Naif Dan Bodoh

Saya direct to the point. Saya ada baca pasal luahan pecabulan ke atas pelajar. Saya nak luah kesan akibat kerap kena cabul orang keliling.

Maaf kalau secerita saya lucah. Dan macam pening saya tak reti menulis. Ni saya nak cerita apa saya alami dan kesan selepas kejadian.

Saya perempuan. Lahir zaman 90an. Waktu kecil orang cakap comel. Bagi saya. Saya macam budak biasa yang tau nak seronok dan masa tu masih naif. Anggap semua tu normal.

Saya waktu sekolah rendah dicabul oleh atuk saudara sendiri. Semasa mandi sungai. Orang yang hidup dengan saya dari baby boleh cabul saya.

Sewaktu kejadian saya ingat lagi. Saya tengah seronok-seronok mandi sungai dengan adik beradik saya sekali datang atuk saudara saya angkat saya yang tengah mandi.

Tiba-tiba saya rasa sakit sangat kemaluan saya. Saya pikir ohh atuk nak gurau angkat-angkat. Makin lama makin sakit.

Saya boleh rasa jari dia masuk kemaluan saya. Perit walaupun saya berpakaian. Berseluar baju.

Bila dah tak tahan sakit saya tak mandi dah. Bayangkan sakit dia sampai nak kencing pun sakit.

Dan tu bukan kali pertama dan akhir.

Bila saya dah besar sikit dan faham. Saya tau dia ada saya tak akan mandi sungai dan jarakkan diri. Sebab saya takut kena lagi macam waktu saya kecil.

Sekarang atuk tupun dah tak nampak. Nak jalanpun tak boleh. Umur dah dekat 80tahun.

Orang kedua yang buat saya trauma adalah orang yang bagi saya patut lindung saya pun cabul saya. Orang itu abang kandung saya.

Saya waktu kecil tido campur-campur laki perempuan. Yela orang susah. Bezakan kami katil sahaja tapi bilik sama. Saya ingat lagi dia masukkan jari ke kem***an saya waktu saya tido.

Saya terjaga tapi saya tak mampu nak marah sebab saya takut. Mula-mula saya ingat dia tak sengaja. Tapi bila dah kena kali kedua saya tau dia sengaja. Bertapa bodohnya dan naifnya saya.

Kesan tu. Tiap kali tido saya akan balut selimut macam baby kena balut tu. Sebab takut abg buat bende tu. Nasib baik perbuatan abg tu beberapa kali sahaja. Kesan dari dia buat saya tak rapat dengan dia. Kejadian nie saya sekolah rendah.

Masuk sekolah menengah. Pak cik saya belah mak pulak buat. Time saya tido tengah rumah depan tv. Die boleh datang dan raba pay***ra saya.

Bila terkejut dan mai-mai saya terdengar mak cik saya dan pak cik saya cerita pasal size pay***ra saya cakap kecil tak macam budak sebaya saya. Kenapa diaorang buat saya tak tahu.

Baru-baru nie adik perempuan saya cite pak cik yang sama waktu dia kecik pernah tarik dia masuk bilik dan cuba nak cium dia. Tapi dia sempat lari. Die cakap dia cite dekat mak saya.

Mak saya tak tahu nak buat apa just mampu suruh adik saya jarakkan diri dan jangan berada dekat dengan pak cik saya kalau tiada orang. Mungkin sebab tu adik lelaki mak saya jadi mak saya tak tahu nak buat ape. Yela mak saya datang dari keluarga broken family.

Tu belum lagi kawan adik saya datang raba saya masa saya tido tengah rumah. Saya tido awal tak tahu dia tumpang tido.

Kesan atas perbuatan diaorang buat. Saya jadi rasa ingin tahu dan mencari apa yang saya alami. Hingga saya terjumpa buku cerita s*x abg saya. Saya jadi ingin buat macam ape buku tu tulis. Nasib baik saya just buat sendiri dan tak terumus kearah zina.

Tapi tula perbuatan tu pun salah. Bayangkan bertahun-tahun dicabul saya jadi teringin rasa tu dan bila dah tau nak hentikan susah.

Kesan lain perbuatan mereka saya rasa kena viginimus. Macam tu kut ejaan dia. Saya jadi takut bersama. Or lelaki sentuh. Ia buat saya teringat sakit yang saya alami dan benda tu ganggu batin saya.

Walaupun dah kawen saya hilang nikmat bersama suami. Saya hanya rasa sakit. Awal-awal kawen saya ingat normal. Tapi kalau dah bertahun dah ade anak pun sakit. Saya tahu tu tak normal.

Saya tak suke suami fo**pl*y raba-raba saya. Sebab bende tu buat saya ingat sakit yang saya alami.

Saya pernah buat for*p**y diri sendiri saya tak sakit dan hanya boleh sentuh diri saya tapi bila suami buat saya rasa takut dan sakit walaupun suami buat bende sama saya buat.

Suami saya tak boleh bagi saya rasa seronok sebab yang saya rasa hanya sakit. Walaupun sakit saya jalankan tanggungjawab saya as wife tanpa suami saya tahu sebab tu aib saya. Saya malu.

Walaupun nafsu saya ada kalau boleh hari-hari nak tapi saya sakit tiap kali bersama bantutkan kehendak saya.

Maaf kalau yang baca nie rasa geli cerita saya. If sapa-sapa ade anak perempuan tolong la perhatikan siapa yang dekat dengan anak anda. Saya takut ade anak perempuan macam saya jenis takut meluah dan alami macam saya. Naif macam saya.

Tolong la ajar ape perbuatan salah dan ape perbuatan betul. Dan ajar anak untuk luahkan dan tolong ambil tindakan jauhkan anak tu dari orang yang cuba ambil kesempatan dekat dia.

Tolong jangan normalkan perbuatan cium2 pengang-pengang tempat tak sepatutnya.

Tolong doakan saya hilang rasa sakit nie saya tak sanggup dan saya malu. Saya nak jadi perempuan normal tanpa rasa sakit ni.

– Perempuan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Perit baca kisah hidup Puan. Tak boleh bayangkan trauma dan penderitaan hidup Puan.

    Kami pihak Nurtizen berdoa semoga Puan sembuh daripada trauma dan merasa nikmat hubungan batin bersama dengan suami yang halal. Amin

    Buat jantan tak guna. Gatal ikut nafsu. Kau boleh pergi Jahanam! Kami Nurtizen Doakan kamu jantan jantan gatal penyumbang leweng, perogol dan pencabul hidup menderita setiap saat selagi kamu belum minta maaf, beri pampasan kepada mangsa dalam apa juga cara yang baik dan bertaubat, maka kami Nurtizen mendoakan kamu menderita selamanya!

    Jantan lain ada ja susah miskin cerai berai tapi tak dak pula menggatal pi gunakan perempuan ahli keluarga sendiri, kanak kanak dan perempuan suci untuk lampias nafsu babi tuh!

    Kalau dah memang bernafsu setan mohon cari pelacur dan bayar pelacur. Itu lebih mulia daripada menganiaya darah daging sendiri, cabul perempuan naif dan suci. Lebih mulia orang jahat yang langgan pelacur sebab tak rosakkan perempuan baik.

    Akhir kata. KAMI MANUSIA SELURUH DUNIA MENDOAKAN PENDERITAAN HIDUP BUAT SEMUA MANUSIA JAHAT!!!!!!!!! AMIN

  2. Sakit semasa bersama tu mungkin sebab vaginismus. Boleh beli set dilator untuk rawat vaginismus. Lepas tu beli sekalo pelincir Durex untuk kurangkan rasa sakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *