Orang dulu-dulu bila dah menjadi suami isteri, suamilah yang akan membanting tulang untuk menyara kehidupan isteri dan isteri pula duduk dirumah dan akan menyediakan makan minum untuk suaminya. Suami pun tak lepas dari tanggungjawab untuk bimbing isteri dari segi agama.
Tapi zaman sekarang, isteri pun turut bekerja dan suami pun bekerja juga. Jangan pula keluarkan ayat, “kalau dah berkahwin tu isteri kena duduk rumah bukannya sibuk nak cari duit”.
Eh saya nak tanya, isteri mana yang tak nak jadi isteri yang solehah & boleh menguruskan makan, minum, jaga pakaian suami, kemas rumah dengan baik dan sempurna? Lagi-lagi bila dah ada anak?
Dulu sebelum terjadinya gelaran isteri, wanita tu dah mula ‘busy’kan diri untuk bekerja untuk membantu ibu ayah dan keluarganya.
Bukan semua wanita itu boleh jadi ‘anak emas’ sekelip mata disebabkan harta mak ayah yang banyak so boleh diturunkan kepada anak2. Jadi tak payah la susah-susah nak bekerja kan?
Tapi takkan menjadi untuk anak dari keluarga susah atau sederhana. Bila dah mula bekerja mesti akan ada ter’binanya komitmen beli kereta dan rumah. Apatah lagi bila wanita tersebut dr keluarga orang susah. Tak lari dari komitmen ‘loan’ lagi-lagi bila duduk di bandar.
Jadi bila dah berkahwin takkan 100% nak serahkan suami sahaja yang bayar semua?
Walaupun memang lumrah suami untuk cari pendapatan, tapi kami sebagai wanita yang bekerja masih ada akal untuk lunaskan hutang yang isteri sendiri buat sebelum berkahwin. Sebab tu terwujudnya ayat “suami isteri bekerjaya”
Ye aku seorang wanita bekerjaya. Tapi aku selalu fikir aku gagal jadi isteri yang baik sebab selalu sibukkan diri untuk bekerja. Dan aku ada hutang ‘personal loan’ & kereta yang perlu disettlekan. Siapa yang akan terus bayar hutang aku selain diri aku sendiri?
Nak suruh suami yang bantu selesaikan? Aku masih sihat fizikal & emosi untuk teruskan kerja & bayar hutang sendiri. Suami pun masih ada tanggungjawab sendiri. Kalau nak serah 100% suami yang bayar, memang akan terjadinya kes mengungkit sepanjang perkahwinan.
Suami aku pernah susah sebelum kami berkahwin dan aku yang sudah susah kena tipu dengan kawan sampai terjadinya ‘loan’, tiba2 dia pun kena tipu dengan kawan kerja dia sampaikan tak dibayar gaji.
Waktu tu aku bantu dia bagi duit ribuan ringgit untuk dia bangkit semula. Dan dia janji untuk bayar semula duit tu.
Entahlah. Aku yang bodoh atau aku yang terlalu sayang sampai lupa semua benda yang jadi dan akhirnya kami berkahwin juga.
Sepanjang tempoh perkahwinan, banyak kali aku minta dia bayar semula hutang aku tapi ada je alasan dia. Katanya nak kumpul semua dan bagi sekaligus. Aku dah suruh bayar sikit2 kalau tak mampu tapi dia masih degil nak bayar ‘lumpsum’
Sedar-sedar dah hampir 5 tahun kami berkahwin tapi masih tak dibayar hutangnya walaupun RM100. Rezeki anak pun masih tiada lagi. Bukan hutang je tak dibayar, tapi nafkah pun selalu culas.
Tak tahulah apa masalah suami aku ni, nafkah selalu culas, barang-barang dapur selalu isteri yang beli, bil elektrik & air selalu tak dibayar sebab alasan nak bayar sekaligus. Wallahua’lam.
Tipulah kalau tak de gaduh. Suami isteri merajuk tu perkara biasa tapi tak bagi kami. Kalau bergaduh ada je keluar makian & kadang tampar atau tolak menolak. Lebam kat tangan atau badan tu bagi aku macam tak de rasa apa dah.
Hati aku kosong tapi aku lebih takutkan seksaan api neraka. Minta cerai tu benda yang selalu aku lafaz dari mulut aku walaupun aku tahu betapa malunya status janda 1 hari nanti dan berdosanya bila bercerai.
Makin lama aku perasan perubahan diri aku ni yang jadi cepat pemarah dan dendam dan akan cepat membenci bila ada ahli keluarga dia yang buat masalah atau tak jaga mulut.
Ada satu hari tu, suami aku tiba2 down lagi. Dia tak de transport untuk ulang alik kerja. Dan aku bantu suami aku untuk beli motor. Aku percayakan dia supaya sentiasa janji untuk bayar motor tu setiap bulan.
Entahlah. Berat ujian yang Allah beri pada aku. Sudahlah diuji tiada rezeki zuriat. UPT tak permah sekalipun positif. Dan Allah uji aku lagi dengan ujian seorang SUAMI.
Tiap bulan suami selalu culas bayar duit motor. Jadi siapa yang bayar kalau bukan isteri yang masih bekerja ni?
Bila diminta duit bayar motor mesti akan jawab “nanti ye” dan kejadiannya nama aku lah yang membayar motor untuk tempoh 3 bulan berturut. Hutang tak dibayar dan motor pun tak dibayar? Apatah lagi nafkah bulanan ?
Aku tak tahu apa silap dan mana silapnya. Bukan suami aku tak bekerja. Dia kerja sendiri. Tiap hari pergi kerja tapi aku tak nampak hasil duit yang dia pegang. Selalu aku nampak dia hanya pegang duit tak sampai RM100.
Aku dah tegur banyak kali. Ubah kerja, ubah cara kerja dan cari kerja lain. Tapi dia masih nak kerja dengan ayahnya. Aku pernah tanya kenapa aku tak pernah nampak hasil gaji dia tak sampai RM1000? Tapi dia senyap. Dan selalu kata duit lebih masuk ke duit company.
Tapi aku selalu tegur “kenapa masuk duit company sedangkan tu duit gaji sendiri? Nak bantu mak ayah tak de masalah tapi jangan abaikan nafkah & hutang isteri”
Macam biasa mesti akan bergaduh, masing-masing membisu 2 3 hari, buat hal masing-masing. Kemudian bila ada rasa keinsafan dalam hati, kami akan berbaik semula.
Dan bila teringat apa yang jadi aku yang akan mulakan pergaduhan bermasam muka dulu. Sebab apa? Sebab aku cuma nak tuntut hak aku. Aku cuma nak duit hutang yang suami guna. Sebab aku rasa terbeban. Sebab aku rasa penat.
Pernah satu tahap aku balik rumah, bila tengok rumah sepah terus aku fikir “ tak boleh ke suami cuba tolong isteri untuk kemas rumah?”
Dan paling teruk bila aku dah terlalu stress, aku akan sakitkan tangan aku dengan tumbuk dinding atau marah kucing aku. Dan aku selalu cuba nak cederakan diri untuk lupakan segala masalah yang datang.
Apa gunanya ada suami kalau semua isteri yang buat? Apa gunanya hidup berdua tapi seolah hidup berseorangan? Cukup penat jadi seorang isteri yang suami tak mampu bagi semua & selalu membebankan isterinya. Sangat penat..
Ye aku tahu. Kalau betul kami berpisah mesti suami aku yang akan jadi paling ‘malang’ sebab 100% aku yakin, “kalau betul kami berpisah mesti suami aku akan disisihkan dari keluarganya & suami aku akan jadi orang tak waras”
Cuma aku buntu. Bila suami aku akan berubah? Aku pernah tegur kalau nafkah tak bagi, hutang pun masih tak bayar, cubalah ajak isteri solat sama2. Jangan solat sorang2.
Tapi teguran tu cuma sekadar dengar tapi tetap takkan dibuat. Tipulah kalau aku tak sedih.
Sebab tu aku selalu fikir, aku ada suami ke? Apa motif sebenar kami berkahwin??
Apa tujuan sebenar ciptanya rumahtangga???
Angan-angan aku nak jadi bidadari syurga secantik Ainul Mardiah. Nak jadi seorang wanita yang sentiasa taat pada suami sehingga dicemburui bidadari syurga. Nak duduk disyurga yang kekal abadi. Umpama lenyap sekelip mata.
Nak gapai pintu syurga tu memang tak mudah. Tapi cukuplah kalau suami tak mampu beri nafkah sekalipun tapi dia dah beri didikan agama sedikit pun dah boleh menyejukkan hati isteri.
Allah.. aku tak tahu dugaan apa yang Engkau beri. Apa dosa aku? Apa salah aku?
Diuji tiada anak, diuji dengan suami yang selalu culas nafkah, diuji suami yang hutang dengan isterinya, diuji dengan keluarga suami, diuji dengan orang sekeliling. Diuji dengan tipuan kawan-kawan.
Aku tahu masih ada orang yang mungkin senasib dengan aku atau ada yang jauh lebih hebat diuji rumahtangga mereka. Entahlah…
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sebab tu Allah tak bagi u rezeki anak. sebab kalau ada anak, segala perbelanjaan akan terbeban dekat bahu u. Allah tahu bila masa yg sesuai untuk bagi rezeki anak tu. gerak lah dik sebelum terlanbat. jangan seksa diri sendiri.
Isteri ada hak dan wajib tuntut hak ister; nafkah, tempat tinggal, perubatan dan sebagainya, cuba laporkan ke pihak Jabatan agama untuk dapatkan kaunseling, sekiranya tiada perubahan, terserah kpd puan untuk tuntut fasakh
Penatnya…. Letihnya….. Itu yg pernah Angah alami suatu ketika dulu. Kes suami culas nafkah, culas bayar hutang isteri & culas jg bayar hutang bank begitu menekan jiwa raga isteri2 yg diperlakukn begitu oleh suami masing2. Sabar saja bkn jln penyelesaian terbaik. Adukan saja pd ibu bapa mertua, ibu bapa sendiri ttg masalah suami. Klau mampu, terus ke pejabat agama minta solusi yg paling tepat. Lagu masing2 nyanyian Ernie Zakri sesuai utk kita yg suami culas tgjawab. Aku pun letih juga, lebih baik kita masing2….. Luka di hati dlm harungi karenah rmhtangga bkn dicurangi saja, ada byk faktor buat kita sbg isteri jd letih, sgt letih mental & fizikal.