Nafkah Duit Poket Isteri: Wajibkah?

Assalamualaikum. Terima kasih kalau admin siarkan tulisan saya lagi. Sebelum ni saya pernah hantar confession, ‘Ini Syarat Nak Kahwini Saya’ (https://iiumc.com/ini-syarat-nak-kahwini-saya/).

Terima kasih banyak2 untuk segala feedback. Kalau ada yang dapat manfaat, alhamdulillah.

Nak jadi cerita, selepas confession tu tiba2 dalam whatsapp group ex-schoolmate saya ada membincangkan topik nafkah kepada isteri.

Group geng2 sekolah saya ni memang suka diskas2 pelbagai topik, tapi santai2 saja lah. Lepas bertukar2 pendapat dalam group tu, terfikir pula untuk saya jelaskan sikit lanjutan daripada confession lepas.

Banyak pendapat sebenarnya dalam isu ni. Tapi saya maklum bahawasanya suami wajib menafkahi isteri dengan keperluan2 asas iaitu tempat tinggal, makan minum dan pakaian.

Ada yang kata duit juga wajib diberi selain tiga perkara tersebut dan adalah menjadi hak isteri nak buat apa pun dengan duit tu.

Ada juga kata duit poket tidak wajib sekiranya ketiga2 yang di atas sudah dipenuhi.

Saya bukan ahli yang layak untuk ulas hukumnya wajib atau tak. Anggaplah apa yang saya suarakan hanya sekadar pendapat peribadi.

Saya tau ada juga segelintir pihak yang pertikai kewajaran kami kaum hawa untuk ‘demand’ duit poket daripada suami, lagi2 isteri yang memang bekerja, deal pulak awal2 sebelum kahwin lagi.

Lain pasangan, lain keluarga, lain sistemnya. Ada suami bagi sedebuk duit kepada isteri dan biar isteri urus semua belanja keperluan rumah, termasuk belanja/ duit poket isteri.

Ada suami, dia urus sendiri semua belanja rumah, duit poket untuk isteri samada diberi atau tidak, itu soal kedua.

Oh ye, untuk kes suami langsung tak beri atau isteri yang menanggung keluarga tu saya tak sentuh la, itu dah kira topik lain ye.

Saya cuma nak beri pendapat bagi isu duit poket kepada isteri berdasarkan situasi rumahtangga kami sendiri.

Ya, memang saya demand duit poket setiap bulan & saya deal dengan suami sebelum kawin lagi. Ini memang saya nak duit khas untuk belanja saya sendiri, tak campur dengan keperluan asas seperti tempat tinggal dan makan.

Saya deal sebelum kahwin sebab nak selidik sifat & pendirian bakal suami. Saya tak mau bergaduh isu ini lepas kawin.

Dalam confession lepas saya cerita suami memang setuju je. Itu saya nak ringkaskan cerita, sejarah asalnya tak semudah tu..

Bermula kisah bila saya tanya bakal suami berapa banyak dia boleh beri saya sebulan? Terus dia beri reaksi terkejut.

Tapi sebenarnya saya yang lebih terkejut bila dia cakap yang kawan2 dia beritau, kalau isteri dah bekerja dengan izin suami, maka gaji isteri ada ‘sumbangan’ suami jadi suami tak payah la beri lagi duit untuk isteri.

Saya dah eh eh eh.. apa benda ni? Maaf ye, ini bukan prinsip yang saya setuju (saya ada alasan tersendiri). Saya faham je saya kerja dengan izin suami tapi kalau tak hulur langsung sikit pun duit kepada isteri tu saya rasa tak betul.

Untuk pengetahuan, awal2 kahwin kami terpaksa PJJ untuk sementara dalam 6 bulan (saya tunggu kontrak habis), saya kongsi sewa rumah lain dengan housemates, makan minum lagi.

Memang saya tak expect dapat banyak pun sebulan pun sebab saya faham komitmen2 dia yang lain. Niat cukup sekadar dia sedar tanggungjawab menyara isteri.

Dah gaduh, dah merajuk, berbalas hujah segala, barulah bakal suami pun terbukak mata dan setuju untuk peruntukkan sedikit bahagian bulanan saya lepas kawin nanti (saya tak tetapkan jumlah tapi biarkan suami decide). Walaupun tak banyak mana tapi Alhamdulillah..

Saya niatkan itu cover semualah untuk saraan wajib macam tempat tinggal,makan pakai sepanjang PJJ. Dia bagi ikut kemampuan semasa dia, kalau ikutkan memang lah tak cukup then saya top up sendiri la dengan gaji saya.

Tapi kalaulah dulu tak PJJ pun, saya tetap berpendapat duit poket isteri adalah sangat perlu walaupun keperluan asas yang lain sudah disediakan.

Saya yakin kebanyakan suami tak berada di sisi isteri 24 jam, takkan semua benda yang diperlu dibeli atau dibayar kena tunggu suami ada disisi.

Di sini lah perlunya duit poket isteri. Alah sedangkan anak pergi sekolah pun kita bagi duit belanja walaupun bawa bekal..

Deal saya dan suami selepas tamat PJJ, suami cakap kalau saya nak beli apa2 barang sendiri ikut kehendak sendiri beli lah, tapi yang bulanan tu lah limit dia boleh bagi, kalau tak cukup kena tambah sendiri. Saya ok 100%.

Apa yang saya buat dengan duit dia bagi tu?

Haha nampak sedap je dapat elaun bulanan khas untuk diri sendiri tapi sebenarnya duit tu saya guna semula untuk topup keperluan yang boleh kata asas jugak untuk keluarga..

Topup sikit2 belanja dapur, belanja makan saya sewaktu bekerja, layanan keinginan anak2 atau beli barang2 untuk kegunaan rumah.

Malah barang2 peribadi wanita seperti mekap, sanitary pad pun tak kan la nak tunggu suami ada untuk bayarkan..

Malah walaupun pakaian antara nafkah wajib suami tapi saya pakai duit bulanan ni jugak, lagipun bukan beli selalu. Cuma baju raya je saya claim lain, tu pun setahun sekali.

Pada saya sistem ini lebih menjimatkan poket suami sebab dia dah letakkan limit yang kami persetujui bersama, berbanding saya minta duit lain atau claim asing setiap kali saya berbelanja.

Apa yang saya nak sampaikan, tak perlu pertikai duit poket untuk isteri walaupun keperluan lain tersedia lengkap & isteri pun ada pendapatan sendiri.

Malah sebaiknya suami sediakanlah walaupun hanya sedikit dan walau isteri pun bekerja. Percaya lah kebanyakan isteri tak sempat berjoli pun melainkan disalurkan semula untuk keperluan keluarga.

Malah duit poket juga 1 simbolik kebertanggungjawaban suami kepada isteri. Isteri yang bergaji tinggi dan sama2 kongsi belanja rumahtangga pun, bila dapat merasa suami beri peruntukan khas bulanan untuknya walaupun sikit, rasa bahagia & dihargai tau..

Dan kita sebagai isteri pula, walaupun kita pilih untuk jadi tegas dan berpendirian, namun apa saja yang kita demand itu letakkan lah pada tempatnya. Jangan demand sesuatu di luar kemampuan suami.

Kita ambil peluang didik suami tidak culas tanggungjawabnya, dalam masa yang sama kita didik diri untuk bersederhana supaya tak bebankan suami.

Komunikasi itu kunci. Berkomunikasi lah untuk capai hala tuju perkahwinan, kalau boleh cubalah cari keserasian dan capai persetujuan sebelum sah sebagai suami isteri lagi. Kata sepakat mudah dicapai selagi mana masing2 tahu peranan dan sedia tolak ansur.

Untuk pembaca lelaki, tak perlu lah beri soalan sinikal yang merujuk kepada apa pula sumbangan pihak isteri kepada suami ye.

Confession lepas saya cakap pasal syarat kepada bakal suami, confession ini pasal nafkah. Kalau nak tanya apa pula syarat suami atau apa yang kami tunaikan kepada suami, itu tajuk lain la ok. Takkan saya nak cerita semua benda.

Sekadar pendapat biasa daripada seorang isteri biasa. Terima kasih kerana sudi membaca.

– Pensel Kaler Merah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *