Nafsu Jangan Diraikan

Assalamualaikum semua. Terbaca tentang perarakan LGBT tu.. and I have something in my mind to share.

Mereka semua memperjuangkan hak. Hak apa sebenarnya? Kita tahu tak, dalam hidup ni kita memang ada pilihan. Nak ikut cara yang kita suka. Sebab badan kita, diri kita, jadi kita rasa kita punya hak nak hidup bagaimana sekali pun. Ye lah logik akal memang begitu.. Tapi ia salah.

Nafsu, memang ada.. sebab tu orang yang paling kuat adalah orang yang berjaya mengawal nafsu. Itulah jihad. Jihad bukan pergi berperang saja ya. Jihad yang paling besar adalah jihad melawan nafsu. Dan nafsu lah yang menyebabkan golongan LGBT ini kecundang. Mereka ada rasa naluri yang lain dari yang lain, dan mereka tak cuba lawan. Mereka ikutkan saja nafsu.

Saya bukalah rahsia hidup saya sebagai pengajaran.. saya seorang perempuan, dan dulu saya ada nafsu pada perempuan. Saya pun pelik, sebab saya dibesarkan dengan ajaran Islam, mustahillah saya akan rasa macam tu.. Tapi itulah pekerjaan nafsu dan tentera syaitan.. nak menyesatkan manusia.. tinggal diri kita lah nak melawan atau tidak.

Masa tu dalam diri saya, saya ada rasa suka pada perempuan.. dari sekolah menengah lagi. Tapi, yang melindungi saya dari perbuatan terkutuk tu, adalah Islam tu sendiri. Islam yang mulia. Islam yang menggariskan bahawa menyukai sesama jenis itu perbuatan DOSA. Bermaksud ia salah. Bila salah, kita jangan buat. Jelas kan, ajaran Islam ni.

Sebab tu saya amat berterima kasih pada mak ayah saya yang didik saya dengan agama. Supaya saya tahu apa yang salah, dan apa yang betul. Supaya saya tak berbuat sesuka hati saya.. supaya bila saya tersuka pada perempuan, maka saya berhenti sebab Islam kata ia SALAH.. dan itulah perjuangan saya, melawan nafsu sendiri. Ingat senang ke?

Dah tahu diri suka kaum sejenis, tak payahlah meraikan nafsu tu sebab yang salah tetap salah. Tak perlu mulakan langkah apa2. Macam saya, walaupun ada nafsu itu tapi saya tak pernah nak cuba dekati orang yang saya suka, sebab tahu ia salah.

Tak apa, menangislah sendiri di bilik, sakit, memang sakit nak melawan nafsu sendiri, nafsu memang jahat, lagi kita lawan lagi dia kuat.. tapi tahu tak ini lah yang Allah lihat, pahala jihad melawan nafsu. Ingat, ia tak sia2. Allah akan tolong.. sakit macam mana sekali pun, lawanlah.. kalau gagal, lawan lagi.. dan lagi. Sebab yang salah tetap salah.

Nafsu, jangan diraikan.. jangan diikutkan.. kita kena lawan.. Islam dah beri cara untuk kawal nafsu.. berkawan dengan orang baik2, berkumpul dengan orang baik2 dan bukan sejenis dengan kita.. Islam suruh solat, kita solat. Islam suruh jaga hubungan antara jantina, kita jaga.

Islam suruh berakhlak baik, kita berakhlak baik.. apa yang susah. Islam adalah cara hidup.. Islam bukannya tentang tudung labuh saja. Islam bukannya tentang tutup aurat saja…pakaian cuma satu cabang dalam Islam, tapi Islam yang sebenar adalah satu cara hidup.. Sebagai satu panduan untuk manusia.

Alhamdulillah, saya tak meraikan nafsu songsang itu. Saya lawan ia. Dan Allah gantikan dengan yang lebih baik. Saya dah pun berkahwin dan punya anak. Kini hidup saya normal. Nafsu itu dah berjaya dijinakkan, dan saya menang.

Please, tolong lawan nafsu. Jangan biar, jangan ikut. Yang salah tetap salah. Bila kita degil dan nak lawan Tuhan, maka tunggulah akibatnya.. jangan lupa kaum nabi luth, yang dihukum Tuhan sebab mengikut nafsu.. carilah Tuhan, bila kita hidup bertuhankan Allah, kita akan lebih kuat.

Be strong, Allah ada.

– Hawa

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *