Nafkah Yang Menyusahkan

Assalamu’alaikum semua. Saya baca ramai betul species macam saya buat confession di sini. Jenis sayang sangat laki, tak berkira duit, sukarela tanggung family, lepas tu sesal, kesal…

Ok saya sambung cerita kita semua yang senasib. Ini adalah versi apa yang terjadi kepada saya..

Selepas 12 tahun keadaan begitu, saya hilang keikhlasan & kesanggupan. Saya jumpa peguam syarie minta nasihat, dapat 15 minit sahaja, kalau nak lanjut kena bayar untuk buka file.

So saya terus ke Pejabat Agama, kemudian panjat Mahkamah Syariah. Saya buat aduan suami tak beri nafkah.

Saya tulis dalam borang, saya mohon suami tunaikan tanggungjawab. Kalau dia tak berminat, lepaskan. Suami tak nak berpisah dan janji akan berubah.

Maka saya mula dapat elaun bulanan 2 ribu. Kalau ikut ilmu Matematik, dia untung sangat2 sebab modal RM2,000 dapat bini to serve your needs & everything else is provided and taken care of… Hmm…

Di pihak saya, kalau ikut subjek akaun, transaksi tu nampak merugikan.

Kami 6 beranak, rumah landed di pinggir bandar, kereta selesa. Anak semua bersekolah (tadika + primary) & sedang membesar.

Makan, pakai, minyak, tol & segala bil wajib & belanja rumahtangga, education & serba serbi, sah2 total bulanan berkali ganda daripada elaun tu.

Saya bukan tamak & jahil hukum, tapi saya tahu dia mampu beri lebih daripada tu. Namun saya cuba sabar, saya beritahu itu semua kira-kira di dunia.

Saya psiko diri saya better late than never nak merasa duit laki. Saya tell myself 2K is better than nothing.

Ok selesai brainwash otak sendiri & dah set minda itulah rezeki yang ditetapkan, datang pulak cabaran baru.

Selepas beberapa bulan suami bagi elaun, sikap dia pun mula lain. Jadi banyak cekadak dan berlagak.

Dia dah mula pandai komen masakan, dulu bedal belaka. Pinggan & gelas selalu tinggal je di meja makan padahal dulu boleh basuh sendiri.

Dia pertikai keputusan saya berbelanja (walau duit saya) padahal dulu saya berdikari terutama when it comes to money.

Bab pakaian, dapur, cara urus rumahtangga, mana saya nak pergi, dsb diperhati & reaksi dia membuatkan kita sakit hati. Saya biasa buat atau gerak ikut suka hati sebab dia tak peduli tapi tiba2 dia asyik nak jadi juri.

Komitmen wajib 6K sebulan average, nak ketepi savings lagi, bercuti lagi, sakit pening, anak naik sekolah, raya, road tax insurance.. dan lagi dan lagi. Anggap lah 8K monthly & hampir 100K annually.

Sumbang 24K setahun, suku daripada whole budget, terus rasa mcm raja? Suddenly saya terfikir adakah lelaki ini rasa besar sangat duit dia bagi tu. As if doing the wife a favor. Itu kan kewajiban?

Saya sedang kumpul kekuatan untuk meneruskan rumahtangga ini atau pergi semula ke Mahkamah sahaja. Maybe ada yang rasa masalah ni biasa, tapi sebenarnya berselirat cuma saya yang tak cerita detail.

Dulu saya redho sebab sebelum kahwin pun saya tau dia org susah perlu tolong keluarga. Tapi bila adik2 semua dah grad or mula kerja, heran apa lagi yang dia tanggung kat sana.

One day saya dapat tahu daripada adik ipar mereka selalu kumpul duit untuk parents. Ada yang buat standing instruction, tiap bulan dah potong gaji bagi elaun kepada parent.

So apa yang suami buat dengan duit dia? Labur atau lebur sana sini?

Buat modal business yang tak menjadi lepas tu sorok daripada bini? Saya tak rasa dia ada skandal sebab dia ada je kat rumah lps kerja tiap hari.

Entahlah… Dulu nak benar rasa duit laki. Bila dah dapat, kena hadap pulak perangai pelik & kerenah lain.

Terus terang, memang geram dia lepas tangan tapi dulu sekadar sakit jiwa hal dia tak bagi duit saje, tapi otak tenang, dada lapang dia tak ganggu kehidupan saya.

Sekarang ni dapat bukan banyak mana, saya masih kena keluar duit & bukan sikit, tapi diiringi dengan hati sakit dek pe’el dia, rasa rimas buat apa serba tak kena. Kadang2 rasa aku ni tak baik ke, tak bersyukur ke.

Di hening pagi inilah yang saya tanya kepada Tuhan… apa solusinya.. tunjukkan lah saya jalan.

I wonder ada ke orang yang pernah alami seperti ni… jadi saya tulis juga di sini, dengan harapan tersiar & dapat panduan. Nak tahu jika ada yang boleh kongsi bagaimana mereka hadapi situation ini.

– Cindai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *