Nama aku Ana. Aku anak sulong dan lahir dalam keluarga yang sederhana. Ayah aku bekerja sebagai buruh dan mak aku suri rumah.Dari segi pelajaran, aku boleh dikatakan antara pelajar cemerlang.
Di sekolah dan di Universiti, pencapaian aku memang cemerlang. Aku dikenali ramai sebagai pelajar contoh oleh guru2 dan pensyarah.
Hujung tahun 2015, aku mendapat tawaran bekerja di sebuah universiti tempatan. Tidak lama selepas itu, aku dinikahkan dengan seorang Pensyarah lelaki di universiti yang sama .
Usikan kawan-kawan di universiti membuatkan aku pun bersetuju untuk berkahwin dengan pensyarah itu. Selepas berkahwin, aku jarang disentuh dan kalau ex-suami aku mendatangi aku, dia akan kata “Mari sini, aku nak bagi nafkah batin kat kau”. Sebulan boleh kira berapa kali dia bersama dengan aku.
Tubuh badan aku memang sering dikutuk hitam, gemok, kuku buruk. Aku sedih dan rasa tak bahagia apabila aku ternampak message ex-husband aku dengan kawan lelaki dia.
Rupanya ex suami aku “g4y”.Luaran memang nampak alim, mengajar Bahasa Arab, tetapi tiada nafsu dengan perempuan, dan hanya jadikan aku sebagai perisai.
Selepas bersalin anak pertama kami, aku balik ke rumah mak aku dan enggan kembali dengan ex husband aku. Kami pun bercerai setelah tak sampai setahun mahligai kami dibina.
Selepas 3 tahun memegang status janda, akhirnya aku bernikah dengan seorang lelaki bujang.Aku akui aku memerlukan seorang lelaki sebab aku merindui disentuh oleh seorang lelaki yang bergelar suami.
Namun, sejarah hitam perkahwinan aku kembali berulang kembali apabila aku tersilap pilih pasangan hidup lagi. Bulan Ramadhan tahun 2022, kawan kepada mak aku sedang mencari jodoh untuk anak dia.
Aku akui silap, tanpa fikir panjang , selepas sebulan mengenali lelaki tu, aku menerima lelaki itu sebagai suami aku sebab aku ingat “anything can be fix”.
Ramai yang menghalang aku untuk berkahwin termasuk mak aku. Aku pernah bergaduh dengan mak aku disebabkan mak aku menghalangi perkahwinan kami.
Aku tanpa sengaja, menendang perut mak aku dan mak aku menyumpah aku yang aku takkan bahagia dengan lelaki baru yang aku nak kahwin. Tapi, aku teruskan jugak disebabkan nafsu menguasai diri. Aku tak dapat menahan nafsu yang membuak-buak dalam diri.
Di awal perkahwinan kami, kami macam pasangan-pasangan yang baru berkahwin, ada sweet moments. Aku pun baru selesai PHD aku, namun suami aku hanya berkerja sebagai pemandu teksi. Aku pun pelik, kenapa aku boleh terima dia sebagai suami.
Selepas beberapa bulan, suami baru aku ‘kantoi’ apabila aku terbaca whatsapp dia dan rupanya dia ada perempuan simpanan. Dia mengaku dah terlanjur banyak kali dan perempuan tu memang pilihan hati dia tapi terhalang disebabkan mak mentua aku tu tak berkenan dengan perempuan tu.
Suami aku kerap layan “p0rn” dan lebih parah lagi seorang penagih dan pengedar dadah. Aku salahkan mak aku yang menjodohkan aku dengan lelaki tersebut.
Aku beria cakap semua salah keluarga aku tapi aku tahu , kesilapan aku yang terlalu terburu-buru memilih pasangan hidup disebabkan nafsu sendiri. Ada yang cakap aku depression, tapi aku sendiri tak pasti.
Aku buntu apa yang patut aku buat. Semua orang menyuruh aku bercerai namun aku masih sayangkan suami aku dan aku malu untuk bercerai kali kedua.
Aku hilang harga diri apabila suami baru ni pun menghina tubuh badan aku dan sekali lagi aku trauma. Adakah disebabkan aku menendang perut mak aku, aku ditakdirkan sebegini rupa?
– Ana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit