Nafkah Batin Dan Hubungan Hambar

Saya sudah berkahwin hampir 35 tahun. Anak 9 orang. Suka sama suka. Pelbagai masalah pahit manis yang saya tempuhi. Saya hampir bunuh diri bila timbul issue orang ketiga. Dia juga saiko saya dengan pelbagai bukti.

Saya sakit hati dan menangis setiap hari. Suami tak pedulikan saya. Malah. Di ajak nyer saya makan bersama. Sedangkan dia makan sepinggan bersama orang ketiga yang merupakan janda.

Janda tersebut dan suami sengaja menyakiti hati dan perasaan saya. Yang saya saya sendiri tak faham apa tujuan nyer. Saya hanya bersabar dan membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku di depan mata saya.

Boss suami saya dan clients yang ada pada masa itu. Sakit hati saya hanya tuhan sahaja yang tahun waktu itu. Saya terpaksa spot check balik rumah. Bila perempuan tu call. Rumah kosong.

Suami selalu balik rumah. Pejabat dekat dengan rumah. Bila bercuti tak pernah bagi tau saya. Bila call pejabat. Mereka kata suami bercuti.

Tak tau apa sebab nyer. Dia bohong saya. Hubungan seks tiada. Sebab setiap kali nak berhubungan dia kata barang dia sakit seperti ada jarum menyucuk katanyer.. Saya pelik dan lakukan pemeriksaan dengan doktor pakar. Semua ok dan tiada masalah…

Saya stress kecewa dan tak tau apa nak buat.. Sehingga terpaksa cerita masalah kepada rakan sekerja saya. Dia bersimpati dengan masalah saya. Setiap hari balik kerja dia akan hantar saya ke pejabat suami saya. Begitulah setiap hari.

Ada masa2 nyer saya menunggu suami habis kerja agak lewat. Saya duduk di guard house..atau lobby. Kadang malam baru habis. Kadang langsung suami tak balik… Keesokan hari baru balik. Begitulah seterusnya..

Sehingga sampai 1 masa suami saya kata ini ada 1 garisan. Saya disini awak disana. Maksudnyer. Dia buat hal dia. Saya buat hal saya. Itulah arahannya pada saya. Suka hati awak nak buat apa. Suka hati saya nak buat apa. Awak jangan ganggu saya. Saya juga tak mau peduli hal awak.

Maka dengan itu hubungan saya berakhir macam tu sahaja. Walaupun kami tinggal serumah. Bayangkan.. Nasib saya macam mana… Nafsu saya macam mana.

Akhirnya saya mula kecewa… Dan saya bagi tau rakan sekerja saya. Saya nak bunuh diri pada waktu itu juga. Tapi dia nasihatkan saya supaya pikir anak2. Jangan pikir soal lelaki yang mental macam ni. Rakan saya bawa saya berjumpa uztaz. Mak saudara saya pun juga.

Saya sembuh selepas itu. Tak jadi bunuh diri. Teruskan sahaja kehidupan demi anak2.. Entahlah… Kadangkala bila saya sudah merutinkan diri saya dengan 5 surah.. Iaitu surah Al Anfal 1-5. Surah kahfi ayat 1 – 10. Surah Waqiah, Al Mulk dan Yassin 41 1x sahaja. Selepas maghrib dan selepas subuh.

Saya rasa sangt bahagia.. Saya tak pedulikan lagi sebarang masalah timbul. Saya katakan pada diri saya. Saya ada Allah. ALLAH LEBIH MENGASIHI SAYA BERBANDING MANUSIA. Manusia mudah berubah. Tapi Allah tidak.

Saya rutinkan sunat subuh, sunat isyak sunat witir 1 rakaat dan tahajud. Saya mengadu pada Allah semua masalah saya.. Dan tak lupa juga tambah rutin saya dengan 1 x penghulu istighfar setiap lepas solat. Atau bila2 saya suka saya baca je. Surah Al Baqarah 2 ayat terakhir..

Alhamdulillah… Hidup saya lebih bermakna dan bahagia. Pada masa yang sama saya juga sering berdoa semoga rumahtangga saya bahagia hingga ke jannah...

Dan Allah lindungi kami dari kejahatan makhluk yang Allah ciptakan walau dimana sahaja kami berada pada setiap masa didunia dan akhirat.. Aamiin.. YRA.

– Julia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *