Nak Anak

Assalamualaikum pembaca setia IIUM Confession seperti aku… Disini aku hanya ingin kongsikan apa yang aku rasa saat ini.

Aku tak tahu dari mana untuk aku mulakan. Mengarang juga dah lama aku tinggalkan, justeru andai ada tongang langgang dalam bahasa, aku mohon maaf terlebih dahulu.

Sedikit tentang background aku, aku telah berkahwin selama 13 tahun. 2 kali aku keguguran di awal perkahwinan. Dari sejak tu aku tetap berusaha untuk dapatkan anak.

Pelbagai akar kayu telah diminum, pelbagai ubat telah ku cuba, mana orang cadangkan untuk urut dapatkan zuriat, aku dan suami pergi… senang kata modern atau alternative semua kami cuba…

Dalam pada mencuba tu, aku disahkan mengalami masalah tube block dan suami juga mempunyai masalahnya sendiri. Hanya rawatan ivf satu-satunya cara untuk kami dapatkan anak sendiri..

Bohonglah andai aku katakan aku tak terasa hati dan cemburu dengan kebahagiaan orang lain yang melayan karenah anak masing masing.

Adik beradik sebelah suami semuanya ada anak, adik beradik sebelahku juga mempunyai anak. Hanya aku yang masih menanti keajaiban.

Hari demi hari, tahun demi tahun kami hadapi bersama.. Hanya berdua.. Mula redha dengan ketentuan Allah.

Aku pernah suarakan niatku pada suami untuk izinkannya berkahwin lain andai dia ingin zuriatnya sendiri. Namun bersungguh dia katakan, dia tak mahu beristeri lagi.

Biarlah denganku sampai akhir hayat walau tanpa zuriat.

Aku mencari jalan lain selain menyuruhnya berkahwin, kerana masih ada peluang, aku memujuknya untuk membuat ivf. Dia bersetuju.

Kami melalui pelbagai proses rawatan sebelom sampai ke tahap ivf. Baru doktor memberi penerangan tentang ivf, suami dah tarik handbrake..

Dia kata proses tu akan menyakitkan aku. Dia tak mampu nak lihat aku terbaring kesakitan.

Dia mengingatkan aku yang proses HSG 2 kali pon aku demam, cramp perut seminggu, inikan pula ivf. Besarkan telur, kutip telur, risiko macam2 melibatkan nyawa..

Tiada daya untuk aku menyangkal kata- katanya. Memang antibody aku lemah, mudah demam, cepat pitam, hanya semangat aku saja yang kuat..

Ivf aku terhenti.

“Biarlah kita takde anak sendiri kat dunia ni, anak kita dah tunggu kat syurga 2 orang. Jangan suruh abang kawin lain. Sape-sape suruh pon abang tak nak. Walau mak abang sendiri paksa, abang tetap taknak. Kalau sayang nak anak juga, kita cari anak angkat je”

-Kata-kata suami aku yang aku tak pernah lupa..

Rasa nak berkorban, rasa nak mengundur diri, rasa tak berguna, semua ada. Bersyukurnya aku, sekeling aku sangat supportive.

Keluarga aku atau keluarga suami tak pernah memberi tekanan tentang anak. Sahabat dan jiran juga tida yang persoalkan… atau aku yang tak ambil kisah dah. Entahla, aku sendiri dah takde perasaan mungkin.

Tahun demi tahun berlalu.. Kosong dan sepi.. Hinggalah pada tahun lepas, hadirnya si bulus yang entah dari mana. Manjanya membuat kami rasa sangat terhibur dengan kaletahnya.

Kehadirannya sangat menceriakan dan mengubah emosi keluarga kecilku. Alhamdulillah.

Aku ingat dah cukup bahagia walau hanya dengan kehadiran seekor kucing, rupanya aku akan mendapat rezeki lagi.

Abangku menyatakan, sahabat setempat kerjanya sedang hamil dan tak mahu anaknya.

Aku seperti tak percaya, namun aku tetap berharap.. Aku takut andai tertipu namun aku tetap usaha.

Sebelom ni pernah juga aku cuba-cuba untuk mencari anak angkat, seolah ada harapan namun semuanya hancur lebur. Sepi tanpa berita.

Mungkin saja kerana aku tidak pernah memberikan apapa bayaran. Maka di dahulukan pada yang lebih tinggi tawarannya..

Namun kali ini aku seolah pasti dan 70% berpihak kepadaku. Terdetik dihati, mungkin asbab kehadiran kucing yang hadir bersama rezeki anak angkat. *Bahagia*

Aku berhajat menjadikan anak angkatku sebagai anak susuan. Maka aku mula mencari maklumat penyusuan anak angkat yang membawaku untuk memulakan rawatan di hospital bersalin berisiko rendah di Putrajaya.

Mengambil ubat secara terancang seperti yang di cadangkan oleh perawat di hospital tersebut.. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Setiap bulan aku hadir untuk temujanji tanpa seklali pon tinggal. Setiap bulan juga suamiku menghantarkan aku tanda memberikan sokongan.

Hasil pengumpulan susu sudah melebihi tahap untuk memahramkan anak angkat. Jangkaan bayi bakal dilahirkan juga semakin hampir.

Persiapan si comel juga semua telah lengkap.. Hari demi hari aku menanti dan berharap dalam debaran.

Aku hanya berhubung dengan sahabat abangku melalui telefon, dia telah berkerja ditempat lain, sudah tidak sama dengan abangku berkerja. Pelbagai alasan bila aku menyatakan hasrat untuk aku menemuinya..

Hari ini aku telefon, dia kata baby lahir mungkin bulan april 2023. Agak pelik aku rasakan. Buku pink belom buat katanya.

Masa mula aku sembang dengan dia pada bulan june tempoh hari, katanya usia kandungan 4 bulan.. Jika mengikut kiraan, november atau disember baby bakal dilahirkan.

Entahlah. Memikirkan jangka hayat susu badan yang aku frozenkan tak boleh bertahan lama, aku seolah tawar hati.

Malam ini aku rasa kosong. Rasa sedih, rasa tertipu, rasa penat aku selama ini sia-sia. Melihat pula beg pakaian baby yang dah lengkap. Aku hanya mampu menangis.. Tolong doakan aku kuat dan tenang.

Tolong hubungi aku andai ada orang nak kasi anak. Sayang susu yang dah terkumpul. Setitis demi setitis. 2 jam sekali marmet, pinggang yang akan lenguh… semua tu aku hadap demi anak..

Namun aku sedar… anak orang tetap hak orang. Siapakah aku untuk meminta apatah lagi memaksa.

Terima kasih semua.

– Pu3 bongsu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *