Nafsu Isteri

Assalamualaikum semua.. Saya wanita sudah berkahwin 7 tahun anak 3.. 

Terima kasih admin siarkan luahan saya.. Minta maaf sebab saya tak pandai karang ayat.. Saya pon tak tahu nak tanya macam mana sebenarnya nya.. Maaf juga soalan sensitif, dan mungkin dianggap tak sopan.. Yang dah kahwin boleh la baca.. 

Saya nak tanya, normal ke seorang isteri yang mahukan ‘bersama’ setiap hari? Adakah saya dikatakan nafsu berahi kuat?

Saya sebelum ni boleh dikatakan setiap hari dapat, paling lama pon 4 hari, tapi sejak tahun ni suami makin kurang hari bersama tu.. Sehingga seminggu sekali, ada sekali tu 2 minggu sekali..

Memandangkan sebelum ni saya dapat selalu, bila jadi macam ni saya jadi badmood tak bertegur sapa dengan suami, muka masam, layan suami tak ikhlas..

Saya pon tak tahu kenapa jadi macam ni, spontan sebab terasa hati dengan suami, macam suami tak faham saya.. Saya pon tak suka keadaan ni terjadi.. Dah cuba alihkan fikiran macam2, fikir positif, pon terjadi juga.. 

Dulu mula2 terjadi macam tu, suami bertanya juga kenapa badmood tiba2, dia tak de salah apa2, bila kerap saya buat macam tu, kadang suami marah..

Saya mula terfikir suami ni tak bernafsu dengan saya ke? Saya dah tak sehebat dulu ke? Suami letih ke? Macam2 fikiran negatif bermain di minda..

Mula nya saya diam je, yela bab ni malu juga nak terus terang biarpun suami sendiri, tapi bila kerap terjadi macam ni saya terus terang la saya ni nak sekian2, beritahu limit maximum berapa hari.. Lepas pada tu berubah sekejap, kadang terjadi lagi.. 

Oh ye, maaf cakap, saya hidup bermadu.. Hal ni semua baik2 sahaja antara kami madu2.. Suami adil, bertanggungjawab alhamdulillah.. 

Sebelum ni madu sakit, sakit saraf tak boleh buat kerja, berdiri lama2 dan ada penyakit tersendiri..

Sebelum ni banyak cara dah usaha berubat, tahun lepas madu berubat cara hospital, makan ubat macam2, last ikhtiar sebab tak nak juga makan ubat selalu, tak elok juga ada kesan sampingan nanti.. Alhamdulillah madu makin baik, boleh buat kerja rumah sikit2.. 

Soalan ni bermain2 di fikiran dan benda ni terjadi sejak madu sihat, saya fikir suami jadi macam ni mungkin sebab dia dah dapat sebelah madu, memandangkan sebelum ni madu sakit kan, jadi dia kurang belah saya.. Saya tak kisah hal tu, dah memang isteri kan..

Saya mari terlintas juga, suami berpoligami ni bukan ke dia kena buat persediaan, kuatkan stamina apa2 berkaitan untuk puaskan isteri2 dia ke?

Kalau madu 4, macam mana setiap isteri dapat setiap orang, or ada isteri jenis macam saya? Mungkin ada juga di kalangan madu2 makan hati macam ni juga, saya yang bermadu 2 pon jadi macam ni.. 

Jadi tu la soalan saya, normal ke? Kalau tak normal macam mana saya nak jadikan dia normal? Macam mana saya nak atasi masalah ni kalau terjadi lagi? Nak fikir positif macam mana? Apa lagi yang perlu saya beritahu suami?

Dah dia beristeri ramai kan, mesti dia kena faham hal2 ni.. Dan maaf tanya, suami2 ni normal nafsu dia macam mana sebenarnya? Yang monogami ke poligami ke.. Kalau ada orang berpengalaman disini, boleh beritahu ye.. 

Maaf sekali lagi untuk soalan2 ni.. Harap ada yang komen baik2 dan menjawab soalan ye.. 

Terima kasih bagi yang bagi pendapat.. Assalamualaikum.. 

Yang tertanya2, 

– Wanita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. normal je sis perempuan mcm sis.. saya anak 2 pun nak hari-hari.. ramai je saya kenal perempuan macam sis..
    saya dulu sampai takut saya nie over sgt ke.. sampai suami tuduh saya tak sunat asyik nak je.. geram je time tu nk cubit mulut tu..
    bila tanya kawan saya yang perempuan dieorang pun sama kalau boleh nak hari-hari tapi suami tak mampu.. sebab penat kerja..
    dulu before kawen mesti igt ohh bila bersama mesti berjam-jam sampai tak cukup tido hakikat nya sekejap je. dah tu ramai orang lelaki selalu sebut bersama berjam tu tipu jela.. ke sebab lelaki tu makan ubat kuat.. ke lelaki nie mcm uai cakap lelaki cakap je kuat uhurm.. kenyataan perempuan lagi kuat urhumm.. kadang sampai boleh terpikir laki ku gay ke tapi just bertahan 10-15minit.. tapi based on kajian kata normal laki 10-15minit..
    sekarang dah boleh terima hakikat.. kalau nak pun kene goda lelaki dulu baru dapat.. nk kerap dapat kena tunggu pkp balik.. masa rehat tu banyak…
    kadang suami sampai lari takut kena goda.. siap merayu cakap die penat.. nak cakap makan luar hari2 balik ontime.. hp bersih.. cume kuat game je.. dalam hati kalau suami ku ade hati nak kawen lain harap die sedar isteri yang sedia ada pun tak larat nak layan.. kecian untuk yg akan datang..
    kadang rezeki juga laki tak nak kerap bila kita nak je die layan.. jd xde la penat sgt nk mandi wajib byk kali.

  2. Salam ada makan jamu ke? Kalo ada stop amik jamu tu buat u membuak2 nafsu ….hari2 tak normal kalo dh 7 tahun kawin kalo pengantin baru normal la rasanya pantang sentuh ke awak x puas tak klimaks tu yg nak hari2 lelaki ada yg suka hari2 ada yg sakit badan kalo hari2 dalam islam pon x galakan hari2 bersama petang atau pagi ke malam cuba buat senaman mcm joging brisk walk paling senang solat sunat taubat 2 rakaat zikir rasa mcm teringat je amik wuduk banyak kan mengaji Allah yg buat kita ….kita rujuk balik pada Allah ….

  3. Salam sis, saya x menikah lg. Tp sy belajar ilmu perkahwinan, prsediaan utk menemph rumah tangga nt.

    Sy cuma sarankan sis jgm bermasam muka dgn suami, jgm x tegur suami. Lagi sis terasa, lg sis kena manjakan suami. Suap dia makan, tggu dia dkt pintu bila dia nak smpi. Sntse wangi, cantik on point dpn dia. Senyum.. Ramah. tanya dia nak apa.klu dia diam. Picit dia ke. Bg dia rasa tenang, selesa dkt rumah. Mungkin dia x dpt tu dkt rumah madu sis yg lain? Ketenangan.

    Stp rumah tangga perlu ada role model. Sis pilih la saidatina khadijah.. Figure ni Rasulullah saw x dpt dkt mana² isteri dia sps ibunda khadijah. Sis cuba la.. Insyaallah byk pahala di sisi Allah.

    Saya doakan rumah tangga sis dan apa shj kebaikan dunia akhirat buat sis selalu. Amin.

  4. Salam Puam, normal je. Cuma kalau suami tak mampu PIV (penis in vagina), cuba try cara lain contoh suruh suami gunakan jari dan sebagainya. Jangan hadkan hubungan suami isteri sebagai PIV semata mata.

  5. Nk tnya, mcmne awk kta dlu bole ‘bersama’ hari2, klaw awak bermadu..? Or, maybe waktu siang ke.. xpe lah, cba dptkn nasihat pakar, adakah ‘sihat’ dr segi perubatan atau pon dpd ustaz/ustazah, dari sudut pandangan agama.. selalunya lelaki yg ‘nak’ hari2.., tp ada jugak kes yg sebaliknya.. wallahu a’lam

  6. Biasa laki MMG nak hari2 jika umur 40 kebawah.. klo umur 40 ke atas mungkin seminggu 2 atau 3 kali.. tu pun klo tiada penyakit kronik. Ada jg wanita yg umur 45 keatas yg nak hari2.mungkin hingga monopose baru slow sikit.
    Bagi saya klo isteri nak hari2 ok jer.. minit permainan bergantung pada kemampuan laki tu sendiri ada yg 10- 15 minit Ada jg yg 30 minit tu masa normal sahaja.. ada jg hingga 1 jam tapi tak selalu berlaku bergantung kepada suami isteri tu sendiri..

  7. Selama ni awak amalkan posisi yang mana satu?

    Kalau terbiasa berada di bawah, tukar posisi awak pula di atas. Kalau suami baring di bawah, sampai tertidur pun takpe asalkan awak dapat menikmati sehingga awak rasa puas.

    Saya kalau berkeinginan tapi suami letih, saya di atas je. Lagipun posisi ni je yang pihak isteri akan capai kepuasan maksima dan lepas tu baru suami akan stop.

    Semoga membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *