Cuba Nak Berkawan, Tapi Lain Jadinya II

Untuk part I, (https://iiumc.com/cuba-nak-berkawan-tapi-lain-jadinya/)

Assalamualaikum semua.. Saya tak sangka, ramai juga yang komen dekat confession saya tempoh hari.

Itu confession pertama saya sebenarnya. Leka juga baca semua komen.. ada yang kecam, ada yang marah, ada nasihat, ada doa, tapi takpelah, saya anggap semua tu yang terbaik bagi saya..

Ada komen pasal single not available tak tahu makna. Bukan tak cari, cari. Saya google macam2 banyak makna kot, ada kata reason tu nak fokus family lah, kewangan etc. Saya pun tanya orang sekeliling banyak maknanya.

Pasal kemungkinan dia minat orang lain tu ada jugak tapi saya fikir berkawan je lah dulu tengok macam mana.

Saya pun kerap istikharah tapi jawapan untuk stop atau teruskan tak kesampaian juga sebab tu saya keep on going berkawan dengan dia sebab sehingga saya pun lost sebenarnya.

Ada beberapa kali saya fikir nak stop tapi mungkin angau cinta menguasai ke apa saya teruskan.

Tu saya amik masa setahun nak ada keyakinan dan keberanian nak tanya status. Tak banyak experience bercinta so banyak hiccup dan kecewa.

Ya saya akui banyak silap dan akui diri saya delusional, pushy dan lemah. Saya akui juga terhegeh-hegeh dan terlalu berharap sehingga menyakitkan.

Mindset saya pulak silap, kena usaha kuat mana tahu dia terbuka hati. Saya fikir orang sanggup layan mesra dengan kita sebab dia ok dengan kita tapi kadang2 ia berkepentingan je.

Sebabkan dah lama tak berkawan rapat dengan perempuan membuatkan saya fikir “she the one”.

Saya anggap ni moment pengajaran bagi saya sebab satu hari nanti kalau jumpa orang tepat mesti semua dipermudahkan,

Mungkin takde salah faham. Kita masing-masing yakin suka sama suka. Tak rasa susah nak berkenalan dan straightforward je maybe senang je perjalanan kahwin nanti.

Saya pasrah dan redha bukan dia yang terbaik untuk saya dan yakin Allah simpan yang jauh lebih baik untuk saya

Saya hanya mampu doakan terbaik bagi diri saya dan dia juga, mungkin bukan sahaja benda ni berlaku bukan hanya pengajaran untuk saya tapi untuk dia juga supaya berhati-hati.

Hubungan kami mungkin tak macam dulu yang selalu berbual tapi kini sunyi, mungkin itu lebih baik.

Saya lebih banyak berdiam diri dari bercakap dengan dia sekarang. Saya pun dah tenang lapang tak perlu cari topik dan usaha untuk berborak dengan dia lagi dah.

Akhir kata saya nak ucapkan terima kasih semua kerana berkongsi semua pandangan korang.

– Farid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. saya faham apa yang tt rasa, saya pun dulu macam tt, boleh dikatakan ramai kawan perempuan, bila tersuka sorang tu terus jadi macam desperate dekat sorang je, and lepas kenal beberapa tahun kena reject. memang sakit hati (saya ada rupa and ada duit untuk siapa yang nak judge)
    tapi lepas tu saya belajar tentang attraction (boleh degar audio book atomic attraction) apa yang saya fikir saya buat selama ni sebenarnya salah,
    lepas daripada tu perempuan yang saya kenal memang saya set bukan nak kawan tapi nak pasangan,
    alhamdulillah lepas kenal dengan beberapa orang saya jumpa pasangan saya sekarang ni yang cukup sempurna dan lebih baik dari yang sebelum ni

  2. Single but not available to maksudnya, pada masa dia bagitau ko tu dia single, tapi dia dah ada seseorang yg tidak berada disitu, itu istilah utk lelaki miang, yg dah ada isteri tapi kt umah, tapi tempat keja dia single, tu la isitilah haram jadah namanya utk org yg selfish dlm hubungan.

    klu dia dh bagi direction,ko blah jer, carik je yg lain, jaga air muka ko tu sebagai lelaki, jgn terhegeh2 pada org yg pentingkan diri sendiri, ramai org2 camtu samada perempuan atau lelaki, depa nak ko bila perlu jer, bila dah settle masalah depa, cau camtu jer, jadi ko jgn rendahkan mertabat ko separas lantai, jalan terus, pasti Allah bagi yg terbaik utk ko

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *