Salam perjuangan. Terima kasih admin jika penulisan ini sudi disiarkan. Ia hanyalah pendapat peribadi daripada insan yang lemah dan kurang ilmu.
Berlegar kembali saranan boikot produk Isr**l, antara yang sering menjadi mangsa tumpuan adalah mekdi dan stabak.
Sebenarnya banyak tahun dulu dah berlaku saranan ni dan agak menjadi namun bila dah redha mereka buat lupa.
Adakah ini sebenarnya juga konspirasi mentertawakan umat Islam. Yang sebenarnya dicetuskan oleh puak mereka untuk memboikot produk yang bukanlah paling tinggi menyumbang ekonomi izrahell, tetapi umat Islamlah yang ramai mencari pendapatan darinya seperti mekdi.
Dari dulu aku perati. Macam ada yang berlebihan membuat fitnah pula sehingga pihak pengurusan membuat kenyataan balas yang jelas tapi diputarbelit lagi oleh golongan yang nak memboikot produk tertentu sahaja.
Mesti tak logik jika ada yang kata boikotlah semua produk milik mereka. Kerana produk buatan kafir ni luas dan sangat berguna juga.
Namun bagi yang betul tekad dan kental hatinya akan mahu boikot juga sebanyaknya. Niat tu berlandaskan rasa bersalah dan mahu mereka yang salah tu sedar tindakan zalim mereka tidak diterima. Sangat menyakitkan.
Maka apa usaha yang mahu dilakukan masakan mahu jadi mujahidin masuk berperang bersama mereka melalui jalan rahsia.
Kena pula andai tersebar ada usaha mahu jadi mujahidin syahid di negara ini akan dipantau dan diangkut kerana ada pihak yang takut melihat kebangkitan Islam membuat laporan tak berasas.
Seperti kes di Palestin. Kenapa Mujahidin Hamas mulakan serangan terangan kerana penjajahan zionis telah terlalu melampau jahatnya membuat penjara terbesar dunia dengan kepadatan penduduk asal yang sesak dalam negara yang telah ditakluki secara haram.
Dunia hanya membatu, malah seakan semakin khayal dengan kehidupan golongan yahudi menerima cara hidup mereka dengan terbuka. Negara Islam seakan lebih teruk meraikan kemasukan dajal secara halus.
Kemudian, dari serangan itu mereka membalas dengan alasan seperti biasa membela diri tak sedar diri. Membalas habis habisan tanpa alasan logik.
Ibarat dibaling satu mercun ke lamannya kerana biadab, diletupkan terus kediaman kita hancur mati untuk balas dendam.
Itu sekadar cetusan rasa hatiku untuk menggambarkan aku benci dengan peperangan penjajahan ni. Termasuk benci perang saudara.
Malah perang tanah melayu dulu pun aku rasa ada pihak pembelot dari bangsa sendiri. Yang benar benar mahu menegakkan hak dengan berani mati adalah pejuang mulia walaupun jasadnya terkorban.
Jadi mereka yang mahu boikot bersebab itu silakan. Cuma aku seakan mahu sampaikan perkara ini bagi situasi aku…
Sebenarnya… Aku tak pernah beli stabak jadi di mana sebab aku nak boikot, dan aku jarang makan mekdi sebab suka kepci. Tak ada masalah tak beli mekdi pun. Di mana perjuangan aku nak boikot dua benda ni.
Ada yang kata tukar stabak kepada zuz. Macam sama je.. Makan minum benda yang sama beb. Tukar megi kepada mami, ada pilihan lain. Tukar mila kepada coco, la sama je manisnya.
Malulah dengan pengeluar makanan terbesar jika main main tukar je sebab jujurnya mereka tak terjejas sangat mungkin sikit.
Dulu dalam nak boikot kolget, banyaklah yang keluarkan jenama ubat gigi suci murni sampai kolget kena letak loga halal dan perisa sugi. Mereka maju satapak.
Yang aku nak cerita sikit ni… Dari kefahaman aku… Adalah produk jualan langsung jual ubat gigi.. cari orang bawahan… Boleh dapat bonus berguling.. Kereta, melancong, rumah… Benda ni aku pening. Entah mana untungnya.
Yang aku lagi pening. Produk tu daripada puak kafir tapi dijual secara muslim oleh ejen, mereka tak perasan ke produk tu produk kafir yang nak rasa mulia sangat cari rezeki dengan mengagungkan produk kafir. Ini khilaf aku tak faham.
Jual je cara biasa. Tak salah pun nak jual apa produk kafir pun banyak manfaatnya cuma cara tu je.
Cara tu je, betul ke cara boikot ni bukan pilih kasih ke atau suam kuku. Aku nak boikot ifon pun aku tak mampu nak beli ifon. Huhu.
Sekian, sekadar mencelah di IIUM Confession yang disayangi.. Maaf terkasar bicara tersalah kata. Sayang semua kerana Allah.
– Amani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit