Nafsu Makan

Penulisan ini mengandungi 2,900 lebih perkataan dan mungkin mengambil masa selama 12 minit untuk bacaan lengkap. Di sini saya ingin berkongsi satu pengalaman saya sendiri semasa saya bekerja di sebuah hospital kerajaan yang terletak di utara tanah air.

Sewaktu itu, saya berada di jabatan pembedahan di mana saya ditempatkan di sebuah wad di hospital lama. Wad tersebut menempatkan pesakit yang memerlukan pembedahan minor.

Pesakit saya sewaktu itu berumur 42 tahun, seorang lelaki yang bernama Khairul (bukan nama sebenar) yang baru sahaja dimasukkan ke wad tersebut pada pagi itu. Dia menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan kolesterol nya juga tinggi. BMI nya berada pada tahap obesiti (32).

Untuk tahun itu sahaja, sudah 6 kali dia dimasukkan ke wad perubatan dan pembedahan atas sebab komplikasi penyakit kencing manisnya yang tidak terkawal.

Apabila saya melihat pesakit tersebut buat kali pertama, dia ditemani oleh isterinya sewaktu itu dan dia kelihatan amat lemah dan tidak bermaya.

Saya membuka failnya untuk melihat rekod pembedahannya dan saya mendapati bahawa dia sudah pun menjalani beberapa pembedahan di bawah jabatan ortopedik dan pembedahan untuk beberapa kali sepanjang 15 tahun ke belakang selepas dia didapati menghidapi kencing manis.

Kaki kanannya kudung ke paras lutut manakala kaki kirinya pula tidak mempunyai jari kaki. Pembedahan demi pembedahan tersebut terpaksa dilakukan selepas dia masih gagal mengawal kandungan gula dan mengambil ubat yang diberikan dengan betul.

Kedua-dua belah matanya pun tidak boleh melihat dengan sajalas di samping dengan masalah kronik buah pinggangnya yang gagal pada peringkat 3 (Stage 3 Chronic Renal Failure).

<Fakta Perubatan Mula>

Untuk pengetahuan para pembaca, penyakit kencing manis seringkali menyerang kepada 3 sajanis organ iaitu diabetic retinopathy (bahagian retina pada biji mata), nephropathy (buah pinggang) dan juga neuropathy (bahagian saraf).

Untuk pesakit ini yang mempunyai kencing manis tidak terkawal, selepas beberapa tahun akibat kesan kencing manis itu sendiri (Bukan ubat), selalunya pesakit akan mulai rasa kebas pada bahagian kaki dan tangannya.

Kerosakan saraf pada bahagian kaki dan tangan merupakan satu gejala yang mana dalam terma perubatannya adalah ‘glove and stocking sensory loss’. Hal ini bermaksud, bahagian kaki dan tangan pesakit tidak lagi merasai apa yang mereka pijak mahupun pegang.

Untuk orang yang tidak mempunyai sakit seteruk ini, apabila kita terpijak duri, paku atau apa-apa obsajak yang tajam, kita akan berasa sakit dan hanya setelah obsajak tersebut dikeluarkan, barulah kesakitan itu hilang.

Namun, untuk pesakit kencing manis, mereka hanya membiarkan sahaja kerana mereka gagal mengesan kecederaan pada kaki mereka.

Hal ini, ditambah lagi dengan sistem imuniti yang rendah serta darah pesakit yang mempunyai kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan bakteria masuk ke dalam badan menerusi luka pada bahagian kaki pesakit.

Bakteria ini akan mulai menyebabkan kerosakan pada bahagian tisu seperti otot, tendon, tulang dan lain-lain struktur dan malangnya, pesakit langsung tidak dapat merasainya.

Kebanyakan pesakit akan datang ke hospital bukan kerana mereka berasa sakit pada kaki, sebaliknya kerana demam yang tidak sembuh walhal demam tersebut disebabkan oleh jangkitan yang berlaku pada kaki mereka.

Itulah sebabnya mengapa para doktor sering menasihati pesakit untuk memakai selipar atau kasut di dalam rumah serta memastikan rumah itu terang di samping pemeriksaan kaki oleh pesakit sendiri dilakukan setiap hari.

Juga, disebabkan pada bahagian kulit (luaran) kaki pesakit selalunya tidak kelihatan apa-apa tanda klinikal tentang jangkitan yang dialaminya.

Hanya setelah pembedahan dibuat, barulah doktor boleh tahu betapa jauhnya kerosakan struktur pada kaki pesakit dan disebabkan itulah, kadangkala pakar bedah ortopedik terpaksa memotong kaki pesakit jauh ke atas dalam usaha untuk memastikan kaki pesakit yang rosak itu tidak naik ke bahagian atas seperti paha, kemaluan pesakit dan seterusnya bahagian abdomen pesakit.

Sel-sel yang dijangkiti kuman ini juga akan mati dan membebaskan kandungan garam yang bernama kalium (potassium) dan peningkatan kandungan garam kalium berpotensi mengakibatkan ritma jantung yang tidak tetap.

Ritma jantung yang tidak tetap pula akan mengakibatkan pembentukan darah beku yang bersaiz kecil dan ianya boleh tersumbat pada saluran darah yang terletak di organ-organ pesakit yang lain, mengakibatkan komplikasi kegagalan jantung, serangan angin ahmar dan lain-lain.

<Fakta perubatan tamat>

Khairul masuk ke hospital akibat gejala demam dan tidak dapat tidur. Bacaan gula pada kapilarinya menunjukkan angka 17 mmol/L, tinggi dan amat berbahaya. Apabila saya memulakan pemeriksaan, saya mendapati bahawa sebahagian kulit belakang bahu kanannya itu kelihatan hitam dan bengkak.

Terdapat satu lubang kecil di atasnya dan apabila saya memicitnya setelah saya memakai sarung tangan getah, terkeluar cecair berwarna kekuningan menerusi lubang tersebut dan bau busuk mulai memenuhi ruang tersebut.

Khairul mengatakan bahawa tempat tersebut berasa sakit dan memandangkan beberapa minit kemudian, medical officer (MO) saya sampai, maka, saya terus membawanya untuk berjumpa pesakit tersebut yang baru sahaja dimasukkan pada hari tersebut.

Untuk kencing manisnya yang tidak terkawal, pesakit ini dirujuk kepada doktor perubatan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pelan rawatan daripada mereka.

Bahagian belakangnya itu sebenarnya dijangkiti kuman dan memerlukan pembedahan. Diagnosis yang dibuat adalah carbuncle dan MO saya mengatakan bahawa pembedahan akan dibuat dengan bantuan ubat bius setempat sahaja (Local anaesthetic).

Carbuncle merupakan salah satu jangkitan yang bermula di bahagian kelenjar peluh dan kemudiannya membentuk nanah. Nanah ini akan mulai merebak disebabkan ianya terperangkap di bawah lapisan kulit.

Kuman yang menyebabkan masalah ini pada kebanyakan masa merupakan kuman yang biasa berada di atas lapisan kulit kita (normal flora). Tetapi, apabila terdapat luka kecil pada bahagian kulit pesakit dan ditambah pula dengan sistem imuniti yang lemah, ianya akan mulai merebak dengan pantas dan rawatanya untuk peringkat sebegini adalah menerusi pembedahan.

Selang beberapa ketika, doktor perubatan sampai dan memulakan ubat Khairul yang lama dan tambahan sedikit ubat yang lain. Saya berada bersama doktor tersebut dan dia bertanya kepada Khairul yang ketika itu berseorangan mengenai pemakanannya memandangkan bacaan gulanya sentiasa tinggi walaupun ubat telah pun diberikan.

Khairul berkata bahawa dia menjaga makan dan minumnya, serta mengambil ubat seperti yang disyorkan, namun, tidak sukar untuk kita mengetahui sama ada pesakit bercakap benar atau pun tidak.

Salah satu ujian darah yang bernama HbA1c boleh menunjukkan purata dan kawalan gula pesakit dalam masa 2 hingga 3 bulan. Ini bermaksud pesakit tersebut tidak jujur dalam memberikan jawapan terhadap soalan yang ditanyakan.

Apabila doktor tersebut membuat konfrontasi mengenai mengapakah ujian tersebut menunjukkan bacaan yang tinggi, Khairul hanya menggelengkan kepalanya sambil mengatakan doktor yang tidak memberikan ubat yang betul kepadanya.

Perbualan ini menjadi semakin tegang apabila Khairul langsung tidak mengaku bahaw dia tidak mengikut apa yang dinasihatkan oleh doktor yang merawatnya.

Setelah kedua-dua mereka berbalah, akhirnya doktor perubatan tersebut akur. Dia menulis beberapa pelan tambahan dan meningkatkan lagi frekuensi untuk bacaan gula diambil dan beberapa ubat yang dinaikkan dosnya bagi membolehkan kandungan gulanya terkawal untuk pembedahan.

Saya meneruskan hari saya untuk memeriksa pesakit yang lain serta membuat pembedahan minor seperti A-V fistula.

Sekembalinya saya di wad, saya terlihat Khairul sedang makan. Meja kardiak (Cardiac table) dipenuhi dengan makanan dan dia ditemani oleh isterinya. Saya terlihat mi goreng ayam, teh ais dan setin air Pepsi, kuih-muih serta bubur lambuk di situ, dan Khairul pula sedang makan nasi lemak ayam.

Sambil berlalu di sebelah katil tersebut, saya memberinya satu sajalingan yang amat-amat tajam.

Khairul dengan tidak ada rasa bersalah terus menegur saya sambil melawa saya makanan

“sajamput makan sekali doktor”.

Saya mendiamkan diri dan mengangguk sahaja kepala, tidak mahu mengganggu dia makan seperti tiada hari esok. Saya berjumpa seorang jururawat di situ dan bertanya, berapa bacaan gula yang terbaru untuk dia sebelum dia makan lagi, dan jururawat tersebut menyatakan bacaannya sama sahaja, di antara 15 – 18 mmol/L.

Suhu badannya masih tinggi dan antibiotik yang diberikan menerusi intravena tampak tidak berkesan. Sebenarnya, antibiotik itu bukanlah rawatan utamanya, tetapi lebih kepada sokongan dalam kes sebegini.

Selagi nanah yang berada di belakangnya itu tidak dibuang, selagi itulah gejala demamnya itu tidak akan hilang.

Juga, apabila kuman berada di dalam darah, ianya juga menjadi salah satu punca mengapa bacaan gulanya meningkat dan apa yang dilakukan oleh isteri yang membeli makanan dari luar atas permintaan Khairul langsung tidak membantu, sebaliknya memburukkan lagi masalah kesihatannya.

Setelah saya lihat dia selesai makan, saya terus ke katilnya. Saya memberi nasihat bahawa selagi dia tidak menjaga makannya, selagi itulah dia akan keluar masuk hospital.

Juga, hospital merupakan tempat pesakit, dan dalam keadaan imunitinya yang rendah dan lemah akibat kandungan gulanya yang tinggi, dia dengan mudah mendapat jangkitan daripada pesakit lain. Responnya masih saya ingat sehingga ke saat saya menulis artikel ini iaitu,

“Alah doktor, saya ni dah sakit banyak dah, dan mungkin esok lusa mati, bagi sahajalah saya makan”.

Nope, I don’t buy it. Saya menjawab,

“Ya, mungkin alasan tersebut membuatkan isteri encik Khairul rasa bersimpati, tetapi encik kena ingat, encik ada 3 orang anak, dua daripadanya masih bersekolah rendah. Kalau encik jadi lebih sakit, siapa yang nak jaga anak-anak encik sebab nampak di sini, isteri Encik Khairul saja yang selalu ke sini. Siapa yang jaga anak-anak di rumah?”

Isterinya mengangguk, bersetuju dan menunjukkan sokongan kepada saya, namun pesakit itu tidak mahu mendengar. Isterinya hanya mampu menggelengkan kepalanya setiap kali suaminya itu memesannya untuk membeli makanan luar selain daripada makanan hospital dan kelihatan bahawa dia takut untuk membantah permintaan suaminya itu.

Sakit yang boleh dielakkan dengan cara jangan makan seperti tiada hari esok, itu sahaja yang perlu dia lakukan dan kami, di pihak perawat akan selesaikan masalah kesihatan yang lain.

Namun, segala rujukan kepada jabatan lain, segala ubat-ubatan yang diberikan, masa untuk merawat pesakit, puluhan tiub darah pesakit yang diambil dan perlu diuruskan oleh pekerja makmal di hospital, semuanya akan jadi sia-sia selagi pesakit berdegil.

Apa gunanya kami berhempas pulas membantu pesakit jika pesakit hanya perlu kawal nafsu pemakanan sahaja pun tak boleh.

Juga, mungkin mati itu bermaksud selesai urusannya di dunia ini, tetapi, bagaimana pula dengan orang yang ditinggalkan? Bagaimana pula dengan isteri dan anak-anaknya yang terkontang-kanting perlu mencari rezeki dan bantuan untuk mendapatkan pendidikan dan persekolahan anak-anaknya?.

Saya menunaikan solat di surau hospital tersebut dan berdoa bersungguh-sungguh untuk pesakit saya. Saya inginkan satu pengajaran buat pesakit memandangkan kehilangan anggota tubuh badannya tampak tidak membuatkan dia rasa kesal serta dia seolah-olah hidupnya di dunia ini untuk makan dan bukannya makan untuk hidup.

Dua hari kemudian, bacaan gula Encik Khairul nampak selamat untuk kami membuat pembedahan memandangkan ianya pembedahan kecil (minor).

<Fakta perubatan mula>

Untuk pesakit kencing manis yang mempunyai bacaan gula yang tinggi, ianya tidak selamat untuk dibedah kerana pembedahan juga merupakan satu stres kepada badan pesakit.

Apa-apa yang membuatkan pesakit stres seperti jangkitan kuman, pembedahan, kecederaan dan kesakitan akan berpotensi untuk membuatkan bacaan gula melonjak naik.

Sekiranya bacaan gula menjadi terlalu tinggi, darah pesakit mulai menjadi terlalu pekat kerana gula merupakan satu bahan yang memekatkan darah. Hal ini akan menjadikan organ-organ pesakit mengecut, dan dalam kes sebegini, otak pesakit akan mengecut menyebabkan sawan.

Tambahan, pesakit yang mempunyai bacaan gula terlalu tinggi juga tidak boleh diberikan ubat untuk menurunkan bacaan gula nya secara mendadak.

Hal ini kerana jika darah menjadi cair dengan begitu cepat akibat penurunan kandungan gula yang mendadak dengan bantuan insulin akan mengakibatkan organ-organ pesakit bengkak.

Pembengkakkan otak atau dipanggil cerebral oedema akan menyebabkan kematian dalam masa yang singkat. Justeru, pesakit perlu diberikan ubat secara beransur-ansur dan sekiranya bacaan gula nya normal untuk beberapa kali bacaan, maka, pembedahan boleh dilakukan.

<Fakta perubatan tamat>

Selepas pesakit dihantar ke bilik pembedahan minor, saya mengambil ubat kebas (lignocaine) yang diberikan oleh jururawat bedah (OT Nurse). MO saya mulai memotong bahagian kulit yang berwarna kehitaman itu.

Sememangnya, cecair berwarna kuning berkrim itu mula keluar dan apabila saya membuang nanah tersebut menggunakan tisu, keadaan nampak lebih teruk daripada yang dijangkakan.

Pembedahan incision and drainage (pemotongan dan mengeringkan nanah) tanpa kami sedari menjadi begitu kompleks apabila setiap kali lapisan baru yang dipotong, bahagian bawahnya masih lagi dipenuhi nanah. Kini, ianya bukan sahaja berada di bawah kulit, namun sudah merebak ke otot belakang pesakit tersebut.

Sampai ke satu tempat, sebelum memotong, MO saya bertanya kepada pesakit bahawa adakah dia berasa sakit. Seketika kemudian, dia berkata ya. Dia boleh rasa pedih apabila alat bernama cauterize dalam mode memotong itu disentuh. Saya mengambil lagi ubat kebas setempat dan mula mencucuk di sekeliling bahagian tersebut.

Saya boleh lihat muka MO saya di balik mask yang dipakai bahawa timbul rasa kerisauan kerana jangkitan kuman itu jauh lebih teruk daripada yang disangkakan.

Saya memberikan lagi ubat bius setempat yang mana saya rasa jauh lebih banyak digunakan berbanding beberapa pembedahan yang saya lakukan sebelum ini.

Tiba sahaja satu tempat, kami terkejut apabila pesakit mensajarit kesakitan. Ubat bius setempat itu kelihatan langsung tidak membantu. Setiap kali cautery menyentuh ‘daging’ pesakit yang dipenuhi nanah, pesakit berteriak kesakitan.

“Boss, I think this patient definitely need General Anaesthesia. Shall I inform my colleagues here?”, saya bertanya dan MO saya terus menganggukkan kepala,

Saya meletakkan forceps dan kapas di atas troli pembedahan seketika sambil memanggil jururawat untuk membuat panggilan ke wad supaya rakan saya yang juga seorang house officer hadir seketika di situ.

Setibanya dia di luar dewan bedah, saya meminta bantuannya untuk memberitahu pakar bius tentang masalah yang kami hadapi. Fail pesakit saya tunjukkan kepadanya dan tanpa banyak soal, dia terus duduk di kaunter dewan bedah tersebut dan membuat panggilan telefon.

Sambil itu, saya dan MO tersebut hanya buat sedaya upaya dan berhati-hati agar pesakit tidak berasa terlalu sakit. Dia masih lagi dalam kesakitan sehingga pada satu tahap, dia bertempik kesakitan dan menggelupur sehingga kami terpaksa berhenti sebentar tanpa berbuat apa-apa sementara menunggu dia kembali okay.

Medical officer daripada bahagian bius hadir dan saya terus membentangkan kes pesakit tersebut. Selalunya, jika pembedahan tersebut melibatkan bahagian kaki atau tangan yang diuruskan oleh jabatan ortopedik, bius setempat boleh ditukarkan kepada bius tulang belakang (spinal) atau nerve block.

Namun, pembedahan ini di bahagian belakang pesakit dan seingat saya, tidak ada pilihan lain selain daripada bius setempat dan bius sepenuhnya.

Setelah melihat helaian demi helaian rekod pesakit, doktor bius mengatakan pesakit ini tidak benar-benar ‘fit’ untuk memberi bius penuh. Keadaan jantungnya yang borderline di samping gulanya tak terkawal, masalah perubatan yang lain meningkatkan risiko kematian sekiranya bius penuh diberikan.

Kini, segalanya jadi tunggang terbalik dan dalam keadaan tersebut, MO saya meminta jururawat lain mengambil telefonnya untuk dia merujuk kepada pakar bedah di hospital baru.

Setelah mereka berbicara selama beberapa minit, dia berkata kepada saya bahawa Dato Dr Nik akan hadir ke OT sebentar lagi. Kami memang sudah kehabisan idea tentang apa yang boleh dilakukan.

Keadaan pesakit semasa itu sangat teruk. Walaupun vital signs dia masih normal, namun kesakitan yang dialami itu tidak boleh saya gambarkan.

Kami menunggu selama 25 minit sebelum pakar pembedahan masuk ke dalam dewan bedah. Saya terus membentangkan kes tersebut secepat mungkin kerana pembedahan yang kami jadualkan selama 30 minit ini kini dah menjadi hampir sejam setengah.

Pakar tersebut berkata, mahu tak mahu, kita teruskan sahaja sehabis baik dan bila kita dapat lihat sahaja bahagian tisu yang tidak rosak, kita berhenti di sini dan biarkan luka tersebut terbuka untuk ‘dressing’ setiap hari.

Pesakit juga harus dipindahkan ke wad pembedahan hospital baru seusai sahaja pembedahan tersebut tamat.

Pelan yang dimaksudkan itu nama lainnya adalah ‘secondary suturing’.

Hal ini bermaksud, luka pembedahan tersebut tidak akan dijahit serta merta, sebaliknya dibiarkan sahaja untuk beberapa hari di mana pesakit perlu dibuat dressing di belakangnya setiap hari sehinggalah ianya nampak betul-betul bersih,

Barulah luka tersebut akan dijahit kerana jika kuman masih berada dalam luka tersebut dan jahitan dibuat, maka sia-sia sahajalah pembedahan ini dibuat kerana ianya akan merebak semula.

Sememangnya, itu pelan yang asal dan kehadiran pakar mempercepatkan lagi proses pembedahan tersebut dan pesakit yang mensajarit kesakitan diberikan ubat bius setempat yang agak banyak tetapi tidak overdose.

Setiap mililiter ubat yang diberikan dikira dengan pantas di samping pergerakan pakar bedah tersebut yang mana walaupun dia berusia, namun itulah orang kata pengalaman dan kemahiran seorang pakar yang tiada tolok bandingnya.

Maklumlah puluhan tahun membedah orang, segala salur darah, saraf dan bahagian anatomi yang dibedah itu amat lancar walaupun dengan keadaan pesakit yang tidak mampu untuk tidak bergerak akibat sakit yang amat.

15 minit kemudian, pakar tersebut menghentikan pembedahan. Cukup dulu setakat ini katanya dan dia memberitahu jururawat untuk ‘pack’ luka tersebut terlebih dahulu serta beberapa pelan pembedahan seperti dressing dua kali sehari dan pemindahan pesakit ke wad pembedahan di hospital baru yang lebih lengkap fasilitinya dirancang.

Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana sakitnya pesakit tersebut rasa, namun, jika tidak dibedah, kuman tersebut dan nanahnya akan mulai memamah tubuh pesakit dengan pantas.

Mahu tak mahu, pesakit terpaksa disuruh bertahan dan buat beberapa ketika, terdetik dalam hati saya “mungkin doa aku untuk pesakit ini benar-benar dapat pengajaran mengenai tabiat pemakanannya yang tidak sihat dan berubah selepas ini dimakbulkan”.

Ianya ternyata benar kerana semasa di dalam ambulans semasa saya bersama dengannya untuk ‘escort’ pesakit ke hospital baru, banyak kali dia berkata bahawa dia berjanji akan cuba sedaya upaya untuk melawan nafsu makannya dan tabiat minum air manis setiap kali dia menjamu selera. Dia tidak sanggup untuk berasa sakit sedemikian rupa lagi selepas ini.

Saya tersenyum sahaja dan dalam hati saya, bagaimana sakit sekalipun yang dia rasa, sudah pasti mati itu jauh lebih sakit.

Sementara ada peluang, saya hanya mampu berharap agar pesakit mengubah gaya hidupnya bukan untuk dirinya sahaja, bahkan untuk isteri dan anaknya yang kini mengharapkan pencennya (bersara awal akibat masalah kesihatan) selagi dia masih hidup.

Pesakit tersebut dibenarkan pulang 3 hari kemudian memandangkan bahagian pembedahan-nya itu mulai surut dan nanah pun semakin sedikit.

Dia diarahkan untuk ke klinik kesihatan berdekatan rumahnya setiap hari untuk mencuci (dressing) luka tersebut dan selepas itu, jika luka tersebut sudah pun sembuh, barulah jahitan akan dibuat.

Sebenarnya, ramai orang salah faham apabila seorang doktor memberi teguran keras kepada pesakit mengenai kawalan pemakanan dan ubat-ubatan, mereka sangkakan teguran tersebut tidak patut dan terlalu kasar.

Apa yang cuba disampaikan kepada pesakit dan nasihat yang diberikan bukan untuk doktor, tetapi untuk kesihatan pesakit.

Kesihatan berkait rapat dengan nyawa dan kualiti hidup. Apa guna jika nyawa panjang, tetapi keluar masuk hospital akibat pelbagai sajanis penyakit.

Nafsu makan memang sukar dikawal dan dalam kes ini, saya boleh nampak walaupun pesakit hilang beberapa anggota badannya, dan hospital ibarat rumah keduanya, tetapi masih lagi tidak boleh mengawal nafsu makan.

Tiada apa yang saya boleh harapkan selain daripada pesakit tersebut sedar kesilapannya dan cuba sedaya-upaya untuk kekal sihat. Jika bukan untuk dirinya, lakukan lah untuk kesejahteraan isteri dan anak-anaknya.0

– ILZANNO SHARKY (https://www.facebook.com/drshark88)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *