Assalamualaikum. Baca tajuk macam pelik kan, nak anak tapi takut nak kahwin.
Ok sebenarnya aku ni lelaki yang agak baran dengan adik beradik, bertumbuk dengan abang dan adik perkara biasa sewaktu aku bawah 26 tahun.
Ayah aku sampai tulis dekat contact list phone dia aku ‘bujang kuat bergaduh’ (nama samaran). Aku sedar aku ada perasaan baran ni setelah usia aku 19 tahun ke atas.
Dari smack down, baling botol kaca, baling phone sendiri semua aku pernah buat.
Aku pernah bergaduh dengan adik lelaki sampai gunakan tongkat nak sula dia, tapi acah2 je nak sula gitu. Pernah wrestling dengan abang aku bila tak puas hati.
Paling sedih kalau gaduh dengan kakak aku, aku pernah tumbuk dia sama macam aku tumbuk abang aku.
Sampai lebam kepala dia, bukan setakat itu aku pernah pegang kepala dan hantuk kepala dia kat dinding, sampai pening dia.
Selepas je aku buat itu terus aku istighfar, sebab aku dayus pukul perempuan, aku siap cakap dengan diri aku takut aku buat perkara sama dekat bakal isteri aku. Kalau macam ni lah gayanya better aku tak payah kahwin.
Adik dan abang aku gaduh dengan kakak aku tak lah sampai macam itu teruknya, paling ya pun gaduh lawan mulut dan baling2 hanger.
Dalam kalangan adik beradik kita orang kalau gaduh memang involve fizikal kecuali ayah aku lah, aku tak pernah tengok ayah aku tampar mak aku pun walaupun ada lah diorang pernah gaduh mulut 3-4 kali sepanjang aku hidup.
Suami isteri macam mustahil kalau sekalipun tak pernah kecil hari kan.
Aku pernah dengar sebaik baik sedekah adalah sedekah pada keluarga sendiri, aku anggap ayah aku lah role model aku dia tak kedekut bab nafkah dan tak pukul isteri.
Jadi aku ada satu instinct dalam diri, tak boleh jadi lelaki dayus pukul perempuan. Perempuan patut dilindungi bukan disakiti, aku pun pelik sikap pukul orang ni datang dari siapa, nak kata ayah aku dan mak aku mustahil.
Jadi aku salahkan diri, dulu kat sekolah kau kena buli kau takut nak lawan tapi sekarang kau sendiri jadi iblis.
Long story short aku dah berhenti gaduh sampai tumbuk diorang, kalau gaduh pun setakat lawan mulut je. Ini pun dah hampir setahun aku tak gaduh macam dulu.
Sekarang ni adik beradik perempuan aku dah tak duduk dengan aku dah, diorang dah ada rumah sendiri.
Aku duduk dengan mak aku, kadang2 aku cuba lah jadi rajin tolong dia tapi tak selalu lah.
Kalau aku tengok mak aku sakit adalah tolong urutkan.
Mak aku suka aku kerja dalam rumah, aku buat bisnes online, jadi kalau dia bosan dia akan cakap dengan aku.
Dulu ayah aku masih hidup dia ada tempat untuk bersembang sekarang aku lah penggantinya.
Dari dulu kakak aku dah mention tanggungjawab keluarga terletak pada tangan lelaki, so aku anggap ini adalah peluang untuk aku tebus dosa sebab tak jaga ayah aku waktu sakit dulu.
Ok disebabkan pengalaman aku yang kuat bergaduh dulu, aku masih takut lagi nak kahwin. Lagi-lagi selepas baca banyak confession dalam page ni, suami kaki pukul, suami tak bagi nafkah, menantu pandang rendah pada suami.
Paling sedih cerita Apollo Athirah, aku menangis2 baca confession itu.
Setiap kali baca kekejaman suami orang lain, terasa macam aku yang menjadi suami yang kejam itu.
Semalam aku terus doa, ya Allah aku nak sangat ada anak sendiri, nak sangat kahwin tapi aku takut aku jadi ayah yang zalim.
Ya Allah jadikan lah aku suami yang soleh dan tidak menzalimi isteri ataupun dizalimi isteri. Ya Allah kurniakanlah aku zuriat yang sempurna tubuh dan mindanya serta menjaga solat nya.
Terbaca kisah Athirah teringat kisah kawan2 tabligh yang dah ada anak. Teringat juga Naeun dalam cerita the return of superman.
Sungguh aku nak sangat anak perempuan, tapi aku takut once aku dah kahwin aku jadi zalim seperti itu.
So pembaca doakan saya semoga menjadi suami yang soleh, berilmu, rajin tolong keluarga dan mendapat zuriat yang menjaga solat, menjaga kemaluan dan menjadi anak yang soleh dan solehah.
Minta jauhkan menjadi suami yang menzalimi isteri seperti pukul dan tak beri nafkah serta mengabaikan mereka.
– Bujang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak normal. Aku yang baca ni pun takut
Say pun sama. Nak sangat bina keluarga, tapi sebab tahu banyak kekurangan dan takut saya tak dapat jadi isteri dan ibu yg baik, saya jadi takut walaupun hanya fikir tentang perkahwinan.