Assalamualaikum wbt kepada semua. Aku harap admin boleh siarkan artikel ni untuk peringatan kepada semua.
Aku agak terkesan apabila membaca komen seseorang di page ni , pada artikel yang membicarakan tentang masalah mental, komennya, Nabi Muhammad ﷺ juga pernah mengidap depression ketika kematian isteri pertama baginda.
Allahu, dari mana dia dapat maklumat ini aku tidak tahu. Tapi perkara inilah yang aku nak tegaskan dalam artikel ni, iaitu Nabi Muhammad ﷺ tidak pernah mempunyai depression atau apa-apa penyakit mental.
Dalilnya Al-Qalam ayat 2 – “Dengan karunia Tuhanmu engkau (Muhammad) bukanlah orang gila”. Ok, sekarang aku nak minta para pesakit mental jangan triggered sangat, aku bukan nak kata korang dianggap sebagai orang gila, tidak.
Cuma apabila disebut majnun dalam AlQuran ni ia adalah perkara yang berkaitan dengan masalah otak, dan seperti kita semua tahu, pesakit mental adalah orang yang mempunyai ketidakstabilan kimia dalam otak yang kadangkala akan menyebabkannya berfikir tidak seimbang.
Apabila seseorang itu menisbahkan Nabi mempunyai depression, itu bererti dia mengatakan otak Nabi mempunyai masalah chemical (Allah telah mensucikan Nabi daripada kelemahan kelemahan sebegini).
Mana mungkin Allah melantik seorang Nabi yang tidak mampu berfikir dengan waras.
Jika kita mengiyakan Nabi mempunyai depression ataupun masalah mental yang lain, itu bererti kita telah mengingkari ayat AlQuran yang telah Allah sucikan Nabi dari mempunyai penyakit berkaitan mental/otak.
Malah ia boleh membawa kepada murtad. Maka hati-hatilah menisbahkan sesuatu yang tidak layak bagi Nabi.
Ok, aku menjelaskan semua ni bukan untuk membuatkan pesakit mental down atau terasa hati. Tapi aku just nak korang semua elakkan menisbahkan Nabi dengan sifat yang tidak sepatutnya.
Memang Nabi bersedih semasa kewafatan isteri dan bapa saudara baginda, Nabi bersedih kerana Nabi juga manusia, tapi Nabi bukan manusia biasa macam kita yang lalai dari Allah,
Nabi telah dipelihara dari kelalaian, malah hati Nabi tidak tidur walaupun jasad baginda tidur, bermaksud hati baginda tidak pernah lekang walau sedetik pun dari mengingati Allah.
Memang ada juga sesetengah kes terpencil yang mana wali Allah itu kelihatan gila , tapi sebenarnya seorang wali itu tidak gila. Orang yang benar mengingati Allah, dia tidak akan gila meski zahirnya dia kelihatan gila.
Tapi ini untuk special case je, yang dipanggil wali majzub yang jiwa dan jasadnya tidak mampu untuk menanggung jazbah(tarikan) dari Allah . Yang pastinya , hati seorang wali itu sentiasa bersama Allah dan hanya berkehendakkan Allah semata.
Ok, secara jujurnya bagi aku, seorang pesakit mental itu apatah lagi yang muslim, apabila diserang sakit berkaitan mental ini, itu bukanlah kerana iman yang lemah atau kerana tiada iman.
Tapi sebenarnya semata-mata kerana kasih Allah yang mana Allah berkehendakkan kita sentiasa kembali kepada-Nya.
Kita semua sudah tahu doktor psikiatri biasanya mengatakan sakit mental ini tiada kesembuhan, tak salah kita berikhtiar dengan cara apapun, tapi tetap kembali kepada Allah itu yang utama.
Adakah aku mengatakan org yg sakit mental ini sebagai orang yang lalai mengingati Allah? Tidak sama sekali. Cuma ingat Allah ini bertahap.
Tahapan apa yang kita capai itu tak perlu dikisahkan, yang penting kita sentiasa berusaha menghadirkan hati mengingati-Nya. Bersyukurlah jika Allah menarik kamu dengan jalan mana sekalipun untuk mengingati-Nya.
Abaikanlah orang yang mengatakan kamu lemah iman dan sebagainya. Orang yang tidak sakit mental tak semestinya mereka semua benar benar waras rohani mereka.
Bagiku, orang yang punya sakit mental ini adalah orang yang sensitif kepada perubahan rohani mereka, berbanding mereka yang tidak sakit mental, tapi penuh hasad dengki dan penyakit hati lain,
Meski tidak sakit mental (sebenarnya hanyalah tidak dikesan), hakikatnya rohani mereka lebih sakit tapi mereka tidak menyedari.
Itu dipanggil istidraj yang mana nikmat yang mereka perolehi semakin menyesatkan mereka dari jalan Allah.
Oklah, setakat itu sahaja. Aku menulis ni bukan untuk sesiapa judge pesakit mental atau pesakit tidak mental, tapi aku hanya nak semua orang berhati hati terhadap perkataan yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad ﷺ.
Tugas kita bukan sibukkan hati dengan sesuatu selain Allah, sebaliknya tugas kita adalah menyibukkan hati dengan Allah.
Aku bukan kata korang kena abaikan kerja seharian dan dok zikir je, tapi seorang hamba Allah yang sebenar itu memang hati sentiasa bersama Allah walau zahirnya sibuk dengan pekerjaan dunia.
Tak payah fikir sangat kau sakit mental atau tidak, tak payah sibuk dengan gosip dan hal tak berkaitan dengan kau yang merosakkan hati kau.
Sekian…
– Insan Faqir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit