Hi semua! Nama aku Rose, aku dah berkahwin lebih 5 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan umur 3 tahun. Aku cuma nak pendapat saja.
Tahun lepas aku ambil keputusan untuk berhenti kerja sebab aku terlalu stress dan selepas bincang dengan suami aku,
Dia bersetuju, tapi sebelum aku berhenti aku ada tanya tentang nafkah kerana sebelum ini barang rumah, bill-bill dan barang anak semua suami aku tanggung termasuk insurans anak..
Jadi aku yang aku perlu bayar adalah hutang atas nama aku sendiri iaitu ASB, PTPTN dan insurans, jadi jika aku kira dalam RM2K juga diperlukan untuk membayar semua tu..
Jadi bila aku tanya suami aku tentang hal ini, dia kata dia akan bagi jumlah tersebut dan aku pun berhenti kerja dan jaga anak saja.
Pada mulanya aku happy ja tak perlu kerja dan hanya perlu jaga makan minum anak dan suami sahaja.
Namun masuk bulan kedua suami aku tidak dapat berikan jumlah yang aku minta,
Dan bila aku tanya mana duit yang dijanjikan dia, kemudian dia kata lepas bayar komitmen semua tinggal RM500 saja, itu pun dia masukkan RM450 dalam bank aku jadi tinggal RM50 saja padanya.
Aku agak marah pada suami aku kerana sebelum berhenti kerja dia sudah berjanji untuk berikan RM2K setiap bulan.
Kekadang aku kesian juga pada dia sekarang ini, dia sudah buat 3 kerja 1 full time 2 lagi part time tapi bila teringat janji dia, aku jadi lagi marah..
Dan aku bertambah marah bila dia nak beri mak dia duit sebab mak mentua aku nak pergi umrah..
Jadi aku rasa macam tak adil nak bagi isteri nafkah yang sempurna pun susah ini kan nak bagi duit pada mak mentua pulak.
Sebelum ini kalau suami aku nak pergi kerja aku ada buat bekal sebab duit gaji semua dah bagi pada aku..
Tapi disebabkan rasa marah yang tak dapat ditahan aku berhenti bagi dia bekal.
Pernah dia kejut aku pagi-pagi jika aku ada masak untuk dia bawa bekal tapi aku buat-buat tidur sahaja. Geram fikirkan.
– ROSE (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis, perkahwinan ni tak selalunya 50-50. Ada hari 70-30, ada hari 80-20, kalau semua nak salahkan suami memang susah walaupun suami dah buat 3 kerja.
Rose, jangan macam tu… tergamak biarkan suami pergi kerja tanpa bekal sedangkan tahu betapa suami tu berusaha sampai 3 kerja. Bila masakkan bekal, bukankah boleh jimat dah belanja suami? Tentang pemberian duit untuk mak mertua pergi umrah – sekali sahaja kan? Berapa banyakpun yang suami boleh bagi untuk mak yang melahirkan dia ke dunia ni? Berapa banyak masa pun yang suami ada untuk berbakti kepada maknya … suami Rose sangat baik – jangan beratkan dia dengan perkara yang boleh dibawa berbincang.
Rose boleh usaha cari duit dengan bekerja sendiri dari rumah, tiada stress dgn majikan dan pegang duit sendiri.
Berkiranya la…kerja x nak, hutang sendiri suruh suami bayar. Kadang2 hidup ni x tentu, kita plan lain, yang jadi lain. Awak dulu pun plan nak jadi career woman, last2 jadi surirumah kan…
Ptptn, asb & insurance sahaja dah RM2k. Maybe boleh downgrade/restructure/terminate apa yang patut. Kena cepat buat sebab makin lama makin tinggi tunggakkan, lagi haru.
Elok awak cari kerja lah kalau suami pun takdan duit nak survive.
Suami sis dah Cuba cukupkan nafkah keluargaku dengan buat 3 kerja. Bila Masak kan bekal boleh jimat kan belanja bulanan. Hidup sekarang ni keras. Cuba restructure or terminate apa yang patut. Sis pun boleh Cuba buat part time untuk tambah income. Tak de kerja yang tak stress duk rumah duit xcukup pun stress
dah benti kerja tu…asb tu boleh tutp..ptptn boleh mintak kurang lagi..insurance pon boleh rendahkan lagi..2k tu tinggi juga nilainye…suami dah terbeban kerja..terbebabn pulak nk fikir masalh isteri…padahal dia yg berhenti kerja sebab stress…mungkin kamu yg xpandai handle stress…bnda sikit pon dah sampai suami kena berlapar..
Komitmen sendiri.. bayar sendiri la sister. Yg kau p sesah laki kau jgk nak bayarkan tu dah kenapa? Sendiri yg tak nak kerja sebab tak tahan stress lepas tu nak stress pulak sbb tak cukup nafkah kewangan? Kau paham ke tak maksud nafkah tu apa? Suami tu balun 3 kerja kot. Kau 1 kerja pun dah stress. Penat stress suami tu kau pernah fikir tak? Mana empati kau?
Sampai satu masa rosaknya lelaki kerana perlu menanggung beban yang dia tidak tertanggung.
Semoga lelaki itu mendapat lindungan Allah
haihhh nak dapat suami baik, perangai bini pulak macam malaun.