Aku dilahirkan dalam family yang amalan agamanya suam suam kuku.
Kat rumah aku tak ada siapa bising kalau tak solat, kecuali aku. Itu pun aku mampu tegur anak sedara aku jelah. Yang tua2 tu, kalau ada yang nak solat dia solat, kalau tak nak. Mereka tak buatlah.
Aku mula perjalanan mencari agama ni waktu zaman aku dekat U dulu. Syukur aku dah boleh solat waktu form3.
Ustazah form2 aku garang sangat. Dia paksa kaw kaw kami settlekan ujian PaFa. Asbab paksaan dia lah aku tau ambil wudhuk, solat, mandi hadas semua.
Tapi aku betul betul serius pada islam ni waktu kat U lah. Aku berkawan dengan budak budak surau. Kalau ada event untuk tadarus al quran, aku memang tak pergi. Aku malu dan tak selesa.
Masa aku jadi junior, akhirnya aku dapat sorang senior ajar aku mengaji.
Aku mengaji lepas jemaah subuh. Aku pergi bilik dia. Iqra aku laju sikit sebab dah ada asas. Quran 1 page sehari.
Belajar2.. plus kesibukkan kakak tu lagi sebab dia LI kat luar. Aku sempat sampai iqra 5 ja.
Lepas tu ada gak aku usahakan nak belajar mengaji dengan budak2 kos agama, tapi memang payah untuk bagi komitmen.
Aku memang mengaji hari2, tapi mengaji dengan tajwid ke laut. Aku tahu aku berdosa. Tapi aku tak ada jalan dah..
Kalau ada member2 rapat aku yang datang bilik aku. Dengar aku mengaji macam tape buruk. Ada la dorang duduk n semak. Tu moment yang berlaku tapi kadang2 je..
Setiap kali aku mengaji, antara dua aku fikir. Allah akan bagi aku pahala ke dosa?
Tapi aku tak dapat tahan diri aku. Sebab kalau aku tak mengaji. Lagilah ke laut.
Habis zaman universiti. Aku masih stuck pada iqra 5. Tapi dah boleh baca quran dengan perlahan tanpa improvement yang banyak la.
Tapi kalau orang ajak khatam jemaah tu. Group wasap yang bahagi2 page harian. Supaya kita istiqamah mengaji tu. Aku join juga. Walaupun aku tahu kelemahan aku ni.
Sekarang aku dah kerja. Lagi best. Aku kerja dekat tempat tak ramai muslim. Muslim yang ada pula kebanyakkannya muallaf.
Aku pula, pakai tudung besaq. Sebab aku besaq nak tutup dada kenala pakai tudung besaq.
Aku masuk la juga kat komuniti surau yang dekat dengan tempat kerja aku ni. Aku turun surau kalau ada bacaan yasin. Gotong royong aku apa2 aktiviti fardhu ain untuk saudara muallaf.
Sebab nampak aku pakai tudung besar, mungkin mereka ingat aku ni banyak ilmu agama. Tapi sebenarnya aku ilmu al quran pun tak ada.
Kat sini ada sorang ustaz yang memang dihantar untuk bimbing komuniti muallaf. Dan ada 4 ustaz dari sekolah area kawasan aku kerja. Masalahnya.. Tak ada ustazah.
Aku kesian juga dekat golongan mak mak, nenek, kakak, gadis2 yang tak ada ustazah nak bimbing mereka dari segi view seorang wanita pula.
Aku pun hajat nak join belajar mengaji balik dari peringkat muqaddam. Aku rasa ruginya aku tak dapat belajar al quran awal2..
Sekarang apa aku buat, aku pasang mp3, dia baca 1 ayat.. Pause. Aku lak baca.. Lepas tu dengar tafsir.. Gitulah..
Sehingga aku kembali dikurniakan seorang ustazah untuk ajar aku baca quran balik.
Aku boleh ke nak join belajar kat surau, dengan ustaz tu.
Tapi aku rasa tak boleh untuk elak fitnah. Dia bujang. Aku pun bujang. Nak belajar duduk depan2. Macam tak sesuai. Tapi kalau golongan mak mak memang dia yang ajar.
Aku harap sebelum aku mati, aku dapat tamat al quran. Moga2 ada ustazah yang sudi berkhidmat kat tempat aku kerja ni. Muncul dan membantu para wanita termasuk diriku. Satu hari nanti dan secepat mungkin.. Aamiin…
– Semoh (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Cari je kat internet bersepah ustazah buat kelas mengaji. Nak online boleh. Nak datang rumah boleh. Akak pun jumpa ustazah kat internet je. Datang rumah ajar anak mengaji dari darjah 4 sampai dia darjah 6.
Bila dia teman atoknya gi kelas tadarus, ramai puji bacaan dia sedap. Ada atok2 yang masih lagi tak lancar baca. Sebab tu masa muda ni lidah masih lembut kena latih dari sekarang. Makin tua lidah makin keras nak sebut makhraj pun susah.
Baguslah TT ada inisiatif nak baiki hubungan dengan Al Quran. Quran ni satu2 nya amalan yang akan teman sampai masuk syurga. Kat dunia dia teman, dalam kubur dia teman, kat mahsyar dia teman, kat syurga pun dia teman.
Jangan susah hati. Yakin je Allah terima amalan. Allah tak tgk result sebab result tu Allah yg bagi. Allah nak tgk usaha.
All the best.