Nafkah, Keperluan Dan Keinginan

Haii gaisss assalamualaikum.. Saya Makcik Kenchana bukan nama sebenar. Saya surirumah. Dah berapa hari ni dok terfikirkan masalah orang makcik sangat bersimpati dan rasa macam nak menangis. Makcik tak pandai susun ayat sangat sorryla kalau pening baca.

Sekarang tengah panas bab nafkah tu la makcik nak citer sikit pasal makcik ni.. makcik & suami da dekat 20 tahun kahwin. Makcik masa kahwin tu belajar lagi. Suami pulak baru kerja dapat la dia permulaan gaji RM1800 masa tu. Takde pikir apa. kahwin jelah. Dah la tak pandai masak, haha.

Suami makcik ada motor je masa tu jadinya bila dah mengandung, arwah abah makcik bagi kami pinjam kereta. Suami makcik ni jenis dia tanya nak makan apa, nak beli tak apa2 keperluan macam barang2 toiletries ke yang asas2.

Kalau makcik nak apa2 yang extra macam skincare ke suppliment ke kita cakap la kat dia kan. Kalau dia ada duit memang dia bagi la. Tapi pesen laki makcik ni jangan la merengek2 nak apa2 masa dia tengah takde duit nanti dia stresss…

Semakin lama gaji suami makin meningkat jadi 3k, 7k dan yang paling latest aritu dekat 20k. Suami ni keje berenti2 sebab dia keje based contract.

Bila dia takde keje kita tau la kan jangan mintak berlebih2. Kurangkan makan kat luar, kurangkan pegi jalan2 gitu. Kalau sesak sangat kita gadai jela apa yang ada. Yang penting jangan pinjam2 bank ke along ke pinjam orang ke. Elakkan selagi boleh. Susah senang sama2 gituww..

Bab nafkah memang dia takde akad apa pon tiap2 bulan cakap ni nafkah awak dan asingkan dengan duit belanja takde camtu. Mula tolak2 duit apa yang nak kena bayar tiap2 bulan macam rumah, kereta, bil2 utiliti dan duit belanja & yuran anak sekolah.

Nanti dia tanya la mama nak beli apa bulan ni. Nanti makcik pon cakap la nak beli apa pungpang2 semua tapi takde la semua dapat. Kena tapis2 juga yang dia rasa tak patut makcik beli. Makcik ok jerr..

Yang makcik ingat dulu2 masa anak2 kecik makcik dapat duit belanja RM1.5k sebulan. Duit makan, petrol dan apa2 la makcik & anak2 nak beli. Pastu seiring dengan kenaikan gaji suami makcik nak la jugak lebih kan.

Mula2 suami macam berat tapi makcik cakap dulu tu u dah kerja kat company tu 8 tahun gaji 3k u sakit hati jugak kan nak blah carik keje lain. Sama jugak macam i surirumah takkan la takat tu tak berubah2 duit u bagi i.

Dah dekat 20 tahun i jadi surirumah ke u nak i pencen ke tukar keje tempat lain. Padahal makcik sedar dengan umur camni degree makcik dah tak laku dah mana la aku nak carik keje huhuhu..

Tapi alhamdulillah lepas tu suami faham dan naikkan elaun makcik jadi 6k sebagai surirumah yang mendukung sepenuhnyan kebebasan kerjaya suami di luar. Makcik memang takde kacau keje dia. Makcik kacau gaji dia je haha..

Suami makcik memang disuruh berehat 100% kalau balik rumah takde buat keje apa makcik suruh dia tido, tanya dia nak makan apa nak masakkan apa, ke nak makan kat luar je ke..

Nasihat makcik untuk para isteri walaupun awak bekerja ada duit lagi banyak dari suami. Kena mintak la nafkah dan keperluan asas2 tu. Jangan harap suami faham camtu je.

Sebab ramai lelaki yang jenis dia fikir sehala tak pandai belok2. Dia macam kayu papan lurus tu tegak je kan. Dia tak pandai fikir macam isteri. Dia ingat isteri diam dia rasa ohhh semuanya ok, isteri bahagia padahal isteri memendam rasa sedih, rasa macam tak dipeduli tak diendahkan.

Kesian sebenarnya kat laki kalau dia tak bagi nafkah nanti kena persoalkan dalam kubur. Kesian kan?? So mintak la nafkah awak dah anak2 ya..

Kalau nak duit raya pon cakap. abang tahun ni nak bagi saya duit raya berapa… Ke abang nak belikan saya emas..ahakkkss. Percayalah wahai para isteri, kita kalau cakap baik2 dengan suami mesti suami pon baik2 je dengan kita.

Kita ni sebagai orang Islam kita paling beruntung sebab boleh doakan suami kita, boleh minta dengan Allah apa sahaja. Doa la supaya suami kita jadi seorang yang pemurah kat kita. Doa supaya kita ni jadi isteri solehah yang menyenangkan hati suami.

Yang utama kita nak bahagia kita kena dulu jaga hubungan kita dengan Allah. Sebab Allah yang pegang hati kita dan suami kita. Kita jaga lah solat, selalu mengaji dan rajin2 lah berdoa di satu pertiga malam.

Kita semua tak sempurna. Didikan dari rumah semua lain2. Semoga kita dapat jadi lebih baik dari masa ke semasa sehingga akhir hayat. Last sekali, siapa yang patut perabih duit laki kalau bukan isteri ye takkk ;p jangan marah ehh orang laki. Peace..

– Makcik Kenchana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Kenapa balik2 perempuan / isteri je kena doakan lelaki/suami tidak pula berdoa untuk perempuan / isteri? Pergi mana2 balik2 kias perempuan. Ceramah takzirah pun guna perempuan. Kotor sangat ke perempuan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *