Aku Elara, perempuan umur 30 tahun, kerja kerajaan dah 6 tahun. Ada business sendiri.
Suami kerja kerajaan, umur sama dengan aku. Aku ada anak 3 orang, dan aku berniat nak berhenti kerja.
Kalau kira komitmen bulanan sekarang dengan gaji sekarang, memang aku dah rasa mewah dah, tapi aku tak happy.
Sebabnya aku kena tinggal anak aku untuk keluar bekerja setiap hari 50 km dari kawasan rumah.
Anak aku semua ada sejarah sakit kulit, asma, kerap demam. Jadi, faham tak?
Aku tak sampai hati nak tinggal anak aku yang semua masih bawah 10 tahun tu dengan jagaan orang lain.
Dulu aku start kerja pun sebab mertua dan parents aku asyik suruh aku kerja je. Padahal masa tu aku dah start business sikit, cuma income tak banyak lah.
Sekarang, aku dah rasa business aku pun dah okay, dan aku dah bersedia nak berhenti.
Rumah ke, kereta ke, semua dah habis bayar, tinggal personal loan je lagi beberapa tahun nak habis. Dan aku yakin income business aku boleh cover.
Tapi masalah sekarang, bos sekarang tak bagi berhenti, dan of course parents aku pun tak bagi.
Tapi aku tanya anak aku dengan husband aku, mereka lagi suka aku kat rumah. Sebab rumah lebih terurus dan aku lagi happy.
Laki aku kerja shift, aku kerja office hour, so kadang masa tu tak sama. Pastu, anak aku suka aku kat rumah sebab aku akan masak.
Korang rasa, aku patut tetap dengan keputusan aku untuk berhenti, atau aku patut je kerja untuk parents aku atau untuk tempat kerja?
Aku buntu. Aku tersekat dengan family & kerja.
– Elara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Just nak share, my bestie dahulunya bekerja sbg seorang eksekutif di salah sebuah syarikat ternama dengan pendapatan sebanyak RM 7k sebulan (2016)
Namun my bestie ini resign kerana prefer utk menjadi housewife di samping mengusahakan jualan kek dan biskut kerana itu adalah hobi dan kepakarannya. Di rumah, she enjoys cooking for her family of four. Suaminya memberi nafkah RM 6,000 sebulan berserta sebuah kereta mewah (import).
As a friend, saya pun happy tengok my bestie ni bahagia, wajah pun glowing. Mana taknya, semua dah tersedia.
Walaupun housewife, my bestie ni masih call for cleaner service to clean her house. She also bercuti di hotel2 mewah yang berharga RM 1k – RM 2k per night. Dulu masa kerja, monyok je muka dia, murung. Hari2 call saya kata nak resign, nah sekarang dah resign dan terpancar sinar di wajahnya.
Namun! Langit tidak selalunya cerah. Disangkakan panas hingga ke ptg rupanya hujan di tghari. Suami telah berlaku curang dan mengahwini seorang janda. Nafkah bulanan dikurangkan kpd RM 3k sebulan tetapi lama-kelamaan langsung tiada nafkah diberi. Suaminya juga jarang balik ke rumahnya dan lebih selalu bermalam di rumah madu bestie saya. Lama kelamaan langsung tak balik rumah.
Sudah jatuh ditimpa tangga.. bestie saya menerima surat tuntutan cerai. Kesian bestie saya, sudahlah tidak bekerja, hasil jualan kek dan biskut pun untung tidak seberapa, nafkah tidak diterima. Bestie saya terpaksa mengeluarkan duit savings & menjual barang2 kemasnya. Nak mohon kerja dah susah sebab umur dah masuk 40. Nak jadi agent insurans / MLM mmg dia tak minat.
My bestie ni ada beritahu saya yg dia rindu dgn careernya yg dahulu, rindu saat2 bersama officemates. Katanya kalau dia masih bekerja di situ tentu gajinya telah berjumlah 5 angka di samping bonus tahunan yg berbulan-bulan. Saya yakin mmg jika dia stay di tempat kerjanya tentu gaji dia dah 5 angka sebab masa gajinya RM7k dahulu (spt yg disebut di atas) masa tu gaji saya RM 6k shj (2016) dan sekarang gaji saya pun dah 5 angka.
Itulah, kita tidak tahu untung nasib kita jadi lebih baiklah sediakan payung sblm hujan. Pasangan kita yg baik itu pun belum tentu selamanya baik.. jgn disangka air yg tenang tiada buaya..
Kpd confessor, berdoalah banyak2 dan lakukan solat Istikharah minta dikurniakan petunjuk kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita.