Nama Nanad. Umur 26 telah berkahwin selama 5 tahun belum diberikan zuriat. Berkenaan isu nafkah. Saya bekerja sebagai kerani dan suami kerja kampung.

Persoalannya…

Saya bekerja sebagai kerani dengan gaji cukup-cukup makan RM1700.00 untuk bayar sewa rumah RM600 dan utiliti dan lain2 hutang.

Baru-baru ini dikenakan musibah kereta kebakaran. Saya dan suami membuat keputusan untuk membeli kereta baru.

Tetapi saya terfikir dengan komitmen yang sekarang saya yang tanggung. Saya nak beli kereta yang mampu milik.

Tengah duduk berbincang dengan suami dia cakap, “rumah macam biasa kite share lah 2 orang, kereta awak bayar”.

Saya mula terkedu bukan ke rumah termasuk dalam nafkah.

Suami duit gaji tidak tetap sebulan ade RM300-RM500 dia tahu saya bekerja, dia ambil endah tak endah berkenaan nafkah.

Saya banyak kali bergaduh memaksa dia bekerja tetap. Dan sekarang saya diam sahaja dan mengunakan kudrat untuk berdikari sendiri.

Dengan duit yang suami dapat hanya untuk perbelanjaan harian dia sendiri sahaja.

Segala perbelanjaan rumah dia tutup mata dan bil air mertua dia suruh saya bayarkan. Bila minta dia duit dia akan persoalkan “Takkan duit gaji dah habis, bayarkan lah”.

Saya bekerja 8.30 ke 6.00 petang kemas rumah basuh baju lipat baju. Suami tidak membantu langsung.

Kadang penat saya menangis sendiri. Kalau rasa marah pendam sendiri. Seolah baik saya hidup sendiri.

Satu hari suami ade rezeki lebih RM500 dan bagi pada saya.

Hari pertama suami minta pinjam 150 nak beli barang/main game perjudian. Hari ke 4 mintak lagi 200 nak repair motor. Saya beli barang dapur guna duit baki.

Dia marah saya “Kenapa pakai duit dia”. Sedangkan beli barang dapur bukan ke itu termasuk dalam nafkah? Saya meminjam kawan dah pulangkan semula duit tu.

Saya lama tak makan kedai minta suami belanja. Habis makan dia suruh saya bayar. Sebab saya yang ajak makan luar.

Saya terfikir, “Dia main judi sampai berpuluh2 sehari makan yang RM30 berkira dengan saya”.

Satu hari saya ugut pada suami saya nak berhenti kerja. Dia cakap, “tunggu abg kerja nak berhenti2 lah” bila nak kerjanya dah 3 tahun saya tanggung beban sorang2.

Saya tak dapat nak beli apa yang saya nak. Kereta rosak saya repair. Segala peralatan perabot duit saya sendiri.

Emas saya pajak perbelanjaan tak cukup. Hujung tahun dapat bonus saya keluarkan semula emas saya. Saya tak merasa simpanan, bonus & gaji sendiri.

Kalau saya tahu takdir saya macam ni saya pilih untuk tidak berkahwin. Saya sampai terfikir nak cari duit dengan cara kotor.

Tiada tempat untuk luah dan tempat meminta pendapat.

– Nanad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

18 Comments

  1. btui tu puan, dari hidup dgn laki mcm tu, baik cerai.. p mahkamah tuntut fasaks tunjuk semua bukti nafkah yg dia tak bayar. dari nnt terlambat ada anak. baik puan hidup sendiri dari dgn org yg mcm dia, dah la berjudi.. cari lah yg mampu jaga kita

  2. I is not okay dgn laki yg kedekut taik hidung masin…. X reti jalankan tanggungjawab sbg suami. Ni anak belum ada.. dah ada anak nanti xtau macamana.. adakah akan berubah ke arah kebaikan? Kalau dah melibatkan judi susah nak benti kalau ketagih.. sebenarnya awak dah ada jawapan.. what made u stay?

  3. Laki MAIN JUDI buat apa bertahan? 3 tahun makan hati, sakit hati, tanggung biawak lagi. Motif??

  4. Belum diberikan zuriat ? Eh baguslah tu. Bersyukur. Kau ingat kos nak bela anak ni murah ke ?

    Kau tunggu apa lagi ? Kenapa tak bercerai ? Dia nak ada hamba seks dan bibik je tu.

    I don’t know what you see in him. Apasal kau pulak yang kena bayar seea rumah hahaha

    Siapa isteri, siapa suami ni

    • Penyebabnya adalah suami2 yg tak bertanggungjawap mcm suami TT.
      Jika semua suami2 menjalankan tanggungjawap mereka, maka kuranglah wanita dihumban ke neraka.
      Suami2, jadilah sebenar2 suami seperti yg diajarkan Islam.

    • Sabar, neraka pun ada penghuni kaum lelaki mungkin dah bertambah semuanya Allah yg tentukan

  5. Ada sebab kena adik masih belum ada zuriat. Sebelum adik bertambah teruk lagi stress better adik angkat kaki ja. Orang macam ni takkn berubah dik. Sebelum buat apa2 keputusan better adik solat Istikharah minta Allah tunjuk jalan mana lebih baik untuk adik.

  6. Ni tak nak minta cerai sebab laki ni kaki seks layanan kat katil padu. Fikirkan batin seks yang tak nak cerai.

    • Awak belum ada anak dan masih muda, pergi pej agama minta cerai dan mula hidup baru

  7. boleh move on dah nie sebelum lagi melarat kena buli..sayangi diri anda kerana anda begitu berharga ;)

  8. Tuntut fasakh di pejabat agama berhampiran, tiada guna suami tk beri nafkah, kaki judi

  9. sebelum pregnant menambah beban, baik pi cerai. 1 tak bg nafkah, 1 kaki judi. ayoooo tak layak jadi suami. gerak la sis selamatkan diri. 3 tahun tu lama jugak

  10. 1) puan sendiri pasti yang suami kaki main judi game. (so bilamana dia ada duit lebih mesti boleh agak datangnya dari sumber yang haram). elak kan lah makan duit tu.
    2) suami secara konsisten tidak memberi 5 nafkah wajib terhadap isteri.

    kesimpulan dari 2 point di atas,
    -puan boleh berbincang dengan suami dulu suruh dia periksa kewajipan tanggungjawab dia.
    -tak jalan cuba guna khidmat kaunseling dari jabatan agama setempat etc.
    -tak jalan juga, xperlu menambah dosa kering nak maki hamun cakap kasar keatas suami buka aib suami. tidak perlu kita menjaja sebab nanti semua akan tahu juga dengan sendiri. kesalahan/dosa dia biar dia sendiri yang tanggung dan puan tak perlu nak kumpul dosa bersama dengan dia.
    -jika semua ikhtiar tidak jalan, guna lah saluran yang betul. melalui pejabat agama dan mahkamah. tidak perlu memekik teriak meminta cerai(banyak hukum2 dia boleh refer ahli ahli nya). Puan nak selamat Cuma tuntut fasakh. mungkin akhiran yang sama tetapi dua laluan berbeza. Hati tenang, selamat azab dunia akhirat (kebanyakan manusia nampak azab dunia je, sebab itu dengan mudah menghasut mengeluarkan kata kata “minta cerai, ceraikan aku etc”).

  11. Laki melayu memang bukn mindset provider, bini gaji 1700 pun nak mintak sara dia teruk betul

  12. Kenapa pompuan suka jadi bodoh?

    Islam tak ajar tanggungjawab atas bahu isteri tapi kau layan laki macam anak pula.

    Suami deknon bukan anak bawah umur kau nak tanggung beban.

    Cerai ja lah.

    Menyusahkan.

    Stop biak biawak hidup dan jantan tak guna.

    Boikot jantan tak guna.

    Kahwin lelaki bertanggungjawab sahaja!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *