun dah tamat. Abang kerja macam-macam. Aku tak dapat nak nafikan, abang aku seorang yang sangat rajin. Aku tak rapat dengan abang aku. Bagi aku, aku dia sayang aku tapi dia tak tunjuk. Pelik bukan? Tapi itulah abang aku yang sebenar. Macam mana aku tau abang aku sayang aku? Kalau dia tak sayang aku tak ada lah dia setia ambil aku dekat sekolah dari Darjah 6 sampai Tingkatan 3.

Tu tak campur lagi tahun -tahun yang akan datang. Hahaha. Pernah sekali tu, hujan. Mak aku suruh tumpang jiran. Yalah bahaya kan bawa motor hujan-hujan. Tapi abang aku datang juga nak ambil aku alasan dia rasa kesian pula dekat aku. Hehhe. Nampakkan dia sayang aku? Oyeh oyeh.

Dia kerja macam-macam. Dan akhir sekali, Oktober 2018, dia berjaya membeli motor idaman iaitu y15. Dia seronok sangat-sangat. Yalah, hasil penat lelah dia kerja. Siapa je tak seronokkan? Ibu cakap dekat abang, ‘abang patur bangha dengan diri abang. Sebab abang usaha sendiri untuk dapat motor idaman.’

Bukan setakat abang je seronok, aku lagi la seronok hahahah. Aku jadikan abang aku sebagai contoh untuk aku focus tahum depan. Tahun depan aku Tingkatan 4, target aku nak beli scooter. Heheheh. Harap-harap menjadi la. Doakan aku ya !

Mungkin ada yang fikir, eh abang tak sambung belajar ke? Jangan risau. Abang akan sambung . InshaAllah. Sudah mohon. Doakan perjalanan dia untuk sambung belajar dipermudahkan ya :)

Sampai di sini sahaja cerita aku. Maaf kalau cerita aku agak merapu atau mempunyai banyak kesalahan bahasa. Terima kasih kerana sudi membaca :)

– Humaira

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *