Assalamuaikum pada semua yang membaca confession saya ni. Minta jasa disiarkan untuk memberi motivasi kepada yang yang ingin berubah.
Saya adalah seorang l3sbian. Perasaan suka pada kaum sejenis bermula dari umur saya 9 tahun macam tu. Setiap kali saya tengok perempuan cantik, hati saya mesti berdebar. Masa kecil manalah kita tau apa l3sbian or g4y kan.
Masuk form 1 saya ada minat satu kakak pengawas ni. Nama dia R. Cantik, putih dan paling saya suka senyuman dia. Alahai, indah nya pergi sekolah masa tu.
Masa tu trend kakak angkat adik angkat, so saya beranikan jela diri bagi surat kat dia nak dia jadi kakak angkat. Akhirnya jadilah adik kakak angkat.
Kira kakak tu my very first official girl crush. Masa tu setakat macam tu jela. Sebab saya pun masih naive lagi pasal lesbian2 ni.
Tapi tak lama tu saya kena pindah sekolah kat negeri lain. So kami lost contact. Itulah kali pertama saya deal dengan feeling suka sesama jenis.
Zaman sekolah menengah ni ada juga lah pernah couple dengan kawan girl sekelas tapi setakat macam tu sajalah. Dari segi perwatakan dulu saya agak tomboy tapi bukanlah pengkid. Sekarang ni dah more to feminine.
Masa kat sekolah dulu saya sejenis pendiam, senang cakap introvert. Tak ramai kawan lah tapi ada bff yang masih kekal sampai ke hari ni, Alhamdulillah.
Saya datang dari broken family, parents bercerai. Masa tu rumah bukanlah syurga ku. Lepas habis sekolah, jiwa saya tengah bergelora nak cuba perkara baru.
Saya ada kenal dengan satu girl ni. Kami mulai rapat and kami jadi couple. masa tu lah saya secara fizikal terlibat dengan perkara songsang ni.
Kami sewa dan tinggal serumah. Tak ada siapa larang apa kami buat sebab kami tinggal jauh dari keluarga and i’m not even close to my parents.
Pernah juga kami berdua bincang sampai bila kita nak hidup macam ni. Sempat berubah tapi sekejap je. Kami tak mampu tahan godaan.
Kami in relationship almost 4 years but I left her sebab our relationship become toxic. Pendek cerita, soon after that saya in relationship lagi dengan satu girl ni.
Walaupun saya yang agak nampak tomboy tapi saya tak pernah start to flirt with the girls sebab saya agak pemalu dan pendiam.
Nak kata saya cantik sangat tak lah. Tapi selalu jugalah kena ngorat dengan both gender. Tapi saya tak layan lah sebab saya pun ada taste okay. Jangan takut kalau ada kawan kamu yang cakap dia lesbian, lesbian pun ada taste bukan tangkap muat je.
Saya suka girl yang older than me, mature and serious. Setakat girl cute2 tu saya tak heran sangat. Kalau kat laki tak payah cakap, saya tak ada perasaan langsung.
Kalau tengok laki hensem and kagum tu biasa saja tapi tak adalah tergoda ke apa. Kat perempuan je saya selalu tergoda.
Balik kat cerita girl yang saya in relationship tu. She’s pretty, very pretty and ramai crush. Tapi she likes me, haha. Tua dari saya beberapa tahun.
Everything seems okay at the beginning. Saya tinggal dengan dia. Dia seorang yang kuat jeles dan selalu tuduh saya ada orang lain, walhal mana ada.
Masa saya tinggal dengan dia saya mula berfikir pasal masa depan saya. Fed up nak hadap tuduhan dia yang bukan2. Saya fokus pada kerja saya. Saya rasa dah mula hilang feeling nak teruskan hidup ber couple. Saya rasa better single dan tak payah pening2.
Saya dah mula fikir soal dosa2 saya selama bergelumang dengan kehidupan songsang ni. Saya mula ada rasa berdosa dan tiada nafsu bila dia mau lakukan perkara terlarang tu. Saya ambil keputusan break up dengan dia.
Dia tak boleh terima, dia merayu supaya saya tak tinggalkan dia tapi hati saya sudah nekad. Tipu lah kalau kata senang je break up dengan dia, we’re almost 5 years together kot. But I cope, Alhamdulillah.
Sekarang dah lebih dari 5 tahun saya single dan tidak melibatkan diri dengan mana2 girls. Suka girls tu memang masih menebal dalam diri.
Tapi saya akan cuba sedaya upaya tahan diri dan tundukkan pandangan semampu saya. Ya Allah, perasaan ni memang satu ujian paling berat untuk saya. Orang lain yang tak diuji dengan perasaan suka sesama jenis, janganlah pandang kami hina.
Setiap dari kita diuji Allah dengan lain2 ujian. Allah mungkin uji kamu dengan benda yang ada depan kamu tapi Allah uji kami dengan perkara yang kami tak boleh nampak. Ya Allah, sakit ujian ni. Berjihad melawan nafsu, naluri yang kita kadang tak dapat nak control.
Kadang menangis sendiri menahan godaan yang datang. Saya mulai belajar solat dan belajar agama. Saya masih struggle untuk berubah.
Sekarang saya masih free hair, doakan saya dan kita semua supaya Allah bagi kekuatan untuk menutup aurat. Saya nekad nak berubah supaya dapat tinggalkan dunia lesbian ni.
Saya reda dengan takdir Allah jika saya ada jodoh dengan seorang yang bernama lelaki. Saya reda. Tetapi jika memang tiada jodoh didunia, saya terima qada’ dan qadar Allah.
Bukan semua lelaki sanggup terima kisah silam kita. Apa lagi saya yang masih struggle melawan perasaan suka sesama jenis ni.
Kepada l3sbian dan g4y diluar sana, jangan putus asa untuk berubah. Apa pun alasan kita, benda ni memang salah dan berdosa besar.
Fikirkan lah masa depan kita. Kita hidup tak lama, seronok hanya sekejap. Lepas mati kita kena tempuh alam yang lagi mencabar. Sedarlah dan muhasabah diri. Ujian ni tanda Allah sayang. Allah nak bagi kita pahala sabar yang besar.
Bertahanlah, Allah tak akan sia-siakan pengorbanan yang kita buat. Allah akan balas. Jangan takut untuk melepaskan sebab lambat atau cepat kita semua akan berpisah. Berubahlah demi Allah sebelum nyawa disapa malaikat.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit