Assalamualaikum. Nama aku M. Aku cuma nak minta honest opinion daripada IIUMC readers. Aku tau yang ada kat sini banyak cerdik pandai. Mungkin boleh bagi pendapat bernas untuk orang atas pagar macam aku. Aku sekarang tengah dalam dilemma nak balik mengundi ke tak ni? #MohonJgnKecam.
Sebelum tu aku cerita sikit la kisah aku. Aku lelaki, suami dan bapa, umur dlm pertengahan 30an. Aku ada 3 orang anak & seorang bini. Duduk area Kl. Masih menyewa je, tak mampu nak ada rumah sendiri lagi. Dok try gak apply rumah PRIMA tapi masih krik..krik. Dulu aku naik motor pi kerja, bini aku bawa kereta. Proton je, tapi cukup la untuk kami 5 beranak ni. Bini aku kerja biasa2 aje. Cukupla nak tampung sikit2 duit keluarga. Aku? Dah setahun lebih aku tak bekerja tetap.
Sebelum ni aku kerja. Gaji bolehlah. Nak kata mewah tu takdela. Cukup makan pakai, bayar hutang kereta, sewa rumah, nursery, pampers, susu. Pastu tahun lepas, company aku tutup ada masalah. Dapat notice pun last minit. Takde pampasan ke apa. Gaji last pon nasib baik dia bagi (walaupon separuh dari gaji asal). Pastu bila menganggur, aku try la bawa uber/grab. Guna kereta proton bini aku. Pastu harga minyak naik, tol lagi. Mmg sedih. Balik rumah sehari tak dapat banyak mana, yang dibelanjakan lagi banyak adalah.
Tapi aku ok lagi. Bini aku ada. Simpanan pon boleh la skit2. Sabtu, Ahad pon aku keje. Kadang2 sampai lewat malam. Memang masa dgn anak2 mcm takde langsung. Terpaksa demi kelangsungan hidup. Bukan aku tak sayang anak2 aku. Selalu selepas aku amik bini/anak-anak, makan jap, lepas maghrib, sambung balik bawak uber. Memang lenjan aku bawak kereta sampai rosak. Sekali repair, kena rm1k-rm2k. Habis gitu je duit uber/grab aku. Ingat lagi kereta inilah kami beli lepas PRU 13 dulu… time tu kami sanggup tangguh untuk beli kereta dengan harapan harga kereta turun tapi hampeh sama je harganya. Macam manalah aku boleh percaya dengan manifesto depa time tu.
Aku bukan nak komplen. kadang-kadang kecik hati juga bila dikata orang takde kerja ni pemalas, memilih kerja. Aku dah cuba macam2 hantar resume sana sini. Ada yang panggil interview tu, setakat tu je la walaupun aku sanggup downgrade gaji daripada apa yang aku pernah dapat dulu. Aku yang ada experience 5-6 tahun ni pun susah nak dapat kerja, apatah lagi fresh graduate yang ada sekarang. Aku bengkek je tengok manifesto yang depa kata nak sediakan peluang pekerjaan untuk rakyat tapi peluang kerja yang sedia ada (projek ECRL) senang je bagi kat rakyat China dengan alasan dasar ‘penguasaan bahasa’, semua mesin manual dalam bahasa depa. Aku pun dah buat apa yg disyorkan; waqiah, solat dhuha, sedeqah. Tp mungkin bukan rezeki aku lagi. Bini aku pon gigih la kerja online buat dropship mcm2.
Aku memang tak layak brim. Tp hidup dah tahap miskin bandar. Bini, anak2 aku memang bawa bekal. Aku pun, sepanjang bawa uber, minum air kosong, makan bekal bini aku sedia. Sekali sekala teringin, beli la goreng pisang. Kuis-kuis la duit sen-sen yg ada. Dapatlah sekeping dua. Nipis, tapi cukup la. 3-4 minggu ni harga minyak tak naik dapatlah aku duit lebih skit, Alhamdulillah. Boleh pulak depa kawal harga minyak no. Tapi lepas election ni tak taula berapa dia nak naik nak cover balik.
Anak aku, yang kecik bini aku try juga susu badan untuk berjimat. Dapatlah susu badan sampai setahun. Susu pulak mahal pelan2 naik harga aku tengok dari anak yang first dulu. Kata tak susu budak tak kena gst tapi harga tetap naik ja aku tengok. Aku beli yang jenama paling murah, terpaksa buat cair2 je. Kadang dia kongsi dengan abang dia. Sekarang terpaksa stopkan susu utk abang dia sebab kesian si adik tak cukup. Si abang, aku & bini train dia tak pakai pampers dari 2 tahun. Jimat skit pampers. Pastu ada pulak kata, kalau dah tak mampu, janganla ada anak. Yang ni memang bini aku kecik hati. Dah la kami dulu lama tunggu nak ada anak. Pastu takde la rapat2 mana pon. Aku pun kerja stabil je dulu. Mana tau nak jadi macam ni.
Sekarang ni bile musim PRU, ramai la janji macam2. Aku pun ambil tahu sikit2. Gatal juga tangan rasa nak mengundi kali ni. Lagipun waktu hari mengundi aku foresee time nilah aku nak boleh buat duit grab banyak skit. Mesti ramai org nak pakai transport pi mengundi punya. Sekolah anak pun dah minta duit untuk lawatan sambil belajar ke zoo cuti sekolah ni. Sedih pulak nak hampakan permintaan dia sebab dah nampak excited dia nak pi zoo dengan kawan2 sekolah dia.
Lagipun aku tak nampak signifikasinya dengan satu undi yang bakal aku sumbangkan. Alih2 geng tu yang menang jugak, naik orang yang sama je. Pembangkang satu lagi pun dah kata sanggup buat kerajaan campuran dengan geng yang menang, jadi tak guna juga undi aku untuk hat ni.
Tapi tulah, memang nak balik mengundi tu pikir banyak kali. Sebab serious aku takde duit nk balik. Sekali balik kampung mau juga 3-4 ratus habis, minyak tol lagi. Aku dengan bini undi lain2 tempat. Dia jauh nun di utara. Aku, jauh nun di selatan. Anak2 lagi. Confirm bini aku kena amik cuti. huhu. Orang kata 5 tahun sekali je. Tapi untuk aku, mmg takde langsung bajet, nak korek mana pon tak tau dah.
Jadi aku nak minta tolong dengan pembaca budiman semua untuk tolong aku:
1) Tolong yakinkan aku kenapa aku perlu turun mengundi dengan satu undi aku ni apa yang boleh berubah?
2) Kalau aku dah yakin (soalan 1) apa cadangan untuk bagaimana aku laki bini boleh balik mengundi (bajet zero, timing, sorang undi utara-selatan, anak2 etc)
3) Katalah aku atau bini aku dah dapat balik mengundi (soalan 2), parti mana yang patut aku pilih untuk kebaikan kemaslahatan keluarga aku ni.
Mungkin ada yang hadapi situasi yang sama macam aku. Bolehlah share apa planning korang untuk balik mengundi ni.
– M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit