Assalamualaikum. Harap sangat admin dapat approve confession ni.
Aku N dan aku perempuan. Aku ada lima adik-beradik. Aku anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan. Aku nak cerita sikit pasal abang aku (angah). Angah dulu ex-student UIA. Angah dulu orang yang ‘happy go lucky’. Dia jenis yang kepala2 gila bila dengan adik-beradik. Angah la abang yang paling aku sayang tapi bukan aku tak sayang yang lain tapi angah ‘special’ sikit (ok bukan sikit tapi banyak). Sebab dia orang yang selalu bela aku bila kena buli dengan yang lain. Dialah sanggup masak pukul 2 pagi sebab kesian tengok adik dia lapar. Dialah yang paling handsome antara abang2 yang lain (along dan lain2 jangan dengki, haha) dan dia jugaklah yang paling pandai ambil hati mak.
Tapi semua berubah bila angah start mula sukakan seorang perempuan ni. Perempuan tu student U**. Dia ni macam ala2 muslimah terakhir di dunia ni *kononnya* sebab dia pakai tudung labuh. Angah selalu whatsapp aku bila dia kata dia dah mula sukakan perempuan tu. Angah jenis pemalu sikit nak confess depan2. Yela, dulu angah sekolah budak2 lelaki semua, sekolah agama pulak tu. Kenal mula2 dulu pun sebab berlaku accident kecil diorang berdua. Nak dipendekkan cerita, angah memang dah tangkap cintan dengan perempuan tu. Angah pernah tolong bayarkan yuran pengajian perempuan tu dengan duit simpanan dia tanpa pengetahuan mak. Angah memang jenis yang pandai berjimat sebab tulah duit simpanan dia bertimbun berbanding abang2 aku yang lain. Abang ada belikan dia baju kurung, jubah, shawl dan macam2 lagi la sebab aku pernah nampak resit bersempah dalam laci dia. Aku dah syak dah sebab tak mungkin angah beli dekat mak sebab kalau beli dekat mak, mak selalu bagitahu dekat aku kalau2 angah ada belikan dia baju baru. Tak mungkin jugak untuk aku sebab selalu dia bagi direct terus dekat aku. Yang paling tak puas hati, angah beli baju dekat dia mahal2. Rasanya jumlah semua mungkin dalam 2k atau lebih. Aku tak tanya angah lagi waktu tu. Aku just diam je waktu tu. Rasa macam menyesal pulak.
Hampir setengah tahun jugak diorang berdua kenal. Angah selalu juga cerita macam2 pasal budak perempuan tu (nama, tinggal dekat mana dan bla bla bla). Angah selalu bagi hadiah dekat perempuan tu sampai aku rasa diri aku sendiri pun tak macam tu. Yela, dulu angah selalu jugak buat suprise bagi hadiah bila dia balik cuti. Tapi sekarang dia lebih pilih untuk bagi dekat perempuan tu. Aku memang jealous jugak waktu tu. Sampai satu tahap, duit simpanan angah dah nyawa2 ikan. Aku selongkar bilik angah masa dia takde kat rumah. Memang macam nak mengamuk je rasa sebab duit angah dah lesap dalam sekelip mata. So, aku decide untuk jumpa perempuan tu. Aku memang ada nombor dia sebab angah pernah bagi dulu. Aku set time semua la dengan dia. Dia pun kata on je. Dekat 2 jam aku tunggu tapi tak sampai2 juga. Last2 aku nak balik dah tapi tiba2 niat aku nak balik jadi terbantut pula. Aku nampak perempuan tu dengan lelaki lain siap berpegang tangan bagai. Marah aku memang dah membuak-buak dah macam nak attack je rasa tapi aku teringatkan angah. Aku rasa angah macam diperbodoh-bodohkan je selama ni. Aku screenshot gambar diorang berdua sebab nak tunjuk dekat angah.
Masa sampai rumah, mood aku memang taufan betul. Aku hempas handbag dekat sofa sampai along yang tidur dekat sofa pun jatuh *sorry along :P*. Aku nak bagitahu je dekat mak tapi nanti takut mak kecewa pula. Lagi2 dengan angah. Angah tak pernah kecewakan mak walaupun sekali. Lepas maghrib, angah balik kerja. Memang waktu tu nak tunjuk terus tapi muka angah nampak letih sangat. Jadi, esoknya aku slow talk dengan angah. Masa mula2 aku tunjuk tu, muka angah berubah dah. Angah cakap, “mungkin abang dia kot”. Aku dalam hati macam nak tumbuk je muka angah ni (nasib baik kau angah aku, kalau tak lama dah masuk icu, lol). Dah tunjuk bukti depan mata pun masih nak pertahankan perempuan tu lagi. Aku tak rasa yang lelaki tu abang dia sebab nampak obvious sangat ‘mesra’ diorang.
Aku call member2 aku yang satu U, suruh diorang check background perempuan tu. And, perempuan tu takde adik-beradik lelaki pun. Dia kakak sulong, ada adik sorang. Sah! memang angah di perbodohkan selama ni. Start waktu tu, aku dah mula benci perempuan tu. Aku memang tak boleh nak dengar nama dia apatah lagi nak tengok muka dia. Aku pun dah mula tak suka perempuan2 yang bajet pakai tudung labuh tapi pisau cukur. Bajet muslimah tapi hati tak muslimah langsung. Aku pun pakai tudung labuh jugak tapi aku dah mula meluat dengan ‘species’ yang sama dengan aku. Kadang2 nak percaya orang pun susah. Aku jadi macam ni sejak apa yang jadi dekat angah aku. Terok kan?
Ada hari tu, angah balik dengan muka nampak macam baru lepas nangis. Aku tanya dia kenapa. Tapi angah tak jawab. Angah terus masuk bilik. Makan pun tidak. Selalu angah tak macam ni. Angah mogok tak nak makan. Dia tak makan 3 hari. Along pun sampai risau sebab tengok angah dah makin kurus. Mak lagi la sampai nangis2 mak dibuatnya. Hari ke-4 tu, angah pengsan dekat bilik air. Kami bawa angah pergi hospital. Nasib baik cepat kalau tak, tak tahu la apa jadi. Aku jaga angah sepanjang dia dalam wad. Banyak air glucose yang masuk dalam badan angah sebab badan angah sangat lemah waktu tu. Sepanjang jaga angah, angah tak banyak cakap pun. Nak cakap dengan aku pun payah. Aku call perempuan tu walaupun sebenarnya memang tak hingin pun nak call. Aku buat demi angah. Aku syak, angah mesti rindu dia kot. Perempuan tu memang tak kenang budi! Aku call dia cakap angah masuk hospital, datang la melawat angah. Dia cakap, dia busy nanti2 la ye. Empat hari angah dekat wad, sehari pun dia tak datang. Angah still tak cakap. Aku rasa macam jaga orang bisu je.
Seminggu lepas tu, aku tengok angah dah boleh move on sikit walaupun tak banyak tapi ada perubahan. Angah dah mula bercakap dengan aku walaupun takde dah lawak2 ke apa. Serious je dia cakap. Aku rasa macam cakap dengan polis trafik pun ada. So, satu hari tu angah tengah lepak dekat sofa tengok tv. Aku pun selambe je pergi duduk tepi angah. Aku tanya angah nak pinjam phone kejap. Mula2 angah macam tak bagi. Tapi aku buat muka cute2 baru dia bagi. Haha. Aku sebenarnya nak tengok conversation angah dengan perempuan tu. Tup tup je nak tengok, rupanya angah dah block dia. Last conversation diorang, angah minta tak nak ada apa2 hubungan lagi dah. Aku macam tak percaya first2 tapi memang betul angah takde apa2 dah dengan dia.
Aku tanya angah, mana perginya jam tangan yang aku bagi dia dulu. Aku pernah beli jam tangan adidas dekat angah masa birthday dia dulu. Aku beli dengan duit simpanan aku kot. Aku tau, angah memang sayang jam tu, tak pernah la kalau keluar rumah tu tak pakai jam. Aku tanya direct la sebab waktu tu kami sekeluarga pergi makan2 dekat luar. Aku pulak perasan yang angah tak pakai jam sebab tu aku tanya. Angah macam teragak-agak nak jawab. Aku macam nak marah dah sebab macam ada something yang angah sembunyikan. Lepas tu, angah cakap dia dah jual jam tu dekat member dia. Aku marah sebab kenapa nak jual sedangkan angah sayang jam tu. Aku cakap, tak cukup duit ke sampai kena jual barang bagai. Angah macam terkejut aku cakap macam tu. Then, angah cakap depan keluarga aku yang dia jual jam tu sebab nak bayar duit kereta dia. Mak terkejut sangat. Mak tanya, mana habis duit angah. Angah diam je. Aku cakap dekat mak, mesti dah habis sebab beli barang untuk perempuan tu. Aku cerita habis dekat mak lepas balik makan. Mak sedih sangat. Mak cakap, sebab tu ke angah jadi macam sekarang ni. Aku pun dah nangis waktu mak cakap macam tu.
Sekarang pun angah masih tak berubah. Still serious selalu. Bila buat lawak sikit, angah sorang je yang tak gelak. Masa raya hari tu pun, aku ada nak kenalkan kawan aku dekat angah. Tapi angah tak nak. Sampai sekarang angah tak kahwin2, mungkin sebab fed up dengan perempuan. Serious aku cakap, aku rindu angah aku. Aku rindu angah yang dulu. Aku harap angah dapat baca post aku ni sebab aku memang tak boleh tahan dah pendam sorang2.
Nak angah yang dulu, kami rindu angah.
And aku dapat tau dari member aku yang baru2 ni, perempuan tu keluar dating lagi dengan jantan lain. Aku doa kau cepat berubah. Moga kau tak hancurkan perasaan orang lain macam mana kau hancurkan harapan abang aku dekat kau.
– Adik
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit