Terima kasih admin jika admin siarkan confession ni.
Aku mulakan dengan sedikit pengenalan diri. Nama aku Mia (nama sebenar), aku berusia 27 tahun, sudah berkahwin hampir 5 tahun, masih memegang title ‘isteri’ and I’m proud of it. Apa yang aku nak share kat sini adalah based on my own experience dan semuanya benar belaka.
Cerita pasal anak, pasangan suami isteri mana yang tanak anak? Obviously, rata- rata semua yang dah berkahwin semuanya nak anak. Kalau boleh, sebulan lepas kahwin nak terus pregnant. Tapi kalau dapat bunting pelamin, lagi best. Yes, itu adalah impian setiap wanita yang bergelar isteri; dan aku, tidak terkecuali. Aku ingat lagi, sebulan lepas kahwin, boleh dikatakan waktu paling mendebarkan. Why? Sebab aku expect yang aku akan terus pregnant, tapi, tak. Tapi masa tu fikir positif je sebab ye la, baru kahwin kot.. what do I expect kan? Tapi lepas masuk dua bulan, tiga bulan and so on, kau boleh bayangkan aku duduk menangis kat tepi bucu katil setiap kali result HPT negatif. Tu belum kira time aku menangis kat depan husband lagi. Sampai husband dah tatau nak pujuk macam mana. Itu test yang negatif, belum termasuk yang false positif/ evap line. Semangat ke klinik buat test sekali lagi, siap buat ultrasound sebab tak percaya doktor kata tak pregnant. Seminggu aku tak bercakap dengan husband sebab kecewa punya pasal. Maafkan saya encik suami.
Itu mula- mula kahwin dulu; tahun pertama. Lepas tu perlahan- lahan Google sana sini cari sumber macam mana nak pregnant. Bermula lah ‘TTC Journey’ pada tahun kedua kahwin. Beli lah BBT (basal body temperature), OPK (ovulation predictor kit) and etc. Rutin harian setiap kali lepas period. Ambil supplement sana sini, follow up klinik, follow group sana sini, diet la bagai and etc. Tapi masih tiada hasil. Tahun kedua juga tahun dimana menangis ditepi bucu katil dan depan husband itu satu kepastian. Haha. Tapi masuk tahun ketiga perkahwinan, aku slowly stop ber’TTC’. Why? Sebab slowly aku develop ‘depression’. Doktor yang diagnosed aku ialah seorang ketua doktor diklinik pakar O&G. And satu lagi, dalam tempoh tu aku sakit. Keluar masuk ward, operation sana sini, follow up klinik la bagai dengan TTC and makan ubat lagi, jadi doktor nasihatkan aku untuk stop dan relax, bagi badan aku rehat. Selain tu, aku dihantar keklinik psychiatry untuk depression aku. Bab depression ni, biarlah aku dan suami je yang tahu okay? Hehe.
And since doktor nasihatkan aku untuk rest and let it happen dengan sendirinya, start dari tu aku stop langsung berTTC. Tapi aku still ada follow up untuk pregnant dengan klinik O&G. Buat masa ni semua test, dari MRI, CT Scan, Ultrasound, HSG and etc semua aku dah buat dan result semua menunjukkan bahawasanya aku tiada apa masalah. Rahim sihat, hormon normal dan suami juga normal. Dan boleh dikatakan dengan bantuan doktor yang menjaga aku dan berkat doa orang yang mendoakan aku, aku pregnant. Tapi sayang, aku gugur. 3 kali dalam tempoh setahun setengah. Masa ni tahun ketiga nak masuk tahun ke empat perkahwinan. Berulang alik ke hospital untuk D&C saja dan follow up psychiatrist setiap minggu. Masa tu, tuhan je yang tahu bertapa lemahnya jiwa ni. Menangis tu ibarat makanan harian. Tapi alhamdulillah, tak meroyan sebab dijaga baik oleh sang suami tercinta. Dia selalu terapkan dalam diri ini supaya redha diatas ketentuan-Nya.
Masuk tahun kelima. Aku lebih relax. Aku tak stress macam 4 tahun pertama perkahwinan. Aku buat apa yang aku suka, kemana aku suka.. basically, aku lived my life la. Bukan tak fikir or usaha langsung untuk pregnant, tapi pada aku, it will happen eventually. Baru je bulan lepas aku gugur dan masih dalam pantang. Aku redha. Jujurlah aku kata, kadang orang tak faham apa yang kita lalui. Lagi- lagi orang yang dah ada anak. Aku paling geram bila ada yang mempertikaikan kenapa aku masih tiada anak sedangkan dah betahun kahwin. Tak kurang juga yang terkena tempiasnya, macam parents and MIL aku kena. “Takan cucu seketul tu je..” and paling geram bila ada yang tuduh kami ni mandul. Ya Rabbi, kadang laju je mulut ni nak maki, tapi tak tergamak sebab kadang yang berkata- kata tu bukan orang luar, tapi kalangan sedara- mara juga. They should’ve known better, tak gitu?
Anak tu anugerah dan rezeki dari Allah ta’ala. Percayalah bahawasanya kami sudah berusaha sekuat dan sebaik mungkin, andai Allah kata belum masanya, maka, belumlah. Jangan ditanya itu ini, kerana kalian tidak tahu yang kadang pertanyaan kalian itu akan mencetuskan pergaduhan antara sang suami dan isteri. We don’t know what happened behind closed doors. Nampak je kami sengih, tapi hati kami terluka. Tipulah kalau kami tak terganggu dek pertanyaan kalian. Kadang tengok kawan- kawan usung anak kesana sini, post gambar anak dalam FB, meleleh juga air mata ni. Bukan dengki, tapi.. entahlah.. Allah maha mengetahui segala apa yang tersembunyi.
Terpanjang pulak post ni. Apa pon selamat berpuasa kepada semua.
– Cik Puan Mia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit