Nafsu yang dirangsang

Assalam..

Bnyk pulak post pasal terjebak dgn nafsu akhir2 ni. Rasa mcm nk luahkan jgak pengalaman dan pendapat aku.

Nafsu yang dirangsang ataupun terangsang oleh nafsu.

Aku sendiri masih bergelut melawan nafsu syawat yang melanda jiwa aku ni. Walaupun aku selalu solat berjemaah, dngar kuliah agama kadang-kadang ad jugak solat malam tapi masih lagi ak tergelincir ke lembah hina tu.Setiap kali bila terbaca luahan sesorang pasal terjebak dgn porno dan menda 'tu' aku tak hairan kerana aku akui memang tak senang nk melawan gelora nafsu disaat jiwa kita mula tandus tanpa iman.

Seorang lelaki yang terlihat perempuan cantik dijalanan dan terangsang syahwat kerananya, bgi aku adalah perkara biasa kerana itu lah permulaan ujian tuhan buat hamba. Cuma cara mengendalikan nafsu itu yang berbeza antara org yg kuat dan lemah imannya.

Pornografi dan onani tak dapat dipisahkan. Tipulah seseorang lelaki jika dia cakap yang dia hanya gemar melihat pornografi tetapi tidak ketagihan onani. Kerana memang akhirnya kemuncak syahwat adalah bila nafsu syahwat itu sendiri diselesaikan iaitu dgn onani. Di sinilah berbezanya nafsu yang dirangsang dengan terangsang oleh nafsu.

Org yang terangsang oleh nafsu adalah biasa, kerana memang diciptakan nafsu sbgai ujian bagi manusia. Tapi orang yang sengaja merangsang nafsunya lah adalah orang yang tewas dengan ujian nafsu. Bukan aku tak tahu betapa berdosanya melihat pornografi dan melakukan maksiat tapi kerana lemahnya iman saat itu, yg menyebabkan aku sengaja melayan kehendak nafsu sampai satu tahap, bila tengah tngk pornografi dan kemudian terdengar azan aku berhenti sekejap sambil berfikir betapa brdosanya ap yg aku buat. Tapi kerana sekali kau melayan nafsu, dia tak akan berhenti sampai lah nafsu kau sampai ke tahap kemuncaknya.

Ada org yang terangsang nafsunya tapi dia tak melayan lama nafsu dan fikirannya lama kelamaan nafsu tu akan reda sendiri. Ada org yg bila terangsang nafsunya, dia mula lah mencari-cari dan berfantasi yg akhirnya akan terjebak dgn pornografi dan berakhir dgn onani.

Nasihat buat aku sendiri dan mereka yang senasib aku..

Seteruk mana pun ketagihan kita pada nafsu syahwat, tanam lah dalam diri kita rasa penyesalan dan bertaubat kembali bila tuhan kembalikan iman kita. Yang haram tetap haram. Jangan sesekali meremehkan dosa yang kita lakukan kerana kita cenderung mengulangi dosa-dosa yg kita remehkan. Pelaku maksiat tak mampu khusyuk dalam melakukan ibadah. Jika khusyuk pun hanya sementara dan tak kekal lama.

Aku sendiri tak putus berdoa setiap lepas solat minta dijauhkan sejauhnya dari terjerumus ke lembah maksiat dan zina. Aku harap maksiat yg lepas itu yang terakhir untk diri aku. Aku pn memang dah penat ulang dosa yang sama kemudian menyesal tak kesudahan. Aku sendiri target untuk berjihad lawan nafsu dgn istiqamah perbaiki diri melakukan amal ibadat kerana Allah, kemudian baru nak kahwin. Sebolehnya aku nak berhenti dan elak, untk berterusan buat maksiat dan dalam masa sama merancang untuk berkahwin.Takut nanti walaupun kita dah dapat yang halal kita masih mencari-cari yang haram.

Semoga tuhan jauhkan aku dari mati dalam keadaan aku sedang melakukan maksiat padaNya dan semoga tuhan beri aku kekuatan dan hidayah buat kita untuk melakukan ibadat dan ketaatan padaNya.

-Hamba yang hina

– Hamba yang hina

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *