Nafsu Berhias Bermekap

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sebelum mulakan bebelan aku ni, izinkan aku intro sikit. Aku akan bahasakan diri sebagai ‘aku’ la ye, bukan student iium tapi pernah kesana beberapa kali, umur 24, sedang mencari kerja dan seorang perempuan.

Berdasarkan tajuk, mesti korang dah boleh teka apa yang aku nak cakap. Ya, tentunya pasal perempuan jugak. Dah tajuknya makeup, mesti la perempuan kannn…

Perempuan ngan make up ni ibarat kawan. Setiap perempuan nak cantik, comel dan meletop kebabomm… Cuma bukan semua yang tahu mengawal NAFSU BERHIAS ni. Kerana itu lah timbul fahaman yang salah untuk kelihatan cantik. Mula lah mengecat wajah untuk kelihatan lawa. Hasilnya, memang cantik, lawa dan gebu. Tapi, bersyariatkah cara kita untuk kelihatan cantik tu?

Sekarang kalau bukak insta/fb memang berlambak lah gegurl yang tayang body beserta makeup yang empat kilo tu. Maka berduyun laa yang kagum dengan kejelitaan insta femes dan memuji kecomelan mereka. Tapi tak kurang jugak yang bash mereka. Kalau tengok komen akan ada la (especially lelaki) yang cakap:
‘alaa, kalau buang mekap ni mst sama ngan nenek aku je’
‘Kalau tampar pipi dia ni, confirm berdebu 1 Malaysia’
‘Monyet pon kalau makeup tebal akan nampak lawa jugak’

Dan banyak lagi la ayat2 yang lebih kurang macam tu. Well, memang komen sebegitu agak kurang ajar dan melebih-lebih sebenarnya tapi kali ni aku bukan nk cerita pasal tu. Yang aku nak membebel hari ni ialah pasal makhluk2 yang muncul untuk back up mereka2 yang bermakeup sebegitu.
‘Suka hati dia la, dia beli barang mekap bukan guna duit korang’
‘Well, kami make up tebal2 bukan untuk nampak cantik di mata korang, kami cuma nak lebih confident’
‘Lelaki cakap je tak suka perempuan pakai make up, tapi dalam diam duk stalk iG kami’

Dan banyak lagi la ayat2 untuk menangkan ‘hak’ mereka untuk cat muka mereka sebegitu.
Dan lagi, semestinya yg backup tu kebanyakkannya gegirlss jugak

Aku bukan berniat nak bash, cuma aku rasa nak perbertulkan mindset orang yang mungkin tersasar dari garisan yang Islam dah ajar. Islam tak kata haram untuk makeup, tapi mestilah berpada2. Kalau dah pakai bulu mata(jelas2 haram), lipstik merah menyala dan eyeshadow blink2 bimbang jatuh kepada tabarruj. Apa tu tabarruj? Secara ringkasnya tabarruj ni macam melebih2 dalam berhias. Untuk lebih jelas, mohon google atau tanya mereka yang berkenaan ok.

Jadi, kalau tengok mereka atau kawan kita dah berlebihan dalam berhias, ingat la ye… Jangan duk sokong pulak. Nak lebih baik, cuba nasihat slow2. Tapi kalau tak mampu, duk diam2. Tak payah nak backup sangat, nanti si dia akan lebih seronok nak tampal makeup.

Jadi, untuk mereka yang gila makeup, tolong beware dengan garis panduan yang Islam telah tetapkan. Tolong ambik tahu apa yang HARAM dan apa yang HARUS. Tiap kali kalau rasa bernafsu nak make up lebih2 tu, tanya diri sendiri, nak puaskan hati kita atau nak Allah redha?

Untuk mereka yang selalu bash dengan ayat yang tak bertamadun tu, tolong kawal NAFSU MENGATA. Luka takkan sembuh kalau kita sapu najis, tapi kena sapu ubat.

Untuk mereka yang suka backup insan2 yang bermakeup tanpa syariah, KAWAL DIRI ya. Kita semua sukakan benda cantik, malah aku pon akui yang makeup tebal2 ni cantik, tapi tak bermaksud kita boleh halalkan semua tu. Tak payah nak buang masa taksub/gaduh kat komen insta femes kesayangan korang pasal ni. You are smart. Jangan sesekali tegakkan benang yang basah.

Point ni mungkin nampak kecik dan remeh. Yela,hal make up je pon. Tapi itu lah ISLAM. Benda kecik pon perlu dititik beratkan. Maaf kalau ada yang terguris dengan tulisan aku ni. Sungguh, diri kerdil ini hanya nak bagi peringatkan untuk kita bersama.

With love,
MELUR BIRU

– MELUR BIRU

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit