Naili Tak Suka Bud4k

Kontroversial kan tajuk tu. First sekali, thanks kalau sekiranya admin post confession aku. Aku Naili. Umur dah late twenty, and belum kahwin lagi (of course)

Macam tajuk aku tulis tu, yes! Aku tak suka budak!! Dalam family, aku anak bongsu dari 8 orang adik beradik. Mostly adik beradik aku dah kahwin, and aku dah ada 10 orang anak sedara.

Aku ni sebenarnya nak kata tak suka budak, tak ada lah sampai benci tu. Tapi aku tak reti nak agah-agah budak. Setakat main cak-cak tu boleh la, tapi beberapa minit je.

Bila budak tu dah boring, aku tak tahu nak buat apa. Kalau depan mata aku ada dua orang sorang hulur budak, lagi sorang hulur kucing, 100% aku akan ambil kucing. Ada kena mengena ke dengan trauma aku?

Haha, kelakar kan boleh trauma dengan budak-budak. Kakak aku pernah tanya, kenapa aku macam kurang interaksi dengan anak-anak buah aku. Aku pernah cakap, aku trauma pastu diorang gelak je. Bukan aku tak cuba, aku cuba.

Dulu bila aku agah-agah anak sedara aku yang first masa tu dalam kereta, kakak-kakak aku bahan aku. Dah la dalam kereta tu ada abang ipar aku, malu sangat aku rasa.

Sejak tu aku diam je, and benda tu buat aku jadi lagi kekok dengan budak-budak even dengan anak buah aku sendiri.

Cakap pasal trauma kan, aku cerita pasal zaman kanak-kanak aku dulu. Mak abah aku meninggal sejak aku kecil lagi. So aku dibesarkan adik beradik aku.

Time kakak aku pergi kerja & abang aku pergi sekolah, aku kena duduk rumah jiran aku.

Jiran aku ni ada anak kecil, umurnya muda 3 tahun dari aku. Masa ni aku umur 8 tahun, anak dia aku namakan Jalil umurnya 5 tahun. Jalil ada abang yang berumur belasan tahun waktu tu, Jamal.

Tiap hari, aku akan ikut jiran aku pergi masuk kebun untuk menoreh getah & aku dengan Jalil ditinggalkan dalam kereta. Setiap hari, Jalil yang umur 5 tahun tu akan cakar aku, gigit and pukul aku.

Mesti korang pelik kan macam mana aku yang lagi tua ni boleh diam macam tu je. Aku cuba jugak mengelak, tapi dalam kereta bukan boleh lari pergi mana-mana pun. Aku tetap kena pukul dengan Jalil.

Aku pernah bagitahu jiran aku (mak & kakak Jalil) yang Jalil selalu pukul aku tapi diorang cakap biasa lah budak-budak. Ape la sangat budak-budak pukul.

Tapi masa ni, aku pun masih kecil lagi and kurus kering. Even Jalil budak-budak, sampai lebam and kusut masai jugak rambut aku dia pukul.

Disebabkan warna kulit aku pun hitam manis masa kecil, tak ada sesiapa perasan kesan kenal pukul tu termasuk kakak aku.

Bila aku lawan, lagi teruk Jalil cakar aku. Masa ni pun, aku terhutang budi dengan jiran yang jaga aku sejak mak abah aku tak ada, jadi aku tadah aje setiap hari kena pukul dengan Jalil.

Pernah satu hari, aku datang rumah jiran aku, aku nampak Jamal tengah pijak kepala Jalil sambil ketawa. So, dapat agak kan kenapa Jalil suka pukul aku?

Jiran sebelah rumah kiri aku pulak, ada 2 orang anak perempuan. Yang sulung aku namakan Seha.

Seha selalu ajak aku mandi manda dekat kawasan paya depan runah aku. Kadang-kadang ajak aku pergi padang tepi rumah kitorang. Masa tu umur aku 8 tahun, Seha umurnya belasan tahun.

Dipendekkan cerita, Seha selalu ajak aku buat bukan-bukan. Bila aku dengan kakak & abang aku berjaya keluar kampung tu and tinggal dengan nenek aku, baru aku sedar rupanya sepanjang aku dengan Seha, Seha selalu cabul aku.

Yes, Seha tu perempuan ya. Sebenarnya ada lagi sambungan pasal Seha bila aku confront perbuatan dia depan semua, tapi tu bukan tujuan utama confession ni.

Sejak tu aku terus trauma dengan semua benda dekat kampung aku. Jalil, Seha, Jamal.

Aku ingat lagi masa aku 13 tahun, kakak sulung aku dah ada anak umur 4 tahun, Mariam. Masa ni aku memang tak reti melayan budak kecik. Kakak-kakak aku je yang suka layan Mariam ni.

Tengah aku duduk-duduk, aku tak tahu Mariam datang daripada mana and dia pegang apa, terus dia calit-calit dakwat hitam dari tangan dia dekat baju fevret aku yang aku tengah pakai waktu tu.

Apa lagi, melompat lah aku marahkan dia. Then macam biasa, budak kecil mesti ada orang back up kan.

Menangis-nangis aku sental baju tu dalam toilet pakai berus, tapi dakwat still tak boleh hilang.

Ikutkan banyak lagi kenangan pahit aku dengan budak kecil. Ikutkan macam tak logik and mengada-ngada, tapi kalau korang dalam kasut aku, mungkin korang akan faham apa yang aku rasa.

Seiring masa berlalu, zaman pun berubah..

Kadang-kadang aku teringin nak jadi mak sedara yang disayangi anak buah. Tapi aku tak boleh. Aku sayang je anak-anak sedara aku.

Time aku duduk berdekatan dulu kalau kakak aku mintak aku tolong jagakan anak-anak sedara dia, aku okay je.

Time jaga diorang tu aku boleh je melompat-lompat dengan diorang, main kejar sana sini satu rumah.

Cuma bila kakak aku pasang cctv aku rasa tak selesa dah sebab rasa diperhatikan even diorang suami isteri tak ada dekat rumah. Sejak tu time aku tolong jaga diorang, aku bagi diorang main phone je.

Aku sayang anak-anak sedara aku tapi aku tak reti nak berinteraksi dengan diorang. Sekarang ni yang sulung pun dah umur 18 tahun.

Diorang lagi rapat dengan kakak aku yang lain. Aku okay je, kadang rasa rindu dengan diorang tapi aku tak reti nak cakap.

Cuma alhamdulillah aku dimurahkan rezeki dalam pekerjaan, so dapat lah aku membeli sikit atau bagi duit lebih dekat anak-anak sedara aku kalau kitorang berjumpa.

Kadang-kadang aku transfer duit dekat account kakak aku buat duit tambah-tambah untuk perbelanjaan diorang. Tapi deep down, aku tak nak diorang anggap aku mak sedara yang kaya and boleh hulur duit je..

Tapi apa boleh buat. Kadang aku fikir mungkin sebab tu aku belum ketemu jodoh lagi agaknya. Kalau aku ada anak sendiri mungkin aku tak boleh nak handle and jadi ibu yang terbaik..

Sekian,

– Naili (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *